Hilang Selera Makan Masa Hamil? Ada 19 Cara Boleh Bantu Mak Buyung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020

Biasanya kehamilan akan membuatkan individu banyak makan. Namun adakalanya anda mungkin hilang selera ketika hamil. Berikut tip ketika mengandung yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tiada selera makan. 

Hilang selera ketika hamil

Makanan yang kaya kandungan nutrisi adalah penting sepanjang tempoh kehamilan. Malahan jika anda mengandung, ia adalah perkara biasa untuk mengalami kenaikan berat badan, bukan?

Namun ada masanya, anda mungkin berasa tidak sihat. Dilanda rasa ingin loya dan muntah, pedih ulu hati, sembelit, hilang selera ketika hamil atau bengkak pada kaki. Semua itu perkara normal untuk dialami wanita mengandung.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda perlu menerima sahaja keadaan tersebut dan membiarkan diri anda terus hilang keinginan untuk mengambil sebarang makanan. 

Ini kerana jika keadaan berterusan, anda mungkin akan mengalami penyusutan berat badan sekali gus mewujudkan masalah lain yang didasari oleh isu kesihatan pula.

Tip atasi masalah hilang selera ketika hamil

Berikut petua dan tip ketika mengandung yang boleh membantu anda mengatasi dan mengendalikan ketidakselesaan yang wujud ketika hamil.

Mabuk hamil

Mabuk hamil melibatkan loya dan muntah adalah 1 keadaan biasa dan kerap dialami wanita mengandung. Ini disebabkan perubahan dan peningkatan hormon dalam badan.

Keadaan ini berbeza bagi setiap individu. Ada yang mengalami keadaan ini pada trimester pertama dan sesetengahnya berlanjutan sehingga ke penghujung tempoh kehamilan

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

  1. Makan hidangan bersaiz kecil atau snek dengan kerap. Cuba untuk makan setiap 2 jam sekali agar perut tidak kosong.
  2. Pilih makanan dan snek tinggi protein. Anda boleh mencuba mencicah roti pita dengan hummus, keju dan biskut atau yogurt bersama granola – campuran bijirin sarapan pagi.
  3. Minum dengan kerap. Elakkan minuman sejuk, terlalu manis atau masam seperti jus atau lemonade.
  4. Elak makan bersulam. Hindari tabiat makan dan minum secara bersulam. Ia boleh membuatkan perut anda cepat kembung.
  5. Sediakan snek. Untuk menghindari rasa lapar, letakkan snek ringan seperti biskut di tepi katil. Cuba untuk berehat dalam tempoh 15 minit sebelum anda bangun dari katil.
  6. Halia sebagai ubat. Campurkan halia dalam minuman teh, gula-gula perisa halia atau sebarang snek berasaskan halia. Anda juga boleh memilih kapsul halia jika tidak sukakan rasa halia. 

Jika masalah hilang selera ketika hamil tidak berubah dan makin teruk, dapatkan rundingan dan nasihat daripada pakar tentang rawatan dan tip ketika mengandung yang bersesuaian untuk mengatasi masalah ini.

tip ketika mengandung

Pedih ulu hati

Keadaan ini berlaku disebabkan tekanan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perubahan hormon. Bagaimana mengatasi masalah pedih ulu hati ini?

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

  1. Makan buah rendah kandungan asid. Biasanya keadaan ini berlaku disebabkan pengambilan makanan berasid. Jadi pengambilan buah rendah kandungan asid seperti pisang dan tembikai dapat membantu.
  2. Kawal pemakanan. Sentiasa beri perhatian pada apa yang anda makan dan bila anda mengambilnya. Hindari makanan pedas dan elak makan hampir dengan waktu tidur. 

Sembelit

Makanan mungkin akan melepasi badan dengan lebih perlahan ketika hamil bagi membolehkan segala nutrisi dan zat diserap badan untuk keperluan diri dan bayi. Ia cenderung menyebabkan sembelit.

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

  1. Minum banyak air. Minumlah sekurang-kurangnya 2.3 liter cecair seperti air, susu, jus, kopi tanpa kafein dan teh. Minuman panas dan suam lebih baik.
  2. Makanan tinggi serat. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 28 gram serat setiap hari ketika hamil. Tambah makanan tinggi serat dalam hidangan anda secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kembung, kekejangan atau cirit-birit.
  3. Ambil pir, prun dan epal. Buah-buahan ini mempunyai kesan seperti julap dan boleh menjadikan najis lebih lembut dan mudah keluar. Maka kuranglah risiko sembelit!
  4. Banyakkan bergerak. Lakukan aktiviti fizikal ringan secara berkala. Ia juga merupakan antara tip ketika mengandung yang baik untuk diamalkan.

Elakkan daripada menggunakan julap sebelum mendapatkan rundingan daripada doktor terlebih dahulu. Tindakan itu mungkin menyebabkan anda mengalami kontraksi. Bahaya!

Hilang selera ketika hamil

Ada masanya anda mungkin tidak berasa sebarang keinginan untuk makan. Apatah lagi jika tidak sihat atau berdepan masalah sembelit. 

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

  1. Mengambil hidangan bersaiz kecil dan snek dengan kerap. Makanan dalam saiz yang kecil boleh membantu mencegah daripada terlalu kenyang.
  2. Nikmati makanan tinggi protein. Cuba hasilkan smoothie dengan gabungan susu bersama yogurt, serbuk susu skim (untuk tambahan tenaga), pisang, beri biru dan kekacang.
  3. Makanan tinggi tenaga. Cubalah kekacang tanpa garam, buah-buahan kering, avokado, salmon dan keju.

hilang selera ketika hamil

Bengkak 

Sepanjang tempoh kehamilan, anda mungkin akan berasa kaki dan tangan yang bengkak. Pengekalan air sesuatu yang normal semasa mengandung.

Untuk membantu mengatasi masalah ini, anda boleh:

  1. Minum banyak air. Apabila berasa kembung perut, penting untuk anda minum air. Minumlah sekurang-kurangnya 2.3 liter cecair seperti air kosong, susu, jus, kopi tanpa kafein dan teh. 
  2. Hadkan pengambilan snek, makanan segera tinggi kandungan garam. Ia tidak bermakna anda perlu mengawal ketat pengambilan garam, cuma garam yang berlebihan menyumbang kepada pengekalan air dalam badan.
  3. Tinggikan kaki. Ketika duduk atau berbaring, cuba tinggikan bahagian kaki dengan meletakkan bantal tambahan. Elakkan untuk menyilang kaki.
  4. Banyakkan bergerak. Melakukan aktiviti fizikal ringan secara berkala dapat mengurangkan masalah bengkak. Cubalah untuk berjalan – ia satu senaman yang mudah dan selamat untuk dilakukan.

Jika masalah bengkak semakin teruk atau berlaku peningkatan berat badan secara mendadak, dapatkan pemeriksaan dengan doktor. 

Pengalaman berbeza

Tidak semua wanita akan berdepan keadaan hilang selera ketika hamil. Adakalanya anda mungkin tetap berselera walaupun mengalami salah satu masalah yang disenaraikan di atas.

Moga perkongsian artikel mengenai tip ketika mengandung, akan dapat membantu mengurangkan gejala dan simptom yang dialami.

Cara terbaik, jika terdapat sebarang kemusykilan, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rundingan dan rawatan yang terbaik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pedih Ulu Hati Lagi? Cuba Tips Ini

    Nama sahaja pedih ulu hati, tetapi tidak ada kaitan pun dengan hati atau jantung. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai heartburn. Lagi menakutkan! Apakah itu pedih ulu hati? Keadaan ini sebenarnya disebabkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan 21/11/2018

    Menderita Pedih Ulu Hati Semasa Hamil? Ini 5 Cara Atasinya, Jangan Sampai Makin Teruk!

    Lebih separuh daripada semua wanita hamil melaporkan simptom pedih ulu hati yang teruk, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Pedih Ulu Hati: 6 Sebab Tidak Boleh Diabaikan

    Jangan abaikan jika anda pernah mengalami pedih ulu hati. Ini 6 sebab mengapa kemungkinan anda mengalami ketidakselesaan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Pedih Ulu Hati Dalam Kalangan Kanak-kanak

    Rasa pedih ulu hati adalah sesuatu yang cukup tidak menyenangkan atau menyelesakan. Bagaimana pula rasa pedih ulu hati dalam kanak-kanak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/04/2020
    makanan tradisional cina

    Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2020
    ranitidine

    Bahan Karsinogen Ditemui, Ubat Ranitidine Ditarik Semula

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 31/10/2019
    Melegakan Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

    Melegakan Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 04/03/2019