Panduan Berpuasa ketika Hamil Trimester Pertama

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Columbia University berdasarkan bancian di Amerika Syarikat, Iraq, dan Uganda, didapati bahawa wanita hamil yang berpuasa cenderung mempunyai bayi yang lebih kecil atau dilahirkan di bawah berat badan normal. Bayi-bayi kecil ini juga mudah terdedah kepada kesukaran belajar apabila besar. Adakah berpuasa semasa trimester pertama kehamilan tidak disyorkan dari sisi perubatan?

Wanita hamil memerlukan nutrien sewaktu awal kehamilan

Penyelidik dari Columbia University mendapati bahawa ketika wanita hamil berpuasa pada waktu awal kehamilan, bayi mereka sering dilahirkan di bawah berat badan normal. Berat badan seolah-olah berkurangan lebih lama ibu berpuasa. Ini sangat membahayakan kesihatan janin.

Pada trimester pertama kehamilan (1-12 minggu,) wanita hamil akan mengalami banyak simptom kehamilan yang tidak menyenangkan. Selain morning sickness, termasuklah mual, muntah, lemah badan, pening. Badan dan minda wanita hamil masih menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang sedang berlaku.

Mual atau muntah yang berlebihan pada awal trimester boleh menyebabkan dehidrasi pada wanita hamil. Walau bagaimanapun, nutrien yang mencukupi diperlukan oleh janin pada permulaan kehamilan untuk tumbesaran dan perkembangan organ. Berpuasa boleh mengakibatkan dehidrasi dan kekurangan nutrien.

Pada hakikatnya, tidak ada sekatan khas untuk puasa semasa kehamilan. Wanita hamil tidak semestinya berpuasa dan boleh membuka puasa jika mereka merasa tidak larat meneruskan atau bimbang sesuatu mungkin berlaku kepada bayi.

Sebelum berpuasa, anda perlu berunding dengan pakar obstetrik anda terlebih dahulu

Keperluan nutrien sangat berbeza antara wanita. Sebelum memutuskan untuk berpuasa, anda perlu terlebih dahulu merujuk keadaan kesihatan anda, keadaan kesihatan janin dan jika anda boleh berpusa kepada pakar obstetrik anda. Pakar obstetrik akan menasihati bergantung kepada keadaan wanita hamil dan janin.

Jika dibenarkan berpuasa, beri perhatian kepada pengambilan pemakanan untuk memastikan anda dan janin sihat. Sesetengah sumber mengatakan puasa paling selamat apabila janin berusia 4-7 bulan. Kurang dari 4 bulan, masih terdapat risiko keguguran. Lebih dari 7 bulan, ibu sering berasa lebih letih dan memerlukan lebih banyak makanan.

Kekurangan cecair atau dehidrasi boleh menyebabkan kontraksi, jadi jika anda merasakan kontraksi atau dehidrasi, anda harus mempertimbangkan untuk berhenti berpuasa dan rujuk kepada doktor untuk mendapatkan bantuan.

Tip untuk selamat berpuasa semasa trimester pertama kehamilan

  • Beri perhatian kepada keperluan pemakanan anda. Walaupun sewaktu puasa, ibu hamil perlu mendapatkan 50% karbohidrat, 25% protein, 10-15% lemak sihat, serta vitamin dan mineral.
  • Beri perhatian kepada penambahan berat badan sebelum dan sewaktu berpuasa. Kekalkan berat badan dan rujuk doktor anda mengikut jadual.
  • Dapatkan pemeriksaan rutin untuk melihat jika janin anda boleh menyesuaikan diri dengan pengambilan nutrisi yang berubah semasa bulan puasa.
  • Rehat dengan secukupnya supaya tidak menyebabkan tekanan dan mengganggu kesihatan anda.
  • Jangan terus berpuasa jika kesihatan anda menunjukkan simptom yang tidak menyenangkan seperti mual, pening, keletihan yang berlebihan dan lain-lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 23, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut