backup og meta

Bolehkah Wanita Hamil Makan Ikan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

    Bolehkah Wanita Hamil Makan Ikan?

    Ikan adalah sumber protein terbaik. Selain mengandungi rendah lemak tepu dan tinggi lemak tak tepu serta tinggi minyak omega 3, ikan juga merupakan sumber yang kaya dengan iodin. Jadi, setiap individu, terutamanya wanita hamil, perlu mengambil ikan dalam diet harian mereka.

    Berapa banyak ikan yang saya perlu makan?

    Kebanyakan masyarakat Amerika tidak makan ikan secukupnya. Bagaimanapun, FDA menyarankan setiap individu makan ikan rendah merkuri 8 hingga 12 auns seminggu. Jumlah ini adalah kira-kira 2 hingga 3 hidangan ikan setiap minggu, yang boleh menggantikan jenis protein lain. Pastikan anda memilih pelbagai jenis ikan yang rendah merkuri, seperti ikan salmon, tilapia, udang, tuna, ikan kod dan ikan keli.

    Ikan juga mengandungi makanan tambahan omega-3 berkhasiat, jadi jika anda mengelak daripada makan ikan, anda akan kehilangan nutrien penting lain. Sebaik-baiknya, anda dapatkan pelbagai jenis ikan yang rendah merkuri. Sebagai tambahan, anda boleh mengambil suplemen omega-3.

    Apakah jenis ikan yang perlu saya elakkan?

    Merkuri adalah satu unsur yang ada di dalam laut, tasik, dan sungai. Semasa di dalam air, merkuri bertukar kepada metilmerkuri, satu neurotoksin yang ditemui dalam kebanyakan ikan, sekurang-kurangnya dalam jumlah yang kecil. Dalam kuantiti tinggi, metilmerkuri boleh menjadi toksik kepada sistem saraf. Terdapat empat jenis ikan yang perlu dielakkan semasa hamil dan menyusukan bayi kerana mengandungi tahap merkuri yang tinggi.

    Tips selamat semasa makan ikan

    Dengan mengikuti 3 saranan di bawah dalam memilih dan makan ikan atau kerang, anda boleh mendapat manfaat daripada pemakanan tersebut dan menjadi lebih yakin untuk makan dan mengelakkan risiko terdedah daripada kesan merkuri yang berbahaya.

    Jangan makan jenis ikan di bawah kerana mengandungi tinggi paras merkuri.

    • Ikan yu;
    • Ikan todak;
    • Ikan makerel;
    • Tilefish

    Anda disarankan untuk makan sehingga 350 gram pelbagai jenis ikan dan kerang yang rendah merkuri dalam seminggu.

    • Lima jenis ikan yang rendah merkuri adalah udang, tuna dalam tin, salmon, pollock, dan ikan keli.
    • Ikan albacore (tuna putih) mempunyai merkuri yang lebih tinggi daripada tuna tin. Jadi, jika anda memilih dua hidangan ikan dan kerang, anda boleh makan sehingga 6 auns (purata satu hidangan) albacore tuna seminggu.

    Jika ingin makan ikan yang dipancing, periksa dahulu keselamatan ikan yang ditangkap di tasik, sungai ataupun kawasan laut tersebut. Sebagai langkah berwaspada, anda boleh makan sehingga 170 gram ikan seminggu yang diambil daripada kawasan air tempatan, namun jangan makan ikan lain sepanjang minggu tersebut.

    Ikuti saranan yang sama apabila anda memberikan ikan dan kerang kepada anak kecil anda, tetapi berikan dalam hidangan yang lebih kecil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan