backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nak Berasmara Semasa Hamil? Ini 4 Posisi Seks Sesuai Ketika Mengandung

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/05/2023

    Nak Berasmara Semasa Hamil? Ini 4 Posisi Seks Sesuai Ketika Mengandung

    “Alamak, aku mengandung ke? Bagaimana dengan kehidupan seks aku dengan si suami nanti”?, fikir Nabila dalam hati. Sebenarnya, kegusaran seperti yang dirasakan ini tidak perlu timbul jika anda dan pasangan tahu cara untuk melakukan hubungan seks dengan betul dan selamat semasa anda sedang hamil. Nak tahu posisi seks ketika hamil yang anda dan pasangan boleh cuba?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Boleh atau tidak melakukan seks ketika hamil?

    posisi seks ketika hamil

    Sebelum pergi lebih lanjut, kita perlu tahu terlebih dahulu bahawa boleh atau tidak melakukan seks semasa mengandung.

    Sebenarnya, tiada sebarang alasan yang kukuh untuk anda dan pasangan tidak melakukan hubungan seks ketika hamil melainkan doktor atau bidan melarang jika anda kondisi yang tidak dapat dielakkan.

    Menurut Aleece Fosnight, kaunselor seks dari Amerika, seks semasa mengandung sebenarnya bagus untuk wanita! Jadi, tidak salah jika anda mempraktikkan posisi seks ketika hamil yang berbeza. 

    Ini kerana orgasma atau klimaks yang berjaya dicapai oleh wanita akan menyebabkan tubuh badan mengeluarkan hormon dan melancarkan aliran darah sistem kardiovaskular mereka. Ini sekali gus memberi manfaat kepada diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

    Posisi seks ketika hamil yang anda boleh cuba!

    Semasa hamil, tiada apa yang menghalang anda dan suami daripada berhubungan.

    Menurut ramai pakar, seks ketika hamil adalah dibolehkan malahan digalakkan. Ini kerana wanita seharusnya lebih banyak bergerak untuk memudahkan proses kelahiran kelak. Jadi, apa lagi yang anda tunggu?

    Dalam pada itu, ada beberapa posisi yang boleh anda dan pasangan pertimbangkan untuk melancarkan perjalanan hubungan seks anda. Posisi berikut termasuklah:

    #1. Posisi seks ketika hamil paling popular, Missionary

    Ini adalah posisi seks ketika hamil yang selalu diaplikasikan oleh setiap pasangan suami isteri sama ada sedang mengandung atau tidak.

    Cara melakukannya adalah mudah sahaja. Isteri perlu berbaring menelentang dan suami pula perlu berada di atasnya seakan menindih dan memasukkan zakar ke dalam faraj untuk proses penetrasi.

    Pun begitu, anda perlu ingat untuk melakukan posisi ini hanya semasa trimester pertama sahaja, ya?

    Ini kerana semasa trimester kedua dan ketiga, rahim yang semakin membesar akan menekan pembuluh darah utama sekali gus menyekat aliran darah kepada bayi. Bukan itu sahaja, berat badan si suami yang berada di atas sudah pasti akan membuat isteri keletihan.

    Baca juga:

    #2. Doggy style

    Ya, mungkin posisi seks ketika hamil ini akan menyebabkan anda dan pasangan tidak saling bertentang mata semasa hubungan kelamin.

    Namun, jangan risau kerana ia tidak akan sekali mengurangkan keintiman sesama anda. Posisi ini sebenarnya juga sangat selamat untuk dilakukan walaupun ketika perut anda sedang memboyot.

    Cara untuk melakukan hubungan seks dengan posisi ini adalah wanita perlu menonggeng dengan lutut dan sikunya direhatkan, dan suami melakukan penetrasi dari belakang.

    Posisi ini bukan sahaja selamat, namun ia juga boleh menyebabkan suami memasukkan zakar ke dalam faraj lebih dalam. Untuk lebih selamat, lakukan penetrasi dengan ritma yang relaks, ya? 

    #3. Sponning

    posisi seks ketika hamil

    Apa yang paling penting semasa hubungan seks semasa hamil adalah posisi yang tidak memberi tekanan pada perut wanita. Jadi, posisi ini adalah yang paling bagus untuk anda.

    Bagaimanakah caranya? Senang sahaja. Wanita hanya perlu berbaring ke sisi dan suami berbaring di belakangnya sambil melakukan penetrasi. Mudah dan selesa, bukan?

    #4. Woman on top

    Selain itu, ada satu lagi posisi yang tidak akan memberi tekanan kepada wanita iaitu posisi wanita di atas. Caranya, suami hanya perlu berbaring dan membiarkan sahaja isteri ‘bekerja’.

    Posisi ini membolehkan wanita dengan perut yang boyot untuk mengawal sendiri ritma penetrasi. Ia juga sudah pasti lebih romantik kerana anda boleh melihat mata masing-masing.

    Normal atau tidak rasa sakit ketika seks semasa hamil?

    posisi seks ketika hamil

    Mungkin bagi sesetengah wanita, hubungan intim semasa hamil adalah perkara yang biasa dan tidak mendatangkan rasa yang luar biasa. Namun, ada sesetengah wanita yang akan mengalami rasa sakit ketika melakukannya. Adakah ini normal?

    Semasa hamil, ada beberapa bahagian tubuh badan wanita yang akan menjadi sedikit sensitif. Antara bahagian tersebut adalah puting payudara dan alat kemaluan. Apabila disentuh atau dirangsang, bahagian yang sensitif ini mungkin akan berasa sedikit sakit.

    Apakah punca tahap sensitif ini? Ia adalah disebabkan oleh pengaliran darah dan hormon yang akan membuat bahagian seperti puting dan faraj. Jadi, ia mungkin perkara yang normal. Namun, anda tidak perlu memaksa pasangan anda melakukan seks jika ia menyiksakan.

    Sebaliknya, gunakan posisi seks ketika hamil yang mungkin tidak akan mendatangkan rasa sakit yang teramat. Sebaiknya, anda perlu duduk berbincang bersama pasangan anda tentang kehidupan seks anda semasa hamil.

    Posisi seks ketika hamil yang salah boleh menyebabkan keguguran?

    Ada satu mitos yang sangat membelenggu kehidupan pasangan suami isteri. Mitos tersebut adalah hubungan kelamin semasa hamil akan menyebabkan keguguran! Adakah ini benar? Sebenarnya, ia adalah sekadar mitos semata-mata.

    Menurut kajian yang dilakukan Canadian Medical Association Journal (CMAJ), seks semasa mengandung tidak akan menyebabkan keguguran. Jadi, jangan risau, ya? 

    Elak seks ketika hamil sekiranya:

    • Berlaku pendarahan yang tidak diketahui punca pada faraj
    • Berlaku kebocoran pada air ketuban anda
    • Serviks anda mula terbuka secara tiba-tiba (cervical incompetence)
    • Plasenta anda mula menutupi bahagian bukaan serviks (placenta previa)
    • Anda pernah ada sejarah kelahiran pramatang

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan