backup og meta

Boleh Tak Makan Ubat Semasa Hamil? Ini Ubat Yang Selamat & Berbahaya Sewaktu Mengandung


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 18/01/2022

    Boleh Tak Makan Ubat Semasa Hamil? Ini Ubat Yang Selamat & Berbahaya Sewaktu Mengandung

    Pengambilan ubat semasa hamil tanpa preskripi adalah perkara yang tidak mampu dielakkan bagi wanita hamil.

    Ini kerana pelbagai ketidakselesaan kesihatan yang mereka hadapi disebabkan perubahan hormon dan pelarasan badan semasa hamil membuatkan ibu kadangkala mencari ubat semasa hamil tanpa preskripsi.

    Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana ini adalah keadaan biasa yang dilalui oleh wanita hamil. Namun, adalah penting untuk anda tahu jenis-jenis ubat yang selamat dan tidak selamat untuk wanita hamil.

    Dengan cara ini boleh membantu menghalang berlakunya sebarang risiko mendapat komplikasi kehamilan seperti keguguran, bayi mati dalam kandungan (stillbirth), dan kecacatan kelahiran.

    Ubat semasa hamil yang selamat diambil ketika mengandung 

    ubat semasa hamil

    Hakikatnya, tiada sebarang ubat semasa hamil dari segi perubatan yang 100% selamat untuk kehamilan, tidak kiralah jika dengan preskripsi, tanpa preskripsi, suplemen, ataupun herba.

    Jadi, diwajibkan bagi setiap wanita hamil untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor jika ingin mengambil suatu jenis ubat semasa hamil yang baru ataupun menukar pengambilan ubat mereka sekarang ini.

    Ibu hamil perlu mengikuti dos yang ditetapkan bagi mengelakkan penyalahgunaan ubat ataupun terlebih dos.

    Ubat semasa hamil yang biasanya selamat untuk kehamilan

    Kebarangkalian kandungan terjejas adalah rendah jika anda mengikuti pengambilan ubat dengan dos yang disarankan, dan hanya mengambilnya semasa diperlukan sahaja:

    – Acetaminophen (Nama komersil: Anacin Aspirin-Free, Tylenol, Shake that Ache): Digunakan untuk merawat demam, selesema, sakit, pening kepala atau demam panas. Jangan ambil acetaminophen lebih daripada 3 hari berturut-turut untuk demam, dan jangan ambil lebih daripada 10 hari berturut-turut untuk melegakan sakit.

    – Antacids (Nama komersil: Maalox, Mylanta, Rolaids, Tums)/Simethicone (Nama komersil: Gas-X, Maalox Anti-Gas, Mylanta Gas, Mylicon): Digunakan untuk merawat pedih hulu hati dan perut bermasalah seperti sakit perut dan perut kembung.

    – Psyllium (Nama komersil: Metamucil, Perdiem)/ Polycarbophil (Equalactin, Mitrolan): Julap serat dan melembutkan najis.

    – Dextromethorphan (Nama komersil: Benylin Adult, Vicks 44): Ubat untuk melegakan batuk

    – Guaifenesin (Nama komersil: Hytuss, Mucinex): Ekspektoran (Agen yang merangsang pelepasan mukus dalam sistem pernafasan). Walau bagaimanapun, doktor menyarankan supaya wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan ubat ini semasa trimester akhir.

    Krim buasir/ hemorrhoid (Nama komersil: Witch hazel, Preparation H, Tucks)

    – Ubat tidur hanya dibenarkan jika diambil pada jangka pendek.

    Suplemen nutrien: Asid folik adalah amat disarankan untuk menghalang kecacatan kelahiran. Selain itu, ibu hamil juga perlu mengelakkan daripada pengambilan vitamin A berlebihan kerana boleh meracun bayi.

    Ubat semasa hamil yang berbahaya 

    ubat semasa hamil

    Ubat-ubat di bawah adalah sangat perlu dielakkan semasa hamil kerana telah terbukti boleh membahayakan janin.

    – Aspirin, ibuprofen (Nama komersil: Advil, Motrin) dan naproxen (Nama komersil: Aleve): ubat untuk merawat demam, selesema, sakit kepala, dan demam. Acetaminophen (Tylenol) terbukti merupakan alternatif yang berkesan menggantikan aspirin dan ibuprofen.

    – Isotretinoin (Nama komersil: Accutane, Absorica): ubat untuk merawat jerawat

    – Thalidomide (Nama komersil: Thalomid): ubat untuk merawat pelbagai penaykit myeloma dan penyakit kulit tertentu

    Perencat enzim penukaran-Angiotensin (ACE): Ubat untuk merawat kegagalan jantung kongestif dan tekanan darah tinggi. Ubat-ubat ini hanya boleh diambil semasa trimester pertama.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 18/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan