Pelbagai perubahan fizikal terjadi pada tubuh ibu hamil termasuk stretch mark. Persoalannya, adakah kesan regangan kulit semasa hamil ini boleh dicegah?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group
Pelbagai perubahan fizikal terjadi pada tubuh ibu hamil termasuk stretch mark. Persoalannya, adakah kesan regangan kulit semasa hamil ini boleh dicegah?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Kesan regangan kulit atau dipanggil striae distensae, adalah garisan yang muncul pada kulit ibu hamil. Ia boleh jadi berwarna kemerahan, merah jambu, keunguan ataupun kelabu.
Lazimnya, kesan regangan kulit ini akan timbul di beberapa bahagian tubuh ibu seperti di kawasan perut, dada, pinggul, bahagian bawah badan dan paha.
Biasanya, kesan regangan kulit akan timbul apabila bahagian tubuh anda membesar lebih cepat daripada yang boleh ditahan oleh kulit anda.
Ini menyebabkan gentian elastik di bawah permukaan kulit anda pecah, mengakibatkan berlakunya kesan regangan kulit.
Apatah lagi semasa anda sedang hamil, beberapa bahagian tubuh anda membesar dan berat badan anda pula akan meningkat.
Jadi, tubuh yang membesar akan menyebabkan berlakunya kesan regangan kulit terutama di bahagian perut dan payudara anda.
Menurut American Academy of Dermatology, kesan regangan kulit semasa hamil boleh berlaku kepada kira-kira 90 peratus wanita hamil, selepas usia kandungan enam atau tujuh bulan.
Malangnya, tiada sebarang cara untuk mencegah kehadiran kesan regangan kulit. Walau bagaimanapun, ibu hamil disarankan untuk mempersiapkan badan sebelum datangnya kesan ini.
Cara ini boleh membantu mengurangkan kehadiran kesan regangan kulit semasa hamil, di samping memudahkan ibu merawat dan menangani kesan regangan kulit nanti.
Kesan regangan kulit adalah perkara biasa untuk wanita hamil. Jadi, jangan terlalu tertekan melihat kehadiran kesan regangan kulit pada tubuh anda.
Perkara terbaik untuk menangani kehadiran kesan regangan kulit semasa hamil adalah dengan memastikan tubuh kekal hidrat dan menyapu krim sebelum kehadiran kesan itu muncul lagi.
Dengan cara ini, jika sekalipun kesan stretch mark semasa hamil hadir, ia tidak akan jadi terlalu teruk dan anda akan dapat merawat kesan ini dengan lebih awal.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen