backup og meta

Alami Ekzema Ketika Hamil? Ini 10 Tip Untuk Mengelak Jadi Makin Kronik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/11/2021

    Alami Ekzema Ketika Hamil? Ini 10 Tip Untuk Mengelak Jadi Makin Kronik!

    Ekzema, juga dikenali sebagai dermatitis, merujuk kepada masalah kulit yang kronik.

    Ekzema ringan menyebabkan rasa kering, panas, dan gatal pada kulit, sementara ekzema teruk membawa kepada kulit kasar dan juga berdarah.

    Berita baiknya ialah ekzema tidak berjangkit. Persoalannya, adakah wanita boleh mendapat ekzema semasa mengandung? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa wanita mengandung boleh alami masalah kulit ini?

    Terdapat pelbagai jenis ekzema. Jenis yang paling biasa adalah ekzema atopik, yang disebabkan oleh:

    Jenis lain ekzema boleh dicetuskan oleh bahan kimia, detergen, yis, dan logam (contohnya, anting-anting anda).

    Jika anda ada ekzema dan sedang mengandung.

    Peluangnya adalah hormon kehamilan mungkin akan membuatkan keadaan kulit anda lebih baik ataupun bertambah teruk.

    Anda mungkin berminat:

    Apa yang boleh dilakukan jika mendapat ekzema semasa mengandung?

    masalah kulit

    1. Bercakaplah dengan doktor anda bagi mencari penyelesaian yang terbaik. Terdapat banyak rawatan topikal yang boleh membantu anda dengan keadaan ini. Steroid topikal tertentu boleh digunakan di bawah nasihat doktor, seperti Antihistamines yang berguna dalam mengatasi kegatalan. Tar arang batu mempunyai ciri-ciri menenangkan.
    2. Elakkan hubungan dengan pencetus ekzema yang diketahui. Bagi bahan iritasi berkemungkinan seperti bulu, bulu haiwan peliharaan, makanan tertentu atau barang kemas, elakkannya semaksimum mungkin.
    3. Pilih yang lembut dan semula jadi. Jangan gunakan produk yang mengandungi pewangi atau produk penjagaan peribadi yang mengandungi alkohol.
    4. Jangan berendam. Jangan habiskan masa terlalu lama di dalam air, termasuklah melakukan aktiviti seperti berendam di tab mandi atau kolam renang. Pastikan anda menjaga kebersihan diri, tetapi jangan pula mencuci tangan anda terlalu kerap.
    5. Kekal lembap. Kekeringan dan kerekahan boleh dielakkan dengan menggunakan pelembap.
    6. Sentiasa nyaman. Pastikan anda jauh daripada haba yang berlebihan atau berpeluh kerana ini adalah pencetus paling mudah untuk ekzema. Pilih pakaian yang longgar yang diperbuat daripada kain kapas dengan kurang lapisan. Elakkan material kasar dan bahan yang diperbuat daripada fabrik sintetik atau bulu.
    7. Elakkan perubahan mengejut pada suhu dan kelembapan. Lonjakan suhu membawa kepada peluh yang berlebihan sementara penurunan mendadak dalam kelembapan membawa kepada kulit kering dan membahang.
    8. Gunakan tuaman sejuk berbanding dengan menggunakan kuku jari untuk menggaru bahagian yang gatal. Perbuatan ini hanya akan membuatkan keadaan kulit lebih teruk dan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda yang membawa kepada jangkitan disebabkan oleh bakteria. Pastikan kuku jari anda pendek dan dipotong rapi, serta pakai sarung tangan semasa tidur jika anda jenis yang tidak boleh mengawal diri daripada menggaru semasa tidur.
    9. Jangan rasa tertekan. Stres juga adalah pencetus ekzema.
    10. Menyusukan bayi anda. Ini tidak akan menyembuhkan keadaan anda, tetapi ia boleh mencegah bayi daripada mendapat ekzema, menurut kajian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan