backup og meta

5 Cara Mudah Melegakan Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung, Jom Amalkan Di Rumah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 06/07/2022

    5 Cara Mudah Melegakan Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung, Jom Amalkan Di Rumah!

    Sebab utamanya adalah kerana perubahan hormon. Sfinkter di bahagian atas perut akan tertutup dengan kemas untuk mengelakkan makanan dan asid perut daripada naik ke esofagus.

    Ketika mengandung, hormon progesteron akan menyebabkan otot sfinkter ini lebih cenderung untuk longgar dan makanan dan asid perut akan mempunyai peluang untuk naik semula ke bahagian esofagus, mengakibatkan rasa pedih ulu hati.

    Mujurlah, terdapat kaedah yang selamat dan berkesan untuk menolong wanita mengandung untuk melegakan pedih ulu hati mereka.

    #1 Mengawal pemakanan harian untuk elak pedih ulu hati semasa mengandung

    Kurangkan saiz hidangan dalam masa yang sama, meningkatkan ketumpatan makanan bukan sahaja kaedah yang disarankan untuk kurangkan berat badan, ianya juga berkesan untuk membantu mereka yang mengalami pedih ulu hati.

    Ramai ibu mengandung menyangkakan bahawa makan dengan lebih adalah baik untuk pembesaran bayi di dalam rahim.

    Makan terlalu banyak akan menyebabkan perut anda tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menampung saiz makanan yang anda makan, menyebabkan isipadu makanan itu ternaik ke kawasan esofagus akibat tekanan.

    Bahagikan hidangan anda kepada pecahan yang lebih kecil dan berkala untuk memudahkan badan anda untuk menerimanya.

    Dengan memastikan diet yang sihat, anda akan mengatasi pedih ulu hati dan ianya membantu anda untuk mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sepanjang anda mengandung.

    #2 Kunyah gula-gula getah setelah hidangan yang besar

    pedih ulu hati

    Mengunyah gula-gula getah membantu untuk mengurangkan rembesan asid perut jadi jika anda terasa seperti kepedihan ulu hati mula datang, kunyah satu gula-gula getah.

    Jika anda tidak inginkan pemanis tiruan dalamnya, kunyah gula-gula getah yang tiada pemanis atau gula.

    Anda mungkin berminat:

    #3 Cuba terapi urutan untuk elak pedih ulu hati

    Kaedah ini akan menenangkan badan anda secara menyeluruh.

    Respinya adalah tambahkan 3 hingga 4 titisan essential oils dengan lemon, buah oren dan halia pada satu sudu kecil minyak asas kemudian urutkan pada bahagian dada dan atas belakang.

    #4 Cuba rawatan semula jadi untuk atasi pedih ulu hati semasa mengandung

    ibu mengandung

    Terdapat 3 jenis rawatan semula jadi dan petua yang digunakan untuk melegakan pedih ulu hati antaranya:

    #5 Ambil ubat anda

    Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, masanya untuk anda berjumpa doktor dan dapatkan nasihat mereka.

    Rawatan bagi kepedihan ulu hati tidak berbahaya kepada bayi anda dan contoh ubatannya adalah proton-pump inhibitors(PPIs) atau H2 blockers.

    Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan