Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diabetes semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu kondisi serius yang menyerang wanita hamil yang sebelum ini mungkin tidak mempunyai sejarah perubatan menghidapi diabetes. Ini kerana ada wanita yang akan menghasilkan banyak kandungan gula dalam darah mereka semasa hamil dan kondisi ini selalunya terjadi sekitar minggu ke-24 hingga minggu ke-28 kehamilan.
Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada wanita yang mengalami kondisi ini, ia tidak bermaksud anda pernah mengalami diabetes sebelum hamil atau akan mengalaminya selepas melahirkan bayi. Namun begitu, diabetes semasa hamil akan meningkatkan risiko anda menghidapi diabetes jenis 2 kelak. Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan anak anda berisiko menghidapi diabetes dan meningkatkan risiko komplikasi kehamilan dan kelahiran anda.
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, anda perlu mengenali simptom-simptomnya terlebih dahulu. Meskipun kebiasaannya kondisi ini tidak memperlihatkan simptom yang jelas, anda mungkin akan mengalami perkara-perkara berikut:
Kondisi ini akan mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan yang lain. Jika tidak dirawat dengan segera, akan terjadi beberapa komplikasi yang tidak diingini terhadap kandungan serta anda sendiri, iaitu:
Kandungan gula yang terlalu banyak dalam darah akan mengakibatkan ia merentasi plasenta kepada bayi anda lalu meningkatkan risiko bayi anda menjadi terlalu besar. Ini akan mengakibatkan kesukaran kepada ibu untuk bersalin normal. Jika perlu, pembedahan caesarean perlu dilakukan. Selain itu, bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah sepanjang tempoh kehamilan berisiko menghidapi shoulder dystocia yang menyebabkan bahu mereka tersekat pada saluran kelahiran lalu menyukarkan proses bersalin.
Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah sepanjang tempoh berada dalam rahim ibu akan cenderung menghidapi pelbagai masalah kesihatan seperti hipoglisemia, penyakit kuning serta masalah pernafasan dan mungkin perlu ditahan sementara waktu di unit neonatal untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Turut membimbangkan adalah bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami diabetes semasa hamil cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 dan obesiti dewasa kelak.
Bagi memastikan kondisi ini tidak menjadi lebih teruk, anda perlu mengubah pemakanan dan gaya hidup bagi memastikan kandungan gula dalam darah anda sentiasa berada pada paras yang normal semasa hamil. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan:
Dalam beberapa kes, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil suntikan insulin atau ubat oral antidiabetik (OAD) jika anda memerlukannya. Selain itu juga, doktor mungkin akan menawarkan anda untuk melakukan imbasan ultrasound untuk mengawasi kandungan gula dalam darah anda di samping memeriksa tumbesaran bayi anda.
Sesiapa sahaja wanita mungkin akan mengalami diabetes semasa hamil tanpa mengira sejarah perubatan menghidapi diabetes atau tidak. Jika anda merupakan salah seorang daripada wanita tersebut, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Ini bertujuan mengelakkan komplikasi yang boleh berlaku sekiranya kondisi ini tidak dirawat dengan kadar segera.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen