UPT Positif? Tahniah, Tapi Jangan Lupa Jalani Pemeriksaan Pranatal -Ada 5 Ujian Kena Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 02/04/2020

Setiap wanita mengandung perlu menjalani beberapa jenis pemeriksaan pranatal sepanjang tempoh kehamilan. Dalam artikel ini akan dikongsikan 5 pemeriksaan yang dilakukan di klinik atau hospital kerajaan.

Jenis pemeriksaan pranatal bagi wanita mengandung

Selepas anda disahkan hamil, biasanya terdapat beberapa pemeriksaan yang perlu dijalani oleh wanita mengandung. Ia bertujuan untuk memantau kesihatan ibu dan juga kandungan.

Jumlah pemeriksaan adalah bergantung kepada tempat pilihan anda, sama ada di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA), hospital kerajaan mahupun klinik atau hospital swasta.

Antara jenis pemeriksaan pranatal yang mungkin akan dilakukan adalah seperti:

  • Pemeriksaan genetik
  • Pemeriksaan trimester pertama
  • Pemeriksaan trimester kedua
  • Imbasan ultrabunyi (ultrasound)
  • Amniocentesis
  • Persampelan chorionic villus
  • Pemantauan janin
  • Ujian toleransi glukosa oral
  • Kumpulan B Strep Culture

Pemeriksaan genetik yang dilakukan adalah untuk membantu mendiagnosis potensi gangguan genetik tertentu sebelum lahir.

Pada pemeriksaan trimester pertama, biasanya ia menggabungkan ujian imbasan ultrabunyi janin serta ujian darah ibu. Ia dilakukan bagi menentukan sama ada terdapat risiko kecacatan pada janin.

Pemeriksaan imbasan ultrabunyi pada minggu kehamilan yang lain dilakukan bagi memeriksa pertumbuhan janin, menganggarkan tarikh bersalin dan mencari sebarang ketidakstabilan pada struktur bayi.

Beberapa ujian tambahan semasa kehamilan lain yang mungkin dilakukan adalah seperti amniocentesis, persampelan chorionic villus, pemantauan janin, ujian glukosa dan kumpulan B Strep Culture.

5 jenis pemeriksaan pranatal di KKIA

wanita mengandung

Sesetengah wanita mengandung, mungkin akan memilih untuk menjalani pemeriksaan pranatal di KKIA. Selain faktor harga yang murah, lokasi yang berdekatan dengan rumah juga menjadi antara penyebab utama. 

Jika sebelum ini telah disenaraikan jenis pemeriksaan pranatal yang mungkin perlu dijalani wanita mengandung, ini pula 5 jenis pemeriksaan yang akan dilakukan di KKIA atau hospital kerajaan.

  1. Ujian darah

Semasa temu janji pemeriksaan pranatal pertama di KKIA, anda dikehendaki menjalani 1 ujian darah. Ia bertujuan untuk:

  • Mengenal pasti kumpulan darah anda
  • Faktor rhesus – ditetapkan oleh gen. Jika rhesus positif (RhD positif) bermakna protein (antigen D) terdapat pada permukaan sel darah merah. Jika tidak, anda akan mendapat RhD negatif
  • Mengesan sebarang jangkitan lain seperti HIV, sifilis dan hepatitis B

1 ujian darah bagi memeriksa kadar hemoglobin akan dilakukan setiap 3 bulan. Namun, jika anda berdepan isu kekurangan darah atau anemia, pemeriksaan darah akan dilakukan dengan lebih kerap.

  1. Suntikan kancing gigi

Jika kehamilan ini merupakan yang pertama, suntikan kancing gigi akan diberikan sejurus anda dapat mengesan atau merasa pergerakan bayi. Dos suntikan kedua akan diberikan sebulan kemudian. 

Tetapi jika ini kehamilan kedua atau seterusnya, hanya 1 dos suntikan akan diberikan pada setiap kehamilan. Tujuan suntikan ini adalah untuk mengimunkan ibu dan bayi daripada kesan penyakit kancing gigi.

  1. Ujian toleransi glukosa oral

Turut dikenali dengan nama ujian minum air gula. Jenis pemeriksaan pranatal ini dilakukan antara bulan ke-5 dan ke-7 kehamilan bagi menguji jika wujud penyakit kencing manis

Sebelum anda menjalani ujian ini, anda akan dikehendaki untuk berpuasa semalaman. Jadi pastikan anda menyemak buku rekod temu janji supaya boleh melakukan persediaan berpuasa.

Sekiranya terdapat risiko tambahan untuk kencing manis, ujian ini akan dilakukan semasa tempoh awal kehamilan dan mungkin akan diulang pada trimester ke-3, jika hasil ujian pertama adalah normal.

  1. Pemeriksaan payudara

Ketika pemeriksaan pranatal pertama di KKIA, anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan payudara bagi memastikan tidak terdapat sebarang ketulan abnormal.

  1. Imbasan ultrabunyi

Pemeriksaan imbasan ultrabunyi mungkin hanya dilakukan di sesetengah klinik kerajaan. Jika tidak terdapat kemudahan ini, anda akan diperiksa melalui kaedah manual.

Jika KKIA yang anda pergi terdapat kemudahan imbasan ultrabunyi, anda mungkin akan menjalaninya sebanyak 2 kali:

5-jenis-pemeriksaan-pranatal-wajib-dilakukan

Pemeriksaan pergigian

Setiap wanita mengandung juga perlu menjalani pemeriksaan pergigian. Ia bertujuan untuk memeriksa keadaan gigi dan gusi serta memberikan nasihat penjagaan pergigian sepanjang tempoh kehamilan.

Ujian pranatal pertama di KKIA

Berikut antara perkara yang akan dilakukan pada pemeriksaan pranatal pertama:

  • Mengukur tinggi dan berat
  • Jururawat akan bertanyakan soalan berkaitan kesihatan. Ia termasuk soalan rutin mengenai haid yang terakhir dan sejarah keluarga berkaitan penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi
  • Ujian air kencing akan dilakukan untuk memeriksa kandungan protein dan gula. Suntikan kancing gigi mungkin akan diberikan

Temu janji yang seterusnya akan dicatatkan dan direkod dalam buku pranatal atau nama glamornya ‘buku pink’ untuk rujukan anda.

Jangan mengabaikan temu janji pranatal

Jenis pemeriksaan pranatal yang mungkin anda lakukan adalah berbeza mengikut tempat pilihan anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan bertanyakan kepada pengamal perubatan anda.

Kepada wanita mengandung, anda dinasihatkan untuk tidak mengabaikan temu janji pranatal anda. Ia adalah untuk memastikan tahap kesihatan anda dan bayi dalam kandungan berada dalam tahap terbaik. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pemeriksaan Pranatal Ketika COVID-19, Teruskan Atau Tunda? Ibu Hamil, Sila Ambil Tahu!

    Sepanjang tempoh 9 bulan, ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan pranatal. Tetapi ketika wabak COVID-19 adakah pemeriksaan berjalan seperti biasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 27/03/2020

    BAHAYA! Berat Menyusut Sewaktu Hamil Itu Bukan Perkara Menggembirakan, Ibu

    Kalau mengandung mesti berat akan meningkat. Tetapi kalau mengalami kehilangan berat semasa hamil, adakah ia berkaitan dengan hyperemesis gravidarium?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Ini Keadaan Yang Perlu Anda Bimbangkan Apabila Memasuki Trimester Ketiga – PENTING!

    Dalam tempoh kehamilan, wujud risiko mengalami buasir semasa mengandung. Sudah tentu ia mendatangkan kerisau buat wanita hamil, bukan? Ini cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Adakah Anda Berbadan Dua? Kenal Pasti Tanda-Tanda Mengandung Ini

    Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda berbadan dua atau tidak? Berikut dikongsikan 12 tanda tanda mengandung untuk anda semak. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Artikel lain untuk anda

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020

    11 Perkara Buat Mommies Rindu Untuk Hamil Lagi – No 9 Paling SYAHDU

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/05/2020

    Boleh Berpuasa Semasa Hamil TAPI Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/04/2020
    pemeriksaan kesihatan

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/04/2020