11 Perkara Buat Mommies Rindu Untuk Hamil Lagi – No 9 Paling SYAHDU

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020

Bila terkenang tempoh kehamilan lepas, ada tak benda yang membuatkan anda rindu mahu mengandung lagi?

Jom semak 11 perkara para ibu rindukan ketika berbadan dua.

Timbul rasa rindu mahu mengandung lagi

Sesetengah wanita yang pernah melalui proses bersalin, akan menyatakan bahawa mereka serik untuk mengandung kembali.

Namun, terdapat beberapa perkara yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan terdahulu yang membuatkan wujudnya rasa rindu mahu mengandung lagi.

Haaa…jom ketahui apakah perkara-perkara tersebut!

  1. Wajah berseri

Terdapat fakta yang mengatakan peningkatan hormon dan peredaran darah dalam badan wanita yang berbadan dua akan menaikkan seri wajah mereka.

Anda mungkin tidak sedar mengenainya, namun akan ada individu di sekeliling anda yang kerap memuji dengan mengatakan wajah anda tampak lebih berseri. Pernah tak?

Ada yang mengatakan seri wajah itu turut mempunyai kaitan dengan tahap emosi ibu yang hamil kerana berasa gembira dan bahagia sepanjang kehamilan.

  1. Tendangan si kecil

Ini merupakan antara perkara yang paling digemari ibu hamil.

Biasanya anda akan mula dapat merasainya seawal tempoh kehamilan berada dalam trimester kedua. 

Apabila tendangan itu dirasainya, segala penat lelah, mengusung perut sepanjang hari itu akan hilang dan diganti dengan rasa bahagia. 

  1. Saiz perut

Siapa dekat sini yang memuat turun aplikasi kehamilan? Pasti ramai yang melakukannya. 

Ia adalah bertujuan untuk memudahkan anda mendapat tahu mengenai perkembangan harian atau mingguan berkaitan si kecil di dalam kandungan.

Pastinya ia adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk mendapat maklumat baru berkaitan perkembangan janin.

Pastinya anda akan membayangkan saiz janin yang sebesar sebiji kacang merah, bukan?

  1. Pemeriksaan pranatal

tempoh kehamilan

Ketika melakukan pemeriksaan pranatal bulanan pastinya anda akan menjalani prosedur imbasan ultrabunyi.

Ia adalah antara perkara yang membuatkan ramai wanita rindu mahu mengandung lagi.

Ini kerana ketika pemeriksaan imbasan ultrabunyi dilakukan, anda berpeluang untuk melihat pergerakan si manja dalam kandungan serta mengetahui tahap tumbesaran mereka.

Melihat denyutan jantung serta pergerakan halus yang dilakukan mereka, sudah cukup untuk melahirkan rasa keterujaan di hati.

  1. Menjadi VIP

Apa anda rasa jika individu di sekeliling anda akan memberikan keutamaan kepada anda dalam pelbagai aspek?

Sebagai contoh membenarkan anda memotong barisan ketika beratur membeli makanan atau memberikan anda tempat duduk ketika berada di dalam pengangkutan awam. Seronok!

Itulah antara perkara yang menyeronokkan ketika berbadan dua dan bagusnya apabila perkara sedemikian, iaitu mengutamakan wanita hamil masih diamalkan di negara kita.

  1. Tiada rasa bersalah

Sebelum mengandung, pastinya anda antara individu yang menjaga soal pemakanan. Sudah tentu kerana anda takut gemuk dan bertambah berat badan.

Namun, segalanya berubah selepas anda disahkan hamil. Anda tidak perlu lagi risau untuk makan apa yang anda ingini.

Tiada lagi kerunsingan tentang kegemukan atau berat badan yang bertambah!

Haaa…pasti anda yang rindu mahu mengandung lagi atas faktor ini, bukan? Baik mengaku cepat!

  1. Dimanjakan 

Membawa perut dengan bayi di dalamnya bukanlah 1 kerja mudah. Ia melelahkan dan boleh menyebabkan kesengalan dan rasa sakit pada badan. 

Jadi anda pasti rindu untuk memanjakan diri dengan melakukan aktiviti spa dan urutan pranatal semasa hamil.

Sekiranya anda rasa malas untuk keluar (ya, masa hamil memang akan wujud rasa lebih malas untuk bergerak), anda boleh meminta bantuan pasangan untuk mengurut anda.

Pastinya ini yang membuatkan anda terasa ingin hamil lagi.

11-perkara-mommies-rindu-mahu-mengandung-lagi

  1. Tiada haid

Apabila pertama kali anda mengalami kedatangan haid, ia dianggap sebagai 1 permulaan kepada kesakitan bulanan yang akan dilalui untuk tempoh bertahun-tahun sehingga anda mengalami menopaus.

Tetapi untuk jangka masa sekurang-kurangnya 9 bulan, sepanjang tempoh kehamilan, anda tidak akan mengalami haid serta segala simptomnya yang menyakitkan.

Tiada lagi tuala wanita, gejala premenstrual atau kekejangan perut ketika haid.

Apabila haid kembali, anda akan berasa seperti pertama kali mengalaminya.

  1. Mengusung perut bersama

Membawa kandungan bersama setiap masa, membuatkan anda berasa tidak keseorangan dan sentiasa ditemani

Anda akan mengusap perut dan memulakan perbualan dengan mereka seperti, “Dah masuk waktu lunch, baby nak makan apa?”

Bahkan pasangan anda juga mungkin melakukan perkara yang sama terhadap kandungan anda.

Apabila anda sudah melahirkan anak, anda akan berasa kekosongan. Sudah tentu anda akan rindu mahu mengandung lagi.

  1. Merancang persiapan

Sebaik sahaja mengetahui bahawa anda hamil, anda akan mula merancang segalanya. Nama bayi, tempat mengasuh, pakaian yang akan dibeli dan segalanya. 

Keterujaan itu akan ditempuhi sehinggalah tiba hari kelahiran si manja.

Malah jika itu adalah kehamilan pertama anda, pastinya anda akan merindui saat-saat tenang tanpa tangisan bayi.

  1. Keyakinan diri

Tanpa anda sedari, tempoh kehamilan ini membuatkan anda lebih berkeyakinan diri walaupun secara realitinya perut anda semakin membesar dan ke hadapan.

Mungkin sebelum ini anda menyangka keyakinan diri akan semakin menurun sementelah segala-galanya membesar semasa hamil.

Tetapi dengan pujian ramai tentang keserian wajah anda yang semakin terserlah, sudah tentu dapat mengembalikan keyakinan diri anda.

11-perkara-mommies-rindu-mahu-mengandung-lagi

Memori bahagia

Apa yang dikongsikan adalah antara perkara biasa dan normal yang membuatkan anda rindu mahu mengandung lagi. 

Sudah pasti segala apa yang pernah anda lalui sepanjang tempoh kehamilan anda dianggap sebagai 1 memori bahagia dan pengalaman yang tidak mungkin anda lupakan.

P/S: Apa pula yang anda rindu semasa hamil? Kongsikanlah dengan kami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Hamil, Nak Mandi Pun Kena Berjaga-jaga Juga Tau, Ini 23 Benda PENTING Perlu Ambil Tahu

Membersihkan diri perbuatan dapat berikan keselesaan tetapi ada perkara perlu dititikberatkan oleh wanita hamil mandi. Ini 23 tip penjagaan ketika mandi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

Kita sedar risiko jangkitan coronavirus kepada individu. Tetapi bagaimana pula jika seorang ibu hamil positif COVID-19, adakah kesannya lebih bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 01/06/2020

Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

Jika anda ingin hamil, perkara wajib yang perlu anda tahu adalah cara anggar waktu subur selepas period. Mudah sahaja, tidak perlu guna kalkulator ovulasi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

berjemur di pantai

Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/06/2020
vitamin-ibu-mengandung

Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/06/2020
sindrom carpal tunnel semasa hamil

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
waktu-pagi-masa-sesuai-buat-ujian-kehamilan

Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/06/2020