backup og meta

Ini Tanda-tanda Anda Mengalami Kemurungan selepas Bersalin!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    Ini Tanda-tanda Anda Mengalami Kemurungan selepas Bersalin!

    Meskipun pengalaman menimang cahaya mata menjadi satu daripada momen manis dalam kehidupan seseorang wanita, namun ramai wanita sebenarnya berasa murung dan sedih selepas bersalin. Ini adalah keadaan yang biasanya dikenali sebagai ‘baby blues’. Kemurungan selepas bersalin membuatkan ibu baharu berasa mudah menangis, marah-marah, letih, dan kebimbangan disebabkan oleh perubahan mendadak hormon selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, keadaan ini tidak berlangsung lama dan akan hilang dalam masa beberapa hari selepas kelahiran. 

    Apakah tanda-tanda lazim seseorang itu mengalami kemurungan selepas bersalin?

    Anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin, jika anda:

    −Rasa sedih berterusan

    −Tidak lagi berminat dengan perkara yang berlaku di sekeliling atau tidak berasa teruja dengan perkara yang selalunya memberi keseronokan kepada anda

    −Sentiasa rasa letih dan jarang mempunyai tenaga untuk melakukan sesuatu, termasuklah menjaga bayi 

    −Mengalami masalah untuk tidur di waktu malam tetapi sering berasa mengantuk pada siang hari 

    −Mengalami masalah untuk membuat keputusan, melakukan tugasan mudah atau menumpukan perhatian

    −Tidak mahu makan, minum atau merasa makanan yang biasanya digemari 

    −Mengidam tanpa kawalan 

    −Rasa terganggu, mudah marah, dan bersikap tidak peduli

    −Menyalahkan diri sendiri, dan rasa tidak berguna 

    −Bersikap tidak acuh dan tiada perasaan untuk melayan anak

    −Tidak berminat dengan pasangan

    −Berfikiran negatif seperti menyakitkan diri sendiri, menyakiti bayi, bahkan boleh membunuh diri 

    Kemurungan selepas bersalin boleh berlaku secara perlahan-lahan dan kadangkala sukar untuk didiagnosis. Jika anda melihat tanda-tanda kemurungan selepas bersalin berlaku pada ibu-ibu baharu, dapatkan bantuan daripada doktor secepat mungkin:

    −Selalunya, ibu akan menangis tiba-tiba tanpa sebab.

    −Ibu tidak mahu menjaga bayi. 

    −Ibu tidak mahu berjumpa atau bercakap dengan sesiapa.

    −Ibu mempunyai kesukaran untuk ‘bonding’ dengan bayi. 

    −Ibu cenderung untuk berkata-kata negatif dan berasa dirinya tidak berguna. 

    −Ibu tidak mahu menjaga diri sendiri. 

    Kemurungan selepas bersalin memberikan kesan yang dahsyat kepada kehidupan harian ibu, dan lebih penting lagi, kepada hubungan ibu dengan anak, pasangan, dan orang lain di sekeliling. Jika anda mengalami masalah kemurungan selepas bersalin, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Dengan memendam rasa dan bergelut berseorangan akan hanya menjadikan masalah ini lebih serius dan amat berbahaya. Jika perkara ini tidak ditangani dengan betul, kemurungan selepas bersalin boleh berterusan selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun. 

    Bergelar ibu baru bermakna anda akan berhadapan dengan kedua-dua perubahan fizikal dan emosi. Anda mungkin akan berasa gembira dan kemudiannya berasa sedih secara tiba-tiba. Selalunya, perasaan ini akan hilang sendiri. Namun, jika anda lihat perasaan negatif anda berpanjangan melebihi dua minggu terawal selepas anda melahirkan bayi, ini berkemungkinan anda mengalami masalah kemurungan selepas bersalin, yang memerlukan anda segera mendapatkan rawatan doktor.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan