backup og meta

Epidural Punca Sakit Pinggang Lepas Bersalin? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/06/2022

    Epidural Punca Sakit Pinggang Lepas Bersalin? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

    Sakit pinggang adalah sebab seseorang terpaksa cuti daripada bekerja dan mendapatkan rawatan perubatan.

    Keadaan ini boleh menjadi sangat tidak selesa dan melemahkan. Masalah kesihatan ini boleh berlaku disebabkan oleh kesan kecederaan, aktiviti dan sesetengahnya adalah akibat keadaan perubatan.

    Sakit ini boleh menjejaskan seseorang tanpa mengira peringkat umur, dengan alasan yang berbeza.

    Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

    Sakit pinggang dan kehamilan

    Ia adalah perkara biasa bagi seseorang wanita mengalami masalah sakit ini, terutamanya pada peringkat awal kehamilan

    Sakit ini berlaku pada simptom awal kehamilan boleh menjadi “sakit yang sebenar,” secara literal.

    Postur tubuh dan badan anda di luar penjajaran pada masa kehamilan, dan dengan berat badan kebanyakannya tertumpu di bahagian depan badan anda, ia menarik di belakang anda.

    Rasanya lebih kurang seperti anda memakai beg galas di depan anda dan bukan belakang anda. Ini mengubah postur anda dan meletakkan ketegangan di belakang anda.

    Dalam erti kata lain, pusat graviti anda beralih.

    Selain itu, perubahan hormon dan tubuh anda juga mempunyai kesan. Tubuh anda bersiap sedia untuk melahirkan dan sehingga beberapa sendi dan ligamen anda berlaku kelonggaran bagi membolehkan kelahiran.

    Semua perubahan ini bersama-sama, ia boleh menyebabkan sakit belakang sebagai simptom kehamilan.

    Dianggarkan bahawa kira-kira separuh daripada semua wanita hamil akan mengalami simptom kehamilan ini.

    Tip mengelak dan meringankan sakit pinggang semasa hamil

    sakit pinggang

  • Bengkokkan lutut anda dan pastikan belakang anda lurus apabila anda mengangkat atau mengambil sesuatu dari lantai
  • Elakkan mengangkat objek berat
  • Gerakkan kaki anda apabila anda beralih untuk mengelakkan tulang belakang anda berpusing
  • Pakai kasut rata untuk menyebarkan berat badan secara merata
  • Cuba untuk mengimbangi berat antara 2 beg semasa membeli-belah
  • Pastikan belakang anda lurus dan disokong dengan baik semasa duduk di tempat kerja dan di rumah, cari bantal sokongan bersalin
  • Dapatkan rehat yang cukup, terutama selepas mengandung
  • Urut atau mandi panas boleh membantu
  • Gunakan tilam yang menyokong anda dengan betul
  • Sertai kelas penjagaan belakang secara kumpulan atau individu
  • Tip mengelakkan sakit pinggang selepas bersalin

    Anda mungkin berfikir bahawa sakit ini akan hilang apabila anda melahirkan bayi. Nyata, sangkaan itu silap sama sekali.

    Ini kerana keadaan ini selalunya datang kembali. Hampir 50 peratus wanita yang mengalami sakit ini semasa hamil biasanya hilang selepas seminggu atau dua minggu. Bagaimanapun, ia boleh datang kembali.

    Berikut beberapa tip untuk anda menanganinya.

    1. Bersenam

    Mulakan senaman selepas bersalin bagi memulihkan abdomen dan otot belakang. Anda boleh bermula dengan 10 minit senaman regangan di atas lantai pada setiap hari bagi memulihkan fleksibiliti bahagian belakang badan dan pinggul.

    Walau bagaimanapun, dapatkan konsultasi daripada doktor dahulu sebelum memulakan sebarang senaman.

    Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, disarankan untuk memulakan senaman selepas enam minggu bersalin, dengan konsultasi daripada doktor. Ini dapat membantu anda daripada sakit pinggang.

    sakit pinggang

    2. Kembalikan kelangsingan badan

    Ya, ibu baru bersalin memang tidak digalakkan untuk berdiet. Namun, ini bukan tentang ‘diet’ yang anda fikirkan.

    Bagi mengelakkan masalah sakit belakang selepas bersalin, cuba untuk mendapatkan semula berat normal anda seperti sebelum hamil dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi.

    3. Cara mengambil bayi

    Elak daripada meregangkan lengan anda semasa ingin mengambil bayi. Sebaliknya, anda boleh cuba membawa bayi dekat dengan dada anda sebelum mengangkatnya. Elakkan juga daripada memusingkan tubuh anda.

    4. Semasa menunduk untuk mengangkat bayi.

    Jika anda ingin mengangkat bayi anda dari lantai, bengkokkan lutut anda dahulu, dan bukannya dengan membengkokkan pinggang.

    Cangkung dahulu dan dekatkan otot perut anda serta angkat menggunakan kekuatan otot kaki anda.

    5. Masa makan bayi

    Jika anda ingin mengangkat bayi anda keluar daripada kerusi makannya atau meletakkan bayi di dalam kerusi makan, tanggalkan atau ketepikan dahulu dulang atau meja pada kerusi makan bayi bagi mengelak sakit pinggang.

    6. Waktu di buaian atau katil

    sakit pinggang

    Semasa ingin mengangkat bayi dari buaian ataupun katil bayi, elakkan daripada mengangkat si manja. Sebaliknya, tarik bayi anda mendekati anda sebelum mendukungnya.

    7. Anduh bayi

    Jika anda ingin memakai pengendong ataupun anduh bayi, pasangkan anduh di hadapan badan anda. Bukannya mengendong dengan cara meletakkan anduh bayi di belakang badan. 

    8. Posisi dukung

    Selalunya kita akan lihat ibu-ibu gemar mendukung bayi mereka dengan meletakkan di bahagian pinggul.

    Jika anda mengikut cara ini, anda akan hanya menyebabkan bebanan di bahagian otot belakang badan anda. Jadi, tukar posisi mengendong bayi anda.

    9. Penyusuan

    Posisi penyusuan yang salah turut menjadi punca ibu mendapat sakit . Bagi mengelakkannya, bawa bayi anda ke arah payudara semasa sesi penyusuan.

    Elakkan daripada badan anda membongkok ke arah bayi. Anda juga boleh menggunakan kerusi tegak semasa proses penyusuan berbanding memilih sofa lembut.

    Sakit pinggang #10. Pilihan kenderaan

    Kenderaan juga memainkan peranan dalam mengelakkan sakit belakang badan. Lebih baik jika anda menggunakan kereta empat pintu berbanding kereta dua pintu.

    Hal ini adalah supaya anda mudah meletakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan bayi.

    Semasa ingin meletakkan bayi, pastikan anda memasukkan badan anda ke dalam kereta dan dengan menggunakan otot lengan, anda dudukkan bayi anda di dalam kerusi.

    Elakkan daripada melutut di bahagian tempat duduk belakang kemudian meletakkan bayi pada kerusi keselamatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan