backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ikut Cara Berpantang Selepas Keguguran Ini Jika Ibu Nak Cepat Hamil Kembali!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Ā· Disemak pada 15/02/2024

    Ikut Cara Berpantang Selepas Keguguran Ini Jika Ibu Nak Cepat Hamil Kembali!

    Amalan berpantang sinonim dikaitkan dengan ibu yang baru bersalin. Namun, tidak ramai yang tahu wanita yang mengalami keguguran juga perlu menjalani amalan berpantang. Adakah cara berpantang selepas keguguran sama dengan ibu yang selamat melahirkan bayi?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Apakah simptom keguguran?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, eloklah terlebih dahulu kita mengetahui apakah tanda jika seseorang wanita itu alami keguguran.

    Wanita yang keguguran mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti di bawah:

    • Pendarahan (dari sedikit sehingga banyak)
    • Kejang perut
    • Sakit di bahagian abdomen
    • Demam

    Jika anda sedang hamil dan mengalami simptom-simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor.Ā 

    Mengapa keguguran berlaku?

    Kebanyakan masalah keguguran yang berlaku semasa trimester pertama adalah disebabkan oleh kecacatan (abnormality) pada kromosom.

    Kromosom yang cacat tidak dapat hidup dengan baik dan berkembang seperti yang sepatutnya, justeru itu menyebabkan keguguran.

    Selain itu, keguguran juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, terdedah kepada persekitaran tempat kerja yang bahaya seperti toksik dan radiasi yang tinggi, masalah hormon, uterus abnormal, cara hidup, penyakit tiroid, kurang nutrisi dan sebagainya.

    Risiko keguguran semakin meningkat jika seseorang wanita itu sudah berusia.

    Kajian menunjukkan bahawa wanita yang berusia 20-an berisiko mengalami 12-15% masalah keguguran, manakala wanita di usia 40 mempunyai 25% risiko keguguran.

    Adakah ibu yang mengalami keguguran perlu berpantang?

    Wanita yang mengalami keguguran tidak terkecuali untuk diarahkan berpantang.

    Mengikut amalan nenek moyang dahulu, cara berpantang selepas keguguran adalah sama dengan penjagaan ibu selepas bersalin.

    Walau bagaimanapun, ramai ibu zaman moden kini kurang mengambil berat akan penjagaan tubuh terutamanya jika mengalami keguguran.

    Rata-rata mereka menganggap hanya wanita yang bersalin sahaja perlu menjalani amalan berpantang dan mereka yang gugur tidak perlu mengikut cara berpantang selepas keguguran.

    Malah, ada sesetengahnya ingin segera ā€˜lekatā€™ semula tanpa perlu ā€˜berpuasaā€™ bersama dengan suami.

    Cara berpantang selepas keguguran

    berpantang selepas keguguran
    Makanan untuk orang yang berpantang selepas keguguran.

    Dari segi pemakanan, cara berpantang selepas keguguran lebih kurang sama dengan ibu lepas bersalin.

    Ibu yang mengalami keguguran hanya perlu mengambil makanan orang berpantang keguguran sahaja. MerekaĀ tidak boleh makan makanan yang berangin seperti rebung dan pucuk ubi, tumbuhan yang menjalar seperti labu dan timun serta buah-buahan sejuk dan berangin seperti kuini dan cempedak.

    Selain itu, ibu gugur juga tidak boleh makan ikan yang berduri seperti ikan pari dan terubuk.

    Dari segi kegiatan harian pula, ada beberapa perkara yang ditegah menurut pantang-larang orang Melayu, seperti tidak boleh melalui bawah ampaian atau makan buah cermai.

    Walau bagaimanapun, keberkesanan terhadap pantang-larang ini tidak dapat dipastikan.

    Bila saya boleh hamil semula?

    cara berpantang selepas keguguran
    Tempoh berpantang selepas keguguran.

    Ibu keguguran lazimnya ingin cepat hamil semula tanpa melalui tempoh berpantang yang disyorkan.

    Jika merujuk kepada doktor, ibu berpantang disyorkan untuk berehat dalam tempoh rahim sembuh selepas keguguran iaitu selama tiga kitaran haid atau 3 bulan sebelum cuba untuk hamil semula.

    Hal ini adalah bagi memelihara kesihatan rahim dan mengelakkan masalah keguguran berlaku semula.

    Wanita yang pernah mengalami keguguran disarankan untuk mengambil progesteron, iaitu hormon yang diperlukan untuk membantu implantasi dalam uterus.

    Apa kesan kepada ibu jika tidak ikuti cara berpantang selepas keguguran?Ā 

    Jika penjagaan diri semasa berpantang dan makanan orang berpantang keguguran tidak diikuti, kemungkinan kesan tidak berpantang selepas keguguran tidak akan muncul serta-merta, tetapi anda akan merasainya apabila usia anda semakin meningkat dan melalui banyak proses kelahiran.

    Mereka yang tidak mengikuti cara berpantang selepas keguguran akan mengalami masalah bisa urat, lenguh badan, sendi, sakit pinggang dan kebas-kebas.

    makanan orang berpantang
    Buah yang boleh dimakan ketika berpantang.

    Kesimpulan

    Cara berpantang selepas keguguran

    • Tidak boleh makan makanan yang berangin seperti rebung dan pucuk ubi, tumbuhan yang menjalar seperti labu dan timun serta buah-buahan sejuk dan berangin seperti kuini dan cempedak
    • Tidak boleh makan ikan yang berduri seperti ikan pari dan terubuk

    Penjagaan fizikal dan emosi selepas keguguran adalah perkara yang lebih penting. Paling utama, janganlah menyalahkan diri anda atas keguguran yang berlaku.

    Jika anda masih tidak dapat menerima kenyataan, pergilah berjumpa dengan pakar bagi membantu anda mengatasi masalah tersebut.

    Ingatlah! Jika anda ingin hamil sekali lagi, anda tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Emosi yang tertekan hanya akan menyukarkan anda untuk kembali hamil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Ā· Disemak pada 15/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan