backup og meta

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/01/2022

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu keadaan kesihatan wanita yang paling penting.

    Kira-kira satu pertiga daripada golongan wanita yang mengandung mempunyai berat badan berlebihan mahupun obesiti.

    Bagi para wanita daripada kumpulan ini, kehamilan sebegini dikaitkan dengan kehamilan berisiko bagi kedua-dua pihak, ibu dan anak dalam kandungan.

    Mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang tinggi semasa mengandung boleh memberikan kesan yang besar kepada kesihatan anda dan juga kesihatan bayi dalam kandungan.

    Kesan berat badan yang berlebihan terhadap kesihatan kandungan

    berat badan

    Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan atau masalah obesiti semasa kehamilan, anda cenderung mengalami komplikasi berikut:

    • Masalah tekanan darah tinggi, preeklampsia dan darah beku

    Tekanan darah tinggi adalah apabila daya tekanan darah ke dinding saluran darah menjadi terlalu tinggi.

    Preeklampsia adalah keadaan yang boleh berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan diiringi oleh proteinuria (protein berlebihan di dalam air kencing) atau lain-lain tanda kerosakan organ multisistemik.

    Ini berlaku ketika seorang wanita hamil mempunyai tekanan darah tinggi dan menjadi petanda bahawa beberapa organ dalam badan, seperti buah pinggang dan hati tidak berfungsi dengan baik.

    Masalah pembekuan darah akan menyekat aliran darah pada saluran darah.

    • Kencing manis semasa mengandung

    Ini adalah sejenis diabetes yang berlaku kepada beberapa wanita semasa kehamilan.

    Diabetes terjadi apabila badan anda mempunyai terlalu banyak gula (disebut glukosa) di dalam darah.

    Kehamilan melewati tarikh akhir dan masalah semasa bersalin dan kelahiran, termasuk masalah dengan anestesia (ubat sakit).

    Kelahiran secara caesar akan menyebabkan bayi anda dilahirkan melalui pembedahan yang dibuat oleh doktor di bahagian perut dan rahim.

    Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan ataupun obesiti, kemungkinan besar anda mengalami komplikasi dari pembedahan caesar adalah tinggi, seperti jangkitan atau kehilangan darah yang banyak.

    • Keguguran atau stillbirth

    Keguguran berlaku ketika bayi mati di dalam rahim sebelum mencecah minggu ke-20 kehamilan.

    Sebilangan wanita mengalami keguguran sebelum mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedang hamil.

    Masa pemulihan akibat keguguran akan mengambil jangka masa selama beberapa minggu hingga sebulan atau lebih.

    Stillbirth pula terjadi apabila seorang wanita melahirkan bayi yang telah mati setelah 20 minggu usia kehamilan.

    Sekiranya anda mengalami masalah berat badan, kemungkinan besar anda mendapat komplikasi lain, termasuk:

    • Jangkitan semasa kehamilan, seperti jangkitan saluran kencing
    • Gangguan tidur yang disebut apnea tidur obstruktif. Ini adalah ketika pernafasan anda berhenti semasa anda sedang tidur
    • Masalah pembekuan darah berbahaya yang disebut tromboembolisme vena (juga disebut VTE). Ini adalah akibat darah yang membeku pecah dan mengalir melalui darah anda ke organ badan seperti otak, paru-paru atau jantung. Ini boleh menyebabkan strok ataupun serangan jantung
    • Masalah dengan penyusuan susu ibu

    Apa yang boleh anda lakukan bagi menjamin kehamilan yang sihat dan berat badan yang terkawal?

    Sebelum mengandung, pastikan anda dapatkan pemeriksaan awal, pergi ke mana-mana klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan.

    Doktor mahupun golongan profesional akan memberikan khidmat nasihat kepada anda mengenai cara-cara menurunkan berat badan secara selamat dan sihat.

    Mencuba untuk menurunkan berat badan sebelum kehamilan adalah langkah yang terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan.

    • Dapatkan rawatan pranatal awal dan berkala

    Penjagaan pranatal adalah rawatan perubatan yang anda perlu dapatkan semasa mengandung.

    Amalkan untuk pergi ke tempat pemeriksaan bagi pemeriksaan pranatal, walaupun anda mungkin berasa sihat.

    Kebiasaannya, doktor anda akan memberi ujian pranatal, seperti ujian saringan glukosa untuk diabetes dan ultrasound bagi mendapatkan gambaran mengenai bayi anda di dalam kandungan.

    • Makan makanan yang sihat

    berat badan

    Bercakap dengan doktor atau pakar pemakanan untuk membantu dalam merancang pemakanan anda.

    Ini dapat membantu anda membuat rancangan makan yang berkhasiat dan cukup zat berdasarkan usia, berat badan, ketinggian dan aktiviti fizikal anda.

    Anda tidak boleh berdiet

    Jika anda cuba berdiet semasa hamil. ia akan mengurangkan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan anda untuk pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat.

    Pastikan anda tidak mencuba untuk mengekalkan berat badan yang sama atau menurunkan berat badan terutamanya semasa mengandung.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan