backup og meta

Penjagaan Kulit bagi Ibu Hamil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    Penjagaan Kulit bagi Ibu Hamil

    Setiap bakal ibu seharusnya tahu bahawa terdapat perkara-perkara asas yang terhad untuk mereka lakukan sepanjang kehamilan – contohnya seperti, apa yang ibu perlu elakkan semasa makan, mandi, bersenam, bercuti dan sebagainya. Akan tetapi, bagaimana pula dengan kecantikan dan solekan? Tahukah anda bahawa rutin penjagaan kulit dan solekan anda setiap hari memberikan impak yang besar terhadap kesejahteraan bayi dalam kandungan? Oleh itu, bagi mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang perlu dielakkan dalam memilih produk kecantikan semasa hamil, berikut kami sediakan artikel mengenai panduan penjagaan kulit bagi ibu hamil. 

    Bahan-bahan yang tidak boleh ada dalam rutin kecantikan anda

    Plumbum/ lead

    Salah satu daripada bahan yang paling banyak digunakan dalam produk kosmetik. Plumbum atau lead ialah toksin pembangunan-neuro yang kuat, yang dipercayai menjadi punca kepada berjuta-juta kes ketidaksuburan dan pengguguran spontan setiap tahun. Pendedahan pranatal terhadap plumbum juga dikaitkan dengan berat badan rendah semasa lahir dan kecacatan kelahiran dalam kalangan bayi baru lahir.

    Triclosan

    Triclosan, bersama dengan triclocarban, digunakan secara meluas untuk membunuh kuman dalam sabun, ubat gigi, dan pelbagai produk antibakteria lain. Walau bagaimanapun, sebatian kimia ini dengan ketara mengganggu aturan hormon metabolisma dalam tubuh manusia. Ia juga boleh meningkatkan risiko gangguan endoktrin, dan ketidaknormalan mental pada janin yang sedang berkembang, serta boleh menyebabkan bayi rendah berat badan. Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa pendedahan kepada triclosan semasa kehamilan boleh menghalang penghantaran estrogen daripada plasenta ke fetus.

    Paraben (propyl, butyl, isopropyl, isobutyl, dan methyl paraben)

    Paraben adalah bahan pengawet kimia yang biasa ditemui dalam lebih 90% produk kosmetik pada hari ini. Sama seperti kebanyakan pengganggu endokrin lain, paraben meniru kesan estrogen dalam tubuh. Bahan ini membuang keseimbangan hormon ibu dan menjejaskan perkembangan normal dan fungsi fetus. Kajian yang disiarkan pada 2015 mendapati bahawa lebih 94% bayi baru lahir mendapat paraben dalam darah mereka dan lebih separuh daripada bayi tersebut ada lebih paraben berbanding ibu mereka sendiri. 

    Asid salicylic (BHA) dan BHT

    BHA dan BHT adalah dikira sebagai karsinogen berpotensi yang kebanyakannya digunakan untuk tujuan pengawet dalam produk kosmetik. BHA juga digunakan secara meluas sebagai bahan aktif untuk rawatan jerawat dan pengelupasan kulit. Dos oral tinggi untuk asid-asid ini dikaitkan dengan komplikasi kehamilan dan kecacatan kelahiran. Walaupun ia dianggap selamat untuk digunakan dalam produk penjagaan kulit yang mempunyai paras BHA lebih rendah daripada 2%, namun pakar amat mengesyorkan para ibu untuk menggunakan AHA sebagai alternatif kepada BHA, jika boleh.

    Retinol dan derivatif

    Retinol dan retinyl palmitate adalah 2 bentuk vitamin A yang berkemungkinan paling popular kerana keberkesanannya dalam mengurangkan garis halus dan kedutan. Di samping menawarkan manfaat yang dinyatakan, penggunaan retinol masih terhad atau dilarang kerana berkemungkinan tinggi menyebabkan kecacatan kelahiran dan keracunan hati pada bayi jika diserap lebih daripada dos yang disarankan. Mujurlah banyak jenama kecantikan pada hari ini menawarkan pelbagai alternatif retinol yang mempunyai keberkesanan sama seperti vitamin C, asid glikolik, asid kojik, dan soya (yang mana sebatian estrogen telah dikeluarkan). 

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan