backup og meta

Normal Atau Tidak Ibu Hamil Muntah Darah? Ini 5 Perkara Yang Jadi Penyebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/07/2022

    Normal Atau Tidak Ibu Hamil Muntah Darah? Ini 5 Perkara Yang Jadi Penyebabnya!

    Semasa kehamilan, kebanyakan ibu mengandung akan mengalami keadaan mual-mual dan muntah-muntah terutamanya di pagi hari.

    Keadaan yang dikenali sebagai “morning sickness’’ ini sebenarnya adalah ketika trimester pertama kehamilan. sehinggakan ada juga ibu mengandung yang muntah darah saat hamil.

    Persoalannya, adakah keadaan ini normal atau tidak? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

    Adakah muntah darah semasa mengandung itu normal?

    Hakikatnya, muntah darah saat hamil ini adalah normal dan biasa terjadi terhadap ibu mengandung!

    Keadaan yang dikenali sebagai hematemesis ini selalu berlaku pada trimester pertama kehamilan dan darah yang keluar akan kelihatan seakan-akan berwarna kehitaman atau kecoklatan.

    Sebenarnya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau atau panik kerana keadaan ini selalunya boleh diubati dengan ubat-ubatan jika ia tidak terlalu teruk.

    Pun begitu, muntah darah semasa hamil juga mungkin menunjukkan anda sebenarnya mengalami kondisi kesihatan yang lain.

    Oleh itu, jika anda mengalami keadaan ini, segera berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya.

    Apakah punca muntah darah semasa mengandung?

    Para ibu perlu tahu apakah sebenarnya punca yang menyebabkan muntah darah semasa hamil.

    Berikut merupakan antara punca-puncanya:

    1. Gastritis

    Keadaan ini berlaku disebabkan inflamasi pada perut yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai helicobacter pylori.

    Ia merupakan antara punca utama ibu mengandung mengalami kekejangan dan kelemahan pada perut selain muntah darah.

    2. Muntah darah kerana dehidrasi

    Keadaan ini berlaku apabila ibu mengandung tidak mempunyai air yang cukup dalam badan.

    Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan mual-mual yang seterusnya akan mengakibatkan muntah-muntah.

    Disebabkan tiada air dalam badan, apa yang akan keluar melalui muntah adalah darah.

    3. Luka pada kerongkong

    Ibu mengandung akan kerap mengalami mual dan muntah terutamanya ketika trimester pertama kehamilan mereka.

    Lama kelamaan, keadaan ini akan menyebabkan kerongkong terluka.

    Disebabkan itu, muntah yang asalnya daripada perut dan melalui kerongkong, akan membuatnya terkena dan bercampur dengan darah yang terdapat pada kerongkong itu lalu keluar bersama muntah.

    sakit pinggul semasa hamil

    4. Pengambilan ubat-ubatan

    Ubat-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen juga sebenarnya boleh menyebabkan muntah darah.

    Ini kerana ubat-ubatan ini akan mengurangkan penghasilan mukus dalam perut.

    Selain itu, ubat-ubatan pranatal seperti ini juga akan menguatkan lagi rasa mual-mual yang akan mendorong kepada muntah-muntah.

    5. Cirrhosis

    Paling berbahaya, muntah darah saat hamil mungkin disebabkan oleh cirrhosis.

    Ia berisiko dihidapi oleh individu yang kerap minum alkohol atau sudah sedia menghidapi penyakit autoimun seperti hemochromatosis.

    Ia merupakan kondisi kesihatan yang serius dan mampu merosakkan organ hati selain mengakibatkan individu yang menghidapinya muntah darah dalam kuantiti yang sangat banyak.

    Konklusinya, ibu mengandung tidak seharusnya memandang enteng jika anda mengalami muntah darah saat hamil meskipun ia sudah dianggap sebagai keadaan yang normal.

    Sebaiknya, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan jika perlu!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan