Apakah punca rahim kembang? Adakah benar keadaan yang turut dikenali sebagai rahim terjatuh ini berlaku setelah melahirkan anak?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Apakah punca rahim kembang? Adakah benar keadaan yang turut dikenali sebagai rahim terjatuh ini berlaku setelah melahirkan anak?
Perkara ini merupakan perkara yang lazim berlaku kepada kaum Hawa.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai keadaan ini, jom baca artikel kami di bawah.
Anda juga boleh tahu bagaimana caranya untuk elakkan diri daripada mengalami kondisi rahim jatuh!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Rahim seorang perempuan selalunya disokong oleh pelbagai jenis otot, tisu dan juga ligamen.
Walau bagaimanapun, ketika prolapse ataupun rahim jatuh berlaku, otot yang dahulunya memegang rahim telah menjadi lemah dan tidak lagi mampu menyokong uterus.
Akibatnya, uterus akan menurun ataupun terkeluar daripada vagina. Bertentangan dengan kpercayaan ramai, prolapse merupakan sesuatu yang lazim berlaku.
Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa rahim jatuh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia.
Rahim jatuh jika tidak dirawat akan menjadi lebih teruk. Oleh itu, ibu yang mengalami keadaan ini haruslah mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Doktor menganggarkan hampir separuh daripada wanita yang telah melahirkan anak pernah mengalami rahim kembang.
Namun, hanya 10 hingga 20% sahaja yang berjumpa dengan doktor untuk sesi konsultasi.
Ramai yang tidak mengendahkan simptom dan merasakan bahawa kesakitan itu merupakan sesuatu yang normal selepas kelahiran.
Keadaan ini lebih berisiko untuk terjadi kepada wanita yang:
Apabila wanita mengalami menopaus, mereka berhenti menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon estrogen.
Hormon inilah yang bertanggungjawab mengekalkan kekuatan otot pelvis yang memegang uterus.
Tanpa hormon ini, otot tersebut akan jadi makin lemah dan kesannya, lebih mudah untuk wanita tersebut mengalami masalah rahim kembang.
Rahim akan jatuh ketika lantai pelvis menjadi lemah ataupun meregang. Antara punca yang boleh melemahkan otot pelvis ialah:
Baca juga:
Kondisi ini dapat dielakkan dengan cara:
Senaman untuk kuatkan lantai pelvis juga amat digalakkan untuk wanita yang ingin elak rahim daripada terjatuh.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami rahim terjatuh, pastikan anda dapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum melakukan senaman.
Senaman kegel merupakan senaman yang paling mudah untuk anda cuba. Senaman ini juga disarankan kepada wanita yang mengalami rahim jatuh yang tidak serius.
Cuba ketatkan otot pelvis dengan cara seperti ingin menahan daripada buang air. Tahan posisi yang sama sekurang-kurangnya dalam masa 10 saat. Kemudian, ulangi gerakan yang sama selama 10 kali.
Senaman ini mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Jika anda ingin merasai kesannya, cubalah!
Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah punca rahim kembang, pasti anda juga tidak mahu alami perkara yang sama.
Oleh itu, anda perlulah ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Sebagai contoh, anda boleh:
Jarang untuk wanita alami rahim kembang berkali kali setelah mendapat rawatan yang sewajarnya. Namun, ia masih boleh berlaku jika anda merupakan wanita yang obes ataupun berumur bawah daripada 60 tahun.
Jangan risau jika anda alami kondisi ini. Pada kebanyakan masa, rawatan yang doktor berikan amat berkesan untuk merawat kondisi punca rahim kembang.
Jika anda mempunyai sebarang kerisauan, jangan lupa berhubung dengan doktor anda ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen