Apakah Vaksin Yang Diperlukan Sebelum Hamil?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sistem imun wanita secara semula jadi lebih lemah berbanding biasa semasa kehamilan. Apabila anda hamil, anda mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mendapatkan jangkitan dan penyakit yang boleh membahayakan anda dan bayi yang sedang berkembang. Imunisasi adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk melindungi diri dan bayi anda daripada jangkitan tertentu. Sekiranya anda mempunyai pelan untuk mengandung, sila pastikan vaksinasi terkini anda.

Mengapa anda perlu vaksinasi sebelum kehamilan?

Wanita hamil perlu mempunyai kekebalan terhadap campak, beguk, Rubella, dan cacar air. Ia adalah jangkitan yang boleh dielakkan yang mana boleh menjejaskan kesihatan anda semasa kehamilan. Ujian darah diperlukan semasa pemeriksaan pra-kehamilan untuk mengetahui sama ada anda kebal terhadap penyakit ini. Jika tidak, anda perlu mendapatkan vaksin sebelum cuba untuk hamil. Pastikan anda tidak hamil selama satu bulan selepas suntikan anda kerana vaksin ini diperbuat daripada virus hidup yang boleh menjejaskan bayi anda.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat menerima vaksin ini sebelum kehamilan, anda disarankan mendapatkannya secepat mungkin selepas bersalin. Semua vaksin boleh diberikan kepada ibu menyusu. Mempunyai imuniti akan mengurangkan kemungkinan penyebaran penyakit ini kepada bayi anda.

1. Vaksin Campak, Beguk dan Rubella (MMR)

Campak adalah penyakit virus berjangkit yang bermula dengan demam, batuk, dan hidung berair. Ia berterusan dengan ruam merah pada beberapa hari kemudian. Beguk juga merupakan penyakit berjangkit yang menyebabkan kelenjar liur membengkak. Mendapat salah satu daripadanya semasa kehamilah boleh meningkatkan kemungkinan keguguran (campak juga boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang). Virus Rubella, yang juga dipanggil campak Jerman, boleh membahayakan semasa mengandung. Bayi yang ibu yang mempunyainya semasa trimester pertama boleh mengalami kecacatan kelahiran yang serius seperti kehilangan pendengaran dan ketidakupayaan intelektual. Ingat bahawa jika anda mendapat suntikan MMR semasa masih muda, dos penggalak mungkin tidak diperlukan.

2. Vaksin cacar air

Simptom penyakit ini adalah demam dan ruam gatal tidak selesa. Bayi yang ibunya mengalami cacar air selama lima bulan pertama kehamilan mungkin mengalami kecacatan kelahiran (misalnya kecacatan anggota dan lumpuh). Seseorang wanita yang mendapat cacar air sekitar tempoh kelahiran juga boleh memberikan jangkitan berbahaya kepada bayinya. Sekiranya anda tidak mendapat dua dos vaksin cacar air sebelum ini, anda memerlukan dua dos, empat hingga lapan minggu. Kemudian, jika boleh, elakkan daripada kehamilan sehingga sebulan selepas dos kedua anda.

3. Vaksin Hepatitis B

Sekiranya anda berisiko tinggi untuk mendapatkan penyakit berbahaya ini, anda harus bijak untuk memastikan anda sentiasa ‘up-to-date‘ mengenai vaksin ini. Hepatitis B adalah penyakit virus yang menyebabkan keradangan hati, mual, keletihan, dan penyakit kuning (kekuningan pada kulit dan mata). Ia boleh membawa kepada penyakit hati kronik, kanser hati, dan juga kematian. Wanita hamil dengan hepatitis B boleh memberikan jangkitan kepada bayi semasa kelahiran. Sekiranya tiada rawatan yang tepat pada masanya, bayi mempunyai peluang tinggi untuk mengidap penyakit hati yang serius.

Bayi yang baru lahir boleh mendapat penyakit dari ibu bapa mereka. Penyakit ini mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa tetapi serius kepada bayi. Mendapatkan vaksin yang bersesuaian sebelum hamil membantu anda melindungi diri dan kesihatan bayi anda juga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Februari 20, 2019 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut