backup og meta

Cara Kira BMI Ibu Mengandung: Ini Ringkasan Apa Yang Kalian WAJIB Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/06/2021

    Cara Kira BMI Ibu Mengandung: Ini Ringkasan Apa Yang Kalian WAJIB Tahu!

    Bagi individu dewasa mengetahui cara kira BMI adalah penting untuk mendapatkan berat ideal bagi ketinggian dan indeks jisim badan sihat. Namun begitu, sama tak cara kira BMI ibu mengandung?

    Jika dahulu, cara pengiraan adalah berbeza bagi jantina lelaki dan wanita, kini kajian yang lebih baharu mencadangkan persamaan uniseks berdasarkan indeks jisim badan.

    Mengikut carta BMI, 22 merupakan angka yang berada di tengah-tengah berat badan yang normal dan ia dikaitkan dengan kesihatan badan yang baik.

    Namun, bagaimana pula jika seorang wanita itu hamil? Adakah terdapat cara kira BMI ibu mengandung yang betul dan tepat? Jom ikuti artikel untuk tahu!

    Mengapa perlu mengetahui cara kira indeks jisim badan?

    Untuk mengetahui cara kira BMI ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

    Sebaliknya anda perlu mengetahui tentang dua perkara, iaitu berat dan tinggi anda sahaja.

    cara kira BMI ibu mengandung

    Daripada hasil kiraan, BMI akan menunjukkan tahap berat anda, sama ada normal, kurang berat, lebih berat badan atau obes. Ini adalah berpandukan carta BMI.

    Jadi, sila jaga BMI anda untuk tahap kesihatan yang lebih baik!

    Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami, di sini.

    Formula cara kira BMI yang betul dan tepat

    Sebenarnya formula cara kira BMI adalah mudah. Seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu mengetahui tentang dua perkara, jumlah berat dan ketinggian anda.

    Anda boleh menggunakan formula di bawah:

    Sebagai contoh pengiraan, sekiranya berat badan anda adalah 50 kilogram (kg) dengan ketinggian 155 cm, apa yang perlu anda lakukan adalah bahagikan berat dengan ketinggian anda, seperti;

    • Berat badan: 50 kg
    • Ketinggian 155 cm: 1.55m

    Pengiraannya: 50 / (1.55 x 1.55) = 20.8. Maka BMI anda adalah 20.8.

    Anda boleh merujuk carta di bawah untuk mengetahui kategori BMI berdasarkan hasil keputusan yang diperolehi.

    Berikut pula adalah kategori BMI:

    BMI bawah 18.5 = Kurang berat badan

    BMI antara 18.5 – 24.9 = Mempunyai berat badan unggul

    BMI antara 25 – 30 = Lebih berat badan

    BMI antara 30 atau lebih = Obes

    cara kira BMI ibu mengandung

    Nak lagi mudah, anda boleh guna kalkulator BMI kami di sini.

    Tetapi harus diingatkan bahawa carta dan cara kira BMI ini tidak sesuai untuk diguna pakai bagi kanak-kanak atau remaja, malah ibu yang mengandung juga tidak sesuai untuk mengikut pengiraan BMI ini.

    Jadi bagaimana dengan penjagaan berat bagi wanita mengandung?

    Cara kira BMI ibu mengandung yang sebenar

    Penambahan berat badan semasa hamil adalah berbeza bagi setiap wanita.

    Walau bagaimanapun, dicadangkan untuk anda menggunakan cara kira BMI ibu mengandung dengan lebih mudah iaitu: 

    • Wanita dengan berat badan purata (BMI dari 18.5 – 25) perlu mendapat kira-kira 11 hingga 15 kilogram semasa dia melahirkan anaknya
    • Wanita yang kekurangan berat badan (BMI <18.5) perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 12 hingga 18 kilogram
    • Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan (BMI> 25) perlu menambah berat hanya 6 hingga 11 kilogram

    Penambahan berat badan mengikut minggu (digunakan untuk wanita hamil dengan purata BMI dari 18.5-25):

    • Minggu 1 hingga minggu 12 (trimester pertama): 0.9 hingga 2 kilogram
    • Minggu 13-26 (trimester kedua): 4 hingga 5 kilogram
    • Minggu 27-40 (trimester ketiga): 5 hingga 6 kilogram

    cara kira BMI ibu mengandung

    Oleh itu, sila ukur dan timbang berat badan anda mengikut cara kira BMI ibu mengandung dengan sebetulnya ya?

    Mungkin agak sukar untuk kalian melakukannya seorang diri. Anda mungkin boleh minta bantuan suami, keluarga atau kawan-kawan ketika melakukannya.

    Untuk lebih tepat dan kepastian, sila berjumpa dengan doktor pakar!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan