Terfikirkan Babymoon? Ini 5 Lokasi Top di Malaysia Untuk Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 19/11/2019 . 2 minit bacaan

Anda biasa mendengar mengenai honeymoon bukan? Tetapi adakah anda biasa mendengar istilah babymoon? Babymoon bermaksud percutian yang santai atau romantis yang dilakukan oleh bakal ibu bapa sebelum bayi mereka dilahirkan. Disini kami bawakan 10 destinasi terbaik babymoon di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan sebelum tiba waktu kelahiran anak anda.

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Perak

babymoon

Resort tepian pantai yang terletak di Lumut, Perak ini merupakan satu lokasi ideal untuk anda memanjakan diri dengan perkhidmatan spa selain menikmati deru angin pantai yang menenangkan. Samsara Spa di resort ini menyediakan perkhidmatan skrub badan, penjagaan rambut dan penjagaan muka serta kuku.

Pulau Pinang

babymoon

Bandar bersejarah yang terkenal dengan kepelbagaian dan variasi makanan ini merupakan satu tempat pelancongan yang menarik untuk anda lawati. Anda boleh melawat Entopia yang terkenal sebagai taman rama-rama, Tropical Spice Garden yang menenangkan serta Tropical Fruit Farm jika anda menyukai aneka buah-buahan tempatan dan tropika.

Langkawi, Kedah

babymoon

Pulau lagenda Mahsuri ini telah dikenali di seluruh dunia disebabkan oleh faktor kepelbagaian tarikan yang ditawarkan. Terdapat pelbagai resort yang eksklusif dan selesa seperti Malibest Resort, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa berada di sekitar Pantai Cenang. Cubalah menaiki Langkawi Cable Car yang merentasi Gunung Mat Cincang untuk menikmati pemandangan keseluruhan Pulau Langkawi yang mengagumkan.

Kundasang, Sabah

babymoon

Jika anda seorang yang menggemari kehijauan dan mahukan percutian ala-ala New Zealand, jangan berfikir panjang dan terus tempah tiket penerbangan anda ke Kundasang. Menginaplah di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge jika ingin merasai pengalaman tidur di dalam khemah tradisional orang Mongolia. Selain itu, cuba berkunjung ke Desa Cattle Dairy Farm jika ingin mencuba susu segar dan aiskrim homemade ladang ternakan tersebut sambil menikmati pemandangan memukau Gunung Kinabalu.

Cherating, Pahang

babymoon

Bagi yang menggemari percutian tepian pantai yang tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk kota, Cherating adalah lokasi percutian tepian pantai babymoon terbaik yang boleh anda fikirkan. Selain pelbagai resort dan hotel seperti Club Med Cherating, anda boleh mencuba mencanting batik di Limbong Art, melihat anak-anak penyu di Santuari Penyu Cherating, dan menikmati pelbagai hidangan makanan laut di restoran-restoran ikan bakar yang berhampiran.

Lokasi-lokasi yang dinyatakan diatas adalah antara lokasi terbaik bagi mereka yang mencari ketenangan dan keselesaan semasa bercuti sebelum kelahiran ahli keluarga baharu. Banyak lagi lokasi yang indah dan sesuai yang terdapat di Malaysia untuk mereka yang memerlukan percutian babymoon tanpa perlu menghabiskan wang ringgit yang banyak ke luar negara. Bercutilah dalam negara sebagai sokongan kepada Tahun Melawat Malaysia 2020. Visit Truly Asia Malaysia 2020!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

    Pergerakan bayi dalam kandungan merupakan satu parameter penting yang perlu dipantau oleh ibu hamil. Ketahui 9 fakta menarik mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

    Kelahiran bayi songsang berlaku dalam kalangan 3-4% ibu hamil. Jika tidak diuruskan dengan betul, komplikasi serius boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/07/2020 . 3 minit bacaan

    PANCUT DALAM Masa Hamil Bukan Saja Baik Untuk Suami Isteri, Tapi Juga Baby Dalam Perut

    Hubungan kelamin ketika hamil dikatakan bermanfaat. Tetapi adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan? Ikuti penjelasannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/07/2020 . 3 minit bacaan

    Cara Mudah Rancang Keluarga- Tampal Perancang Patch, Tapi Bukan Semua Wanita Boleh Pakai Tau!

    Kebanyakan pengguna perancang keluarga akan memilih kaedah yang selesa, mampu dibeli dan berkesan dalam mencegah kehamilan serta penyakit kelamin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit endometriosis

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    suntikan depo

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    perut berangin semasa mengandung

    Perut Berangin Sering Buat Mak Buyung Rasa Tidak Selesa? Ini Ada 5 Cara Mudah Nak Atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    hisap dadah

    Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan