Kurang tidur juga boleh menyebabkan anda stres dan letih. Ini kemudiannya boleh mempengaruhi tahap hormon dalam tubuh anda yang mengawal atur selera makan anda.
Stres pada tubuh juga boleh menyebabkan hormon kortisol (hormon stres) meningkat. Ini boleh menyebabkan ketidakupayaan dalam tubuh ibu untuk memetabolisma kalori dengan berkesan. Maka, metabolisma tubuh akan lebih perlahan yang membolehkan lebih lemak untuk berkumpul dalam badan. Tahap kortisol dalam tubuh juga boleh meningkat jika ibu bersenam terlalu banyak.
Jarang-jarang bersenam
Tidak pernah, atau jarang bersenam boleh membuka peluang untuk kalori terbina dalam badan, menyebabkan berat menaik. Tidak bersenam juga boleh memperlahankan metabolisma tubuh anda. Tambahan pula, metabolisma anda akan semakin perlahan dengan pertambahan usia anda. Kesemua perkara ini boleh menyebabkan anda tidak turun berat badan dan sebenarnya meningkatkan lagi berat badan anda.
Lemak tersimpan selepas kelahiran
Tubuh ibu menyimpan lemak sebelum kelahiran untuk mempersiapkan tenaga bagi penyusuan. Simpanan lemak ini tidak mudah untuk dihapuskan, terutama bagi anda yang tidak menyusukan bayi secara eksklusif.
Menurut La Leche League International, ibu yang menyusukan bayi boleh turun berat badan 6-7 kg setiap bulan dalam tempoh empat hingga enam bulan terawal selepas bersalin. Sementara itu, ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya akan mempunyai lebih kesukaran dalam menggunakan simpanan lemak dan sukar turun berat badan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen