backup og meta

Suami, Elakkan Buat 6 Benda Ini Masa Isteri Pregnant, Kalau Tidak Habislah...

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/06/2020

    Suami, Elakkan Buat 6 Benda Ini Masa Isteri Pregnant, Kalau Tidak Habislah...

    Adoiii…tiba-tiba isteri naik angin pulak, apahal ni? Rasa tak buat salah apa pun, tapi kenapa dia marah-marah? Tengah pregnant kot, bukannya datang bulan. Haa…para suami mesti pening kepala kalau berhadapan dengan masalah macam ni, bukan? Jangan risau, Hello Doktor ada jawapan untuk anda. 

    Isteri moody

    Kalau masa haid berlakunya perubahan emosi yang menyebabkan ketidakstabilan emosi, begitu jugalah keadaannya dengan hormon yang berubah sepanjang tempoh kehamilan. Keadaan ini cenderung menyebabkan gangguan kepada bahan kimia di dalam otak yang mengawal emosi dan mengakibatkan perubahan emosi yang tidak menentu. 

    Takkan selama sembilan bulan ‘nak’ kena hadap emosi isteri yang tidak stabil ini? Sabar yer para suami sekalian, dengar dulu penjelasan ini. Perubahan yang berlaku melibatkan hormon ini jarang sekali untuk berlaku sepanjang tempoh kehamilan. 

    Kebiasaannya ia berlaku pada trimester pertama, iaitu antara minggu ke-6 hingga 10 dan pada trimester ketiga sebelum proses kelahiran bayi. Jadi untuk sepanjang tempoh itu diharapkan para suami sekalian boleh bersabar dan mengelakkan dari melakukan perkara yang boleh menyebabkan isteri moody. Tetapi apa perkara yang perlu dielakkan? Teruskan membaca artikel ini.

    Perkara yang perlu dielakkan

    1. Lupa ajak makan

    Bab makan pun boleh dijadikan isu, okay? Jangan main-main dengan emosi wanita yang sedang mengandung ini. Jadi sebaiknya elakkan daripada terlupa mengajak isteri untuk makan jika anda tidak mahu isteri moody. Kalau anda makan diluar sekali pun, pastikan anda membungkus makanan untuk diberikan kepada isteri. Jangan lupa yer, dia sedang membawa zuriat anda.

    1. Payudara

    Tergoda dengan payudara isteri yang tampak montok? Namun awas! Jangan sesekali gatal menyentuh tanpa kebenaran jika tidak mahu menghadap ‘singa betina’ mengamuk. Perubahan pada payudara itu walaupun pada pandangan sebagai suami adalah sesuatu yang menarik tetapi hakikatnya perubahan itu mendatangkan ketidakselesaan dan menyebabkan ia menjadi lebih sensitif terhadap sentuhan.

    1. Suhu badan

    Jangan terkejut kalau isteri anda membuka ‘aircond’ pada suhu yang paling rendah, sedangkan anda sudah menggigil kesejukan. Ini kerana dikatakan kebanyakan wanita hamil akan berasa lebih panas daripada biasa dan keadaan ini disebabkan proses metabolisma badan yang lebih cepat menghasilkan haba. Jangan pergi kuatkan suhu ‘aircond’ tanpa kebenaran okay? 

  • Makanan
  • Aik, rasa macam ada beli roti tadi tapi mana pergi pulak? Haaa…situasi ini biasa untuk berlaku. Kadang kala apabila anda bertanyakan sama ada mereka ingin memakan sesuatu dan jawapan yang diterima adalah ‘tidak’. Namun tidak sampai 5 minit, isteri anda mengatakan mereka lapar. Ikutkan aje la kehendak itu kalau tidak mahu isteri moody.

    1. Curi makan

    Haaa…ini satu lagi berkenaan dengan makanan. Jangan memandai-mandai untuk makan makanan yang dibeli dan disimpan oleh isteri anda tanpa mendapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. ‘Tapi’ kalau anda buat jugak, terimalah kalau isteri moody.

    1. Tidur

    Jangan mengada-ngada mengganggu isteri yang sedang lena tidur. Elakkan sama sekali kalau tidak mahu isteri moody. Dalam keadaan isteri sedang hamil, ia adalah normal untuk mereka merasa letih dan tidak bertenaga. Jadi layankan sahaja yer!

    Bersabar 

    Sepanjang tempoh kehamilan ini, sememangnya kesabaran anda sebagai suami akan sentiasa diuji. Jadi, jangan mudah melenting, okay? Banyakkan bersabar dan terima sahajalah kerenah moody isteri anda itu. Lagipun anak yang dikandungkan itu adalah zuriat anda berdua, bukan?

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan