Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi? Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 20/05/2020

Ramai wanita terutamanya mereka yang baru sahaja pertama kali hamil pasti tertanya, bagaimana rasa kontraksi?

“Adakah kontraksi bermakna sudah terdapat bukaan pada faraj saya?”

Ia merupakan satu proses fisiologikal normal bagi membantu para ibu untuk melahirkan anak.

Walau bagaimanapun, ramai ibu mungkin tidak tahu bahawa kontraksi terbahagi kepada beberapa jenis.

Bukan semuanya berlaku pada saat anda hendak melahirkan anak.

Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, baca artikel ini.

Bagaimana rasa kontraksi palsu semasa hamil? Adakah ia menyakitkan?

Berbeza dengan jenis kontraksi lain, kontraksi palsu atau anda mungkin mengenalinya sebagai kontraksi Braxton-Hicks, berlaku di awal kehamilan.

Ia merupakan satu bentuk latihan bagi menyediakan otot rahim anda untuk lebih bersedia setelah janin cukup matang untuk mengalami proses kelahiran.

Jadi persoalannya, bagaimana rasa kontraksi palsu?

  1. Walaupun kebanyakan wanita tidak berasa sakit, hanya rasa tidak selesa, terdapat segelintir yang mengalami rasa sakit seperti kontraksi bersalin.
  2. Kontraksi palsu lebih tertumpu di abdomen manakala rasa sakit kontraksi sebelum bersalin turut dirasai di bahagian belakang badan.
  3. Tidak kerap berlaku dan jarak di antara dua kontraksi tidak semakin rapat.
  4. Berubah mengikut kedudukan badan atau aktiviti seperti berjalan.
  5. Tidak menyebabkan berlakunya perubahan pada struktur serviks.

Oleh sebab kontraksi palsu berkait dengan beberapa faktor seperti keletihan, kehausan dan sebagainya, perkara berikut boleh bantu melegakan kesakitan:

  1. Ubah posisi semasa anda. Jika anda sedang duduk, cuba baring. Kalau anda sedang berdiri, cuba duduk.
  2. Minum air secukupnya.
  3. Berhenti daripada sebarang aktiviti dan cuba berehat.

Bukan senang untuk seseorang itu membezakan di antara sakit kontraksi palsu dan kontraksi yang lain. 

Perkara ini terutamanya ketika anda berada pada fasa lewat kehamilan.

Jika risau, dan rasa sakit tidak hilang selepas anda cuba tukar posisi atau minum air, anda boleh rujuk kepada doktor.

Kontraksi prakelahiran, rasa sakit sebelum 37 minggu kehamilan

hamil

Kontraksi yang mengisyaratkan badan sudah bersedia untuk melahirkan anak mempunyai corak/paten tertentu.

Ia berlaku lebih kerap. Sebagai contoh, mereka yang rasa kontraksi setiap 10 hingga 12 minit dalam tempoh masa sejam mungkin mengalami proses kelahiran.

Apabila ia berlaku sebelum kehamilan cukup tempoh (sebelum 37 minggu), ia dikenali sebagai kontraksi prakelahiran.

Rasa kontraksi tersebut adalah seperti berikut:

  1. Rasa tekanan pada abdomen atau bahagian pinggul.
  2. Kram perut.
  3. Sakit pada bahagian belakang badan.

Jika ketiga-tiga gejala tersebut hadir bersama dengan air ketuban pecah atau pendarahan pada faraj, tanda kelahiran menjadi lebih objektif.

Risiko untuk anda mengalami kontraksi pada tempoh prakelahiran mempunyai sangkut paut dengan risiko kelahiran pramatang.

Antaranya adalah:

  1. Masalah struktur pada organ seperti rahim, serviks atau uri.
  2. Sejarah berkaitan kelahiran pramatang.
  3. Dijangkiti oleh kuman.
  4. Kehamilan kembar.
  5. Merokok atau menggunakan dadah terlarang semasa hamil.
  6. Tidak diperiksa oleh doktor secara berkala.
  7. Tekanan fizikal, emosi dan mental.
  8. Mempunyai berat badan berlebihan atau kurang daripada normal sebelum kehamilan.

Rasa kontraksi ketika proses kelahiran

rasa kontraksi

Secara amnya, proses kelahiran terbahagi kepada fasa awal dan fasa aktif.

Pada ketika ini, rasa kontraksi kebiasaannya ringan dan ia boleh berlaku di antara 30 hingga 90 saat.

Simptom lain seperti keluar lendiran mula timbul pada fasa ini berikutan serviks anda mula terbuka bagi membolehkan bayi keluar.

Pada peringkat permulaan, jarak di antara dua kontraksi boleh jadi jauh.  

Namun, pada pengakhiran bagi fasa awal proses kelahiran, jarak antara dua kontraksi boleh jadi sependek 5 minit.

Pada ketika ini, doktor akan membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan progress anda baik.

Anda mungkin berminat:

Apabila bukaan anda sudah mencecah 4 sentimeter, proses kelahiran anda sedang berada pada fasa aktif.

Kesakitannya boleh menjalar dari belakang badan hingga ke abdomen.

Pada ketika ini, tahap kesakitan meningkat dan ia biasanya berlaku selama 45 hingga 60 saat.

Jarak di antara dua kontraksi juga sudah semakin pendek, antara 3 hingga 5 minit.

Kadangkala, tempoh dua kontraksi bertindih antara satu sama lain. Semakin lama semakin pendek.

Apabila bukaan faraj anda sudah mencecah 7 sentimeter, kekerapan berlakunya kontraksi meningkat.

Bayangkan, anda boleh merasai kontraksi selama 60 hingga 90 saat dan jarak di antara keduanya boleh jadi 30 saat hingga 2 minit.

Konklusi

Rasa kontraksi semasa hamil berbeza bagi setiap individu. 

Mungkin ada yang boleh menahan sakit dan ada juga yang meraung kesakitan.

Simptom seperti rasa panas pada faraj, seram sejuk satu badan, muntah dan kerap terkentut boleh dialami oleh mereka yang berasa sudah hendak melahirkan anak.

Pastikan anda memberitahu doktor sekiranya sakit tersebut tidak tertahan oleh anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

    Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

    Mungkin penyebab air ketuban pecah jelas, namun bukan semua ibu hamil tahu bezakan air ketuban dengan air kencing. Ini 6 tip berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

    Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi yang melanda ibu hamil. Kenal tanda awal supaya boleh mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    sindrom carpal tunnel semasa hamil

    Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020
    waktu-pagi-masa-sesuai-buat-ujian-kehamilan

    Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    kondom bocor

    Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    hamil

    Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020