Senaman Kegel adalah sejenis senaman lantai pelvik yang mana membantu menguatkan otot faraj, rahim, pundi kencing, dan otot usus. Menguatkan otot lantai pelvik memberikan sokongan yang lebih baik untuk organ-organ ini dan boleh membantu mencegah atau merawat tekanana urin inkontinen.
Menurut banyak kajian, kawalan otot lantai pelvik yang baik dapat membantu semasa tahap meneran. Sekiranya anda secara sukarela dapat melegakan otot-otot tersebut, anda boleh melahirkan bayi dengan lebih mudah. Kegel adalah mudah untuk dilakukan. Anda boleh melakukannya semasa melakukan aktiviti harian seperti menonton TV atau duduk di hadapan komputer riba anda. Inilah langkah-langkah asasnya:
- Kenal pasti otot Kegel anda: Satu cara untuk mengenal pasti otot yang betul ialah dengan memasukkan cari ke dalam faraj, dan cuba memerah otot disekelilingnya. Atau anda boleh mengamalkan menghentikan aliran urin semasa membuang air kecil. Tetapi ia tidak boleh dilakukan terlalu kerap semasa buang air kecil bagi mengelakkan kelemahan otot atau meningkatkan peluang jangkitan urin.
- Amalan: Setelah anda kenal pasti otot lantai pelvik, kontraksi otot ini selama 5 saat, kemudian berehat dan ulangi 10-20 kali.
- Bernafas: Bernafaslah dengan normal semasa bersenam, dan lakukan ini sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Cuba untuk tidak menggerakkan kaki, punggung, atau otot abdomen semasa senaman.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen