Adakah Proses Pengguguran Berulang Kali Mengurangkan Peluang Kehamilan Pada Masa Hadapan?

Kehamilan merupakan satu peristiwa penting dalam kehidupan. Jika anda mempunyai sejarah pengguguran, anda mungkin perlu bimbang tentang impaknya pada kehamilan pada masa hadapan. Dalam artikel ini, kita akan menjawab sama ada pengguguran berulang kali sememangnya menjejaskan peluang untuk hamil atau tidak.

Apa itu pengguguran?

Pengguguran adalah istilah merujuk kepada proses pembedahan atau perubatan untuk mengakhiri kehamilan. Sebab-sebab berlakunya pengguguran adalah pelbagai. Ia boleh berlaku disebabkan keadaan peribadi, risiko kesihatan ibu atau risiko kesihatan bayi selepas dilahirkan – termasuk isu berkaitan genetik atau fizikal.

Pengguguran tidak berkaitan dengan kesuburan

Ramai individu wanita bimbang tentang pengguguran yang mungkin menjejaskan peluang untuk hamil pada masa hadapan. Berita baik, pengguguran tidak menyebabkan isu ketidaksuburan atau komplikasi pada kehamilan yang seterusnya. Walaupun terdapat perdebatan kontroversial dari aspek etika, pengguguran yang dilakukan oleh profesional perubatan di bawah keadaan kebersihan yang selamat dan mengikut prosedur yang sepatutnya adalah selamat. Penyelidik masih tidak dapat menemukan bukti yang mencukupi untuk mengaitkan pengguguran yang dilakukan dengan cara yang betul boleh mendatangkan mudarat pada proses kehamilan yang mendatang.

Komplikasi pengguguran

Bagaimanapun, memandangkan semua prosedur perubatan boleh membawa kepada tahap risiko tertentu, maka pengguguran juga tidak terkecuali. Walaupun prosedur pengguguran telah dibangunkan untuk memastikan tahap keselamatan individu, masih terdapat risiko berkaitan kehamilan yang mendatang, termasuk:

  • Pendarahan faraj semasa fasa awal kehamilan
  • Kelahiran pramatang
  • Berat lahir yang rendah
  • Masalah plasenta, seperti plasenta tertinggal
  • Beberapa jangkitan
  • Kerosakan rahim

Risiko berkaitan dengan pengguguran berulang kali

Jika anda mengalami pengguguran melebihi dua kali, anda berdepan risiko yang tinggi untuk menghidapi jangkitan selepas prosedur. Kebanyakan jangkitan boleh dirawat dengan ubatan. Namun, sesetengah jangkitan, seperti penyakit keradangan pelvis, boleh menyebabkan kerosakan pada organ pembiakan jika tidak dirawat, yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. Berkaitan kerosakan rahim, walaupun kes ini jarang berlaku dengan kecanggihan pembedahan masa kini, serviks boleh mengalami kerosakan dan lemah akibat pengguguran. Serviks yang lemah, pengaktifan berulang kali semasa prosedur, boleh mengakibatkan kesukaran mengekalkan kehamilan mendatang dan cenderung menyebabkan keguguran. Tetapi, ketidakcekapan serviks ini boleh dirawat dengan pembedahan kecil untuk melakukan jahitan kecil dengan benang yang kuat di sekitar rahim memastikan ia tertutup.

Kesan pengguguran terhadap emosi

Di samping itu, pengguguran boleh menjadi pengalaman yang mencabar emosi bagi wanita. Seorang individu wanita yang melalui pengguguran mungkin akan mengelakkan hubungan seksual kerana rasa bersalah dan konflik dalam diri. Ini mungkin mendatangkan kesan tidak langsung kepada kesuburan. Sebelum dan selepas melakukan pengguguran, anda harus berbincang dengan pasangan dan keluarga. Malah, anda harus menunggu sehingga sekurang-kurangnya  sebulan selepas pengguguran sebelum mencuba untuk hamil kembali. Badan anda memerlukan masa untuk berehat sebelum kembali bersedia untuk menerima kehidupan baru.

Kesan yang berlaku ke atas keadaan kesihatan fizikal dan mental berikutan pengguguran yang dilakukan tidak dapat dielakkan. Jika anda bimbang tentang kemungkinan yang menjejaskan kehamilan yang mendatang, dapatkan nasihat dari pakar kesihatan anda. Mereka boleh membantu anda untuk lebih memahami tentang risiko yang berpotensi untuk berlaku, serta apa yang boleh anda lakukan untuk memastikan kehamilan yang sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan
Dr. Aron Schuftan Obstetrik dan Ginekologi

 

Dr Aron Schuftan merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi yang diiktiraf oleh Lembaga Perubatan Amerika Syarikat. Beliau berhijrah ke Vietnam daripada California di mana beliau merupakan Professor Tamu di Pusat Perubatan Stanford dan sedang menjalankan firmanya sendiri.

Beliau juga merupakan pengasas Aplikasi "Pregnancy Companion" (www.PregnancyCompanion.com) yang memberi informasi mengenai kehamilan.

Lihat Lebih Lagi
Artikel Terkini