Sesi Fotografi Milk Bath Maternity, Selamat Ke?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Tempoh kehamilan merupakan antara waktu yang istimewa buat kaum wanita. Jadi momen seperti ini akan sering diabadikan dalam gambar. Namun, kini ada trend terbaru untuk foto ibu mengandung, milk bath maternity photography. Adakah ia selamat?

Apa itu milk bath photography?

Umumnya, milk bath photography atau fotografi mandi susu ini adalah satu sub-genre fotografi yang melibatkan individu, dalam situasi ini seorang wanita hamil, di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan susu. Tab mandian ini juga ditaburi dengan bunga, daun-daun atau herba. 

Menurut seorang jurugambar di Denver, Colorado, Melissa Mullins, penggunaan susu sebagai latar dapat menghasilkan banyak ruangan negatif. Keadaan ini sekali gus dapat membantu mewujudkan fokus kepada individu sebagai subjek utama di dalam gambar.

Manfaatnya 

Walaupun tidak dapat diketahui tentang bagaimana terciptanya sesi fotografi mandi susu ini. Tetapi dikatakan Cleopatra sering melakukan sesi mandi susu – atau lebih tepat sesi mandi susu keldai – untuk memperbaiki kesihatan kulitnya. 

Malahan, pada zaman moden ini, susu merupakan satu perkara yang tidak asing lagi kepada kulit. Bahkan, ia merupakan antara ramuan biasa yang digunakan dalam pelbagai produk penjagaan kulit. 

Menjelaskan mengenai perkara ini, Penolong Profesor Klinik Dermatologi di Yale New Haven Hospital, Dr Deanne Mraz Robinson berkata, “Susu mengandungi lemak semula jadi dan protein yang dapat menenangkan dan melembutkan kulit yang mengalami kerengsaan. Tambahan pula susu mempunyai kandungan asid laktik yang berfungsi sebagai medium pengelupasan kulit yang lembut.

Selamatkah sesi fotografi milk bath maternity?

Tidak dinafikan, melihat pada gambar yang terhasil, sesi fotografi milk bath maternity adalah cantik dan ia boleh dilakukan dengan selamat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Jika anda berminat untuk melakukan sesi fotografi begini, berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda dan jurugambar lakukan.

  1. Susu segar dan dipasteur

Susu yang tidak melalui proses pempasteuran boleh menyimpan bakteria seperti listeria, yang berisiko menjejaskan dan membawa ancaman maut kepada kandungan yang sedang berkembang.   Keadaan ini boleh terjadi jika terdapat sebarang luka dan berlaku risiko jangkitan, di mana bakteria memasuki badan melalui luka tersebut.

  1. Alahan laktosa

Jika anda adalah individu yang mempunyai alahan laktosa, ini adalah sesi fotografi yang harus anda elakkan. Ini kerana ia akan berisiko mewujudkan mudarat kepada anda dan bayi.

  1. Suhu

Wanita hamil tidak digalakkan untuk mandi atau berendam di dalam sebarang cecair yang lebih panas daripada suhu badan, iaitu melebihi 36 ℃. Pastikan anda membawa termometer bersama ketika sesi fotografi untuk memastikan suhu air adalah selamat dan sesuai.

  1. Mencuci

Persoalan berkaitan bahaya atau tidak akan muncul setelah sesi fotografi selesai atau berapa lama tempoh fotografi akan berjalan. Sebaiknya pastikan sesi fotografi tidak memakan masa yang lama dan bilas badan anda sebersihnya selepas bergambar untuk menyingkirkan kemungkinan terdapat bakteria bahaya.

  1. Keselamatan 

Berada berdekatan dengan lampu dan peralatan elektrik bersama cecair adalah sesuatu yang berbahaya. Jadi aspek keselamatan harus diutamakan. Individu yang terlibat harus memastikan segala peralatan berada dalam keadaan baik dan mengelakkan daripada berlakunya sebarangan kemalangan yang tidak diingini. 

  1. Posisi

Ketika sesi fotografi berlangsung, pastikan ibu yang mengandung berada dalam posisi yang selmat dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan.

Tidak salah mencuba

Sebenarnya, tiada salahnya jika anda ingin mencuba melakukan sesi fotografi milk bath maternity ini. Cuma perkara yang paling penting, anda harus mengutamakan aspek keselamatan anda dan bayi dalam kandungan.

Jika anda khuatir, anda boleh mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar terlebih dahulu mengenai perkara ini. Jangan lupa, pastikan juga anda mendapatkan khidmat jurugambar yang pakar untuk melakukan sesi fotografi ini, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: