backup og meta

Alami Kaki Bengkak Semasa Hamil? Ini Punca Dan Tip Untuk Ibu Atasinya

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 29/07/2022

    Alami Kaki Bengkak Semasa Hamil? Ini Punca Dan Tip Untuk Ibu Atasinya

    Masalah kaki bengkak semasa hamil adalah keadaan biasa untuk terjadi. Tetapi apa puncanya, ya?

    Semasa anda memasuki trimester kedua kehamilan, kasut akan mula rasa sedikit ketat kerana kaki anda sedang mengembang.

    Ia boleh menyebabkan anda tidak selesa. Berita baiknya terdapat cara untuk anda berasa lebih selesa dan kaki kurang mengembung.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Kaki bengkak semasa hamil 

    Apa yang anda sedang alami ini dinamakan edema – iaitu keadaan di mana lebihan cecair terkumpul pada tisu anda.

    Kira-kira tiga perempat daripada wanita hamil terjejas disebabkan edema, di mana mereka mula mengalami gejala ini sekitar minggu ke-22 hingga minggu ke-27 kehamilan.

    Semasa trimester ketiga, edema boleh jadi lebih teruk jika anda mengalami lebihan cecair amniotik atau jika anda hamil kembar.

    Masalah bengkak lebih menjadi-jadi semasa musim panas dan semakin anda hampir dengan tarikh bersalin.

    kaki bengkak semasa hamil

    Walau bagaimanapun,selepas anda melahirkan bayi, masalah bengkak kaki anda akan berkurangan.

    Masalah pembengkakan ini berlaku kerana badan anda menahan cecair untuk menyokong anda dan bayi dalam kandungan.

    Cecair tersebut akan kekal dalam sel anda dan membenarkan aliran darah meningkat. Ini akan menyebabkan buku lali dan kaki anda, juga tangan anda turut mengembang.

    Dalam pada itu, uterus akan menekan saluran darah anda membawa kepada kaki. Apabila urat menjadi sempit, darah akan mula berkumpul pada kaki anda dan menyebabkan bengkak kaki.

    Baca juga:

    Cara mengurangkan kaki bengkak  

    Sebenarnya, masalah kaki bengkak semasa hamil adalah normal. Akan tetapi, jika anda rasa tidak selesa, berikut ada beberapa tips yang boleh anda cuba:

    • Baring mengiring untuk mengurangkan darah berkumpul pada kaki
    • Tinggikan kaki anda. Contohnya, letakkan kusyen di bawah kaki anda semasa anda berbaring, atau

      letakkan bangku kecil di bawah meja kerja anda di pejabat

    • Pakai kasut yang selesa yang boleh memuatkan kaki anda yang bengkak. Elakkan kasut yang ketat yang boleh menekan kaki anda
    • Jangan silangkan kaki atau buku lali semasa duduk

    kaki bengkak semasa hamil

    • Elakkan berdiri terlalu lama. Kerap berjalan sebentar untuk membantu melancarkan perjalanan darah
    • Jangan pakai sarung kaki atau stoking yang ketat terutama yang menakan di bahagian buku lali atau betis. Tanggalkannya sebelum anda turun dari katil supaya darah tidak sempat berkumpul pada buku lali anda
    • Minum banyak air
    • Kerap bersenam seperti berjalan atau menunggang basikal senaman. Berenang dan kelas aerobik air juga baik untuk mengurangkan masalah kaki bengkak
    • Jika anda malas untuk bergerak daripada tempat duduk anda, bongkokkan dan buat regangan kaki naik ke atas dan ke bawah, atau anda boleh pusingkan kaki secara membulat

    Makan makanan seimbang dan elakkan makanan ringan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C dan E.

    kaki bengkak semasa hamil

    Sumber baik untuk vitamin C termasuklah: buah sitrus, lada merah dan hijau, tembikai, ubi kentang, tomato, strawberi, kubis, dan brokoli.

    Makanan kaya dengan vitamin E termasuklah minyak sayuran (terutamanya minyak jagung, soya dan germa gandum), biji bunga matahari, germa gandum, jagung manis, kacang gajus, dan kacang badam.

    Jangan terlalu bimbang anda mengalami kaki bengkak semasa hamil. Selepas bersalin, masalah edema anda ini akan hilang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 29/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan