100 Nama Bayi Perempuan & Panduan Memilih Nama Terbaik Untuk Puteri Anda

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Tempoh kehamilan selama sembilan bulan pastinya satu tempoh yang cukup mendebarkan untuk menanti kehadiran si manja. Perkara ini lebih mendebarkan bagi pasangan yang baru pertama kali akan menimang cahaya mata. Segala persiapan pastinya akan dilakukan sebaik mungkin, terutamanya jika anda sudah mengetahui jantina anak yang dikandungkan. Namun, bagaimana pula dengan pemilihan nama? Adakah anda sudah membuat pilihan? Artikel ini akan membantu anda untuk membuat pilihan nama bayi perempuan. Selamat memilih!

Tentukan jantina bayi dalam kandungan tanpa pemeriksaan ultrabunyi?

Sebelum menentukan nama yang bakal anda dan pasangan anda pilih untuk si manja anda, perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah mengenai jantina bayi dalam kandungan anda. Hampir semua wanita hamil mendengar beberapa mitos tentang bagaimana untuk meramalkan jantina bayi sekali atau dua kali. Mitos ramalan jantina mempunyai sejarah yang panjang, sejak zaman purba. Walau bagaimanapun, hingga ke hari ini, apabila ultrabunyi tersedia pada harga yang berpatutan, ramai ibu bapa masih teruja untuk menguji mitos-mitos ini. Mari kita lihat sama ada terdapat sains di sebaliknya.

  1. Bentuk perut anda menceritakan semuanya.

Ini adalah salah satu mitos yang paling biasa sepanjang masa. Adalah dipercayai jika seorang wanita hamil mempunyai perut yang menggantung rendah (atau di depan), dia menjangkakan seorang lelaki dan sebaliknya. Sains telah membuktikan bahawa bentuk perut tiada kaitan dengan jantina bayi. Malah, bagaimana perut anda kelihatan bergantung pada bentuk badan anda, berat badan anda, otot anda dan kedudukan bayi anda.

Nama Bayi Perempuan Panduan Membuat Pilihan 2

  1. Degupan jantung janin boleh meramalkan hubungan jantina bayi.

Walaupun mitos ini mungkin kedengaran seperti ianya berdasarkan beberapa sains, ia sebenarnya tidak betul sama sekali. Kajian telah menunjukkan tiada perbezaan yang berkaitan dengan jantina dalam degupan jantung janin. Dari minggu ke-30 seterusnya, kadar dengupan jantung janin berkurangan. Akibatnya, kadar degupan jantung tidak dapat memberitahu kita apa-apa kepastian, selain daripada kesihatan bayi.

  1. Jika bakal ibu suka manisan, dia mempunyai bayi lelaki.

Teori pemanis adalah satu lagi mitos tulen. Bayi boleh menyukai gula-gula atau makanan masam, tetapi hanya selepas mereka telah keluar dari rahim ibu mereka. Oleh itu, bayi anda tidak akan membuatkan anda makan apa-apa jenis makanan untuknya. Jika anda terdesak untuk makanan tertentu, ia mungkin ada kaitan dengan perubahan hormon anda.

  1. Bayi perempuan membuatkan ibunya berasa sakit sepanjang hari.

Menurut mitos ini, mabuk hamil (morning sickness) yang teruk bermakna anda menjangkakan seorang perempuan. Walaupun hormon-hormon yang bertanggungjawab untuk morning sickness biasanya lebih tinggi pada wanita yang cenderung hamil bayi perempuan, wanita yang membawa bayi lelaki juga mengalami morning sickness yang buruk.

Bayi anda boleh menjadi sama ada seorang lelaki atau perempuan, jadi kemungkinan mitos-mitos itu menjadi kenyataan adalah 50/50. Sekiranya anda benar-benar perlu membuat keputusan warna untuk melukis bilik nurseri anda, lakukan ultrabunyi. Walaupun mitos kehamilan ini mungkin menyeronokkan untuk dibaca dan tertanya-tanya, ujian ultrasound dan perubatan adalah satu-satunya cara untuk memberitahu jantina bayi anda dengan betul.

Ada apa pada nama?

Apabila sudah mengetahui jantina bayi dalam kandungan anda, adalah menjadi tanggungjawab, kewajipan dan peranan bagi ibu bapa untuk memberikan nama yang terbaik bagi bayi yang baru dilahirkan. Nama bukan sekadar panggilan. Mendapat nama yang baik, dengan makna yang seeloknya adalah hak kepada anak. Ia bukan sahaja akan melambangkan keperibadian dan pembentukan sahsiah diri anak itu apabila dewasa nanti. Setiap pemilihan dan pemberian nama kepada anak, sebaik-baiknya mempunyai tujuan dan dengan maksud atau makna yang boleh atau mengandungi doa.

Dalam agama Islam, malah bagi setiap agama, pastinya menganjurkan untuk setiap umat dan penganutnya untuk memilih nama yang baik, kerana nama itu akan menjadi lambang identiti dan akan kekal dikenali dan dipanggil dengan nama tersebut sepanjang hayat. Dengan nama yang mempunyai makna dan maksud yang baik, setiap kali namanya dipanggil, ia bagaikan doa buat anak tersebut.

Tip memilih nama bayi perempuan

Nama Bayi Perempuan Panduan Membuat Pilihan 3

Jika dahulu, nama anak diberikan berdasarkan nama Nabi dan Rasul, dan malahan ada sesetengah ibu bapa yang memberikan nama berdasarkan nama individu yang mereka hormati, namun sedikit berbeza keadaannya dengan situasi kini. Selaras dengan peredaran masa, pemilihan nama pastinya berunsurkan moden dan unik. Tetapi ada masanya, pemilihan nama kepada anak, boleh diterima pendengaran atau sesuai sebutannya, walau bagaimanapun ia tidak bersesuaian dengan syariat. Jadi, pastikan anda berhati-hati dalam pemilihan nama bayi anda.

  1. Pilih nama yang mempunyai maksud yang baik

Sedang menimbang untuk memilih nama moden ataupun klasik? Tak jadi masalah! Apa pun nama yang anda pilih, pastikan ia memberikan maksud yang baik. Sudah tentulah nama itu yang akan menjadi nama panggilan buat anak anda nanti. Dan, setiap panggilan nama itu memberikan satu doa. Jika maksud nama anak anda baik, maka setiap kali anda memanggil namanya, setiap kali itu jugalah anda mendoakannya dengan kebaikan.

  1. Mempunyai makna atau maksud yang mendalam

Sebaiknya, dalam pemilihan nama, pastikan ia mempunyai makna yang mendalam. Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, anda pastinya boleh melayari laman web dan membuat pencarian atas talian untuk mendapatkan nama yang mempunyai makna dan maksud yang terbaik untuk si manja anda dalam pelbagai bahasa, seperti bahasa Arab, Latin dan sebagainya. Sebaiknya, buat carian atau pemilihan nama dalam masa anda sedang bertenang dan tidak kelam-kabut.

  1. Jangan sampai tergeliat lidah

Ibu bapa moden sekarang berlumba-lumba memberi anak nama yang unik dan sukar disebut, sehingga boleh tergeliat lidah dibuatnya. Malahan, ada juga yang meletakkan nama anak sepanjang-panjangnya sehingga perlu menarik nafas dua kali untuk menghabiskan sebutan. Wah! Begitu teruja sekali ibu bapa untuk menamakan anak mereka. Sebaik-baiknya, carilah nama anak yang mudah disebut, dieja dan tidak terlalu panjang. Ini bagi memudahkan kita untuk menyebutnya. Bagi masalah nama panjang pula, kesulitannya akan dirasai sewaktu anak mengisi borang termasuklah semasa peperiksaan di sekolah.

  1. Berbincang

Ada suami isteri yang boleh bergaduh disebabkan berselisih pendapat dalam memberikan nama anak. Jangan begitu! Berbincanglah dengan elok. Jika anda masih buntu untuk memilih nama yang sesuai untuk si manja, dapatkan pandangan daripada ibu bapa dan ahli keluarga anda. Ataupun, jika anda tidak tahu membuat pilihan, senaraikan beberapa pilihan nama dan kemudian barulah minta pendapat ibu bapa anda untuk memilih nama yang sesuai.

  1. Pandangan, pendapat

Kadang-kala, apabila kita terlalu teruja menanti kelahiran bayi, dalam keseronokan membuat dan memilih nama untuk anak, kita mungkin akan menjadi terlampau syok sendiri. Contohnya, mungkin anda telah menimbang dan memilih nama dalam bahasa Arab untuk anak anda. Sebaiknya, dapatkan pandangan dan pendapat daripada pakar bahasa Arab untuk membetulkan tatabahasa atau cara sebutannya. Terima pendapat, pandangan dan cadangan pakar tersebut sekiranya terdapat pembetulan yang perlu dilakukan. Pertimbangkan dengan pasangan anda untuk membuat pemilihan yang sebaiknya.

  1. Sesuai

Memandangkan tip pemilihan ini adalah berkaitan dengan pemilihan nama bayi perempuan. Jadi adalah satu perkara yang penting dan mustahak untuk dititik beratkan mengenai kesesuaiannya sebagai nama bayi perempuan. Semestinya anda tidak mahu nama anak anda diejek atau dipermainkan oleh rakan-rakannya apabila dewasa nanti bukan? Pastikan nama yang anda dan pasangan anda pilih adalah bersesuaian untuk bayi perempuan.

Kesilapan pemilihan nama

Nama Bayi Perempuan Panduan Membuat Pilihan 4

Dalam kegembiraan apabila berjaya membuat keputusan mengenai pemilihan nama bayi perempuan anda, anda harus memastikan anda dan pasangan tidak melakukan beberapa kesilapan berikut:

  1. Tiada maksud

Mungkin ia adalah sebahagian daripada trend masa kini memberikan nama kepada anda dengan lebih mengutamakan soal moden sebutan dan panggilannya berbanding maksud dan makna yang baik. Jika memerlukan bantuan ataupun pandangan, anda dan pasangan boleh mendapatkan bantuan daripada pakar agama dan sebaiknya ia dilakukan pada awal proses pemilihan supaya anda dan pasangan jelas mengenai tujuan utama pemberian nama yang baik untuk anak.

  1. Ejaan sukar

Ia bagaikan satu trend untuk ibu bapa memilih nama dengan ejaan yang kononnya tampak berbeza dan lebih moden. Sebagai contohnya, nama Adilah, terdapat ibu bapa yang memilih nama bayi perempuan dengan ejaan seperti Adyla, Adielah atau Addielah. Ia sebenarnya bukan sahaja akan menyukarkan anak anda; untuk membawa nama itu, tetapi dalam masa yang sama ia mungkin akan mendatangkan kesukaran kepada pihak yang akan berurusan dengan anak anda nanti. Tidak mustahil kesukaran ini akan mengganggu dan mendatangkan kesulitan apabila melibatkan urusan rasmi. Malah ejaan yang tampak kononnya moden ini, mungkin juga telah menukar maksud asal nama yang telah anda dan pasangan pilih.

  1. Terlalu panjang

Bagaikan satu perlumbaan apabila ibu bapa masing-masing tidak mahu mengalah untuk memberikan nama yang paling panjang buat anak mereka. Malah ada yang mencecah lebih daripada 10 patah perkataan. Apa yang sebenarnya anda kejarkan? Mencipta rekod Malaysia? Dan akhirnya anak anda yang menanggung bebanan itu? Sebagai ibu bapa, janganlah anda terlalu bersikap mementingkan diri sendiri. Fikirkan mengenai masa depan anak anda yang akan memikul bebanan dan kesukaran nama yang menjadi pilihan anda dan pasangan.

Pilihan nama bayi perempuan Islam

Berikut adalah beberapa pilihan nama bayi perempuan yang mungkin boleh menjadi pertimbangan anda dan pasangan anda buat si manja yang bakal lahir.

Huruf A

  • Abidah – Orang yang rajin beribadah
  • Adiba – Berbudaya, sopan, terpelajar
  • Adila – Orang yang lurus, keadilan
  • Afia – Sihat
  • Afifah – Yang menjaga kesucian diri
  • Afrin – Ramah, berani
  • Afsana – Cerita
  • Afshin – Bersinar seperti bintang
  • Afra – Salju
  • Aidah – Anugerah
  • Aisha – Nama isteri Nabi
  • Akifah – Terpilih
  • Aliyah – Mengagungkan
  • Alia – Mulia
  • Alimah – Penuntut Ilmu
  • Aminah – Dipercayai
  • Amirah – Yang berlimpah
  • Aara – Manis
  • Asia – Harapan
  • Alina – Sutera dari syurga
  • Aliza – Gembira
  • Alishba – Cantik
  • Amalia – Aspirasi
  • Amani – Harapan, keinginan
  • Amelia – Cantik
  • Aminah – Orang yang jujur, terpercaya
  • Amna – Damai, perdamaian
  • Anum – Hadiah dari tuhan
  • Arfa – Kejayaan
  • Arisha – Yang mulia
  • Arwaa – Pemandangan yang menawan
  • Ashiyah – Nama wanita yang taat, isteri Fir’aun
  • Asma – Paling tinggi, unggul
  • Atifa – Kasih sayang, simpatik
  • Atiya – Hadiah
  • Ayesha – Baik
  • Azizah – Terhormat, berharga, disayangi
  • Azka – Paling suci, terhormat

Huruf B

  • Badra – Unik, belum pernah terjadi sebelumnya
  • Badriyah – Seperti bulan purnama
  • Baha – Nilai, layak
  • Bahira – Pintar
  • Balqis – Ratu negeri Saba
  • Barihah – Cahaya yang terang
  • Basimah – Tersenyum
  • Benazir – Unik
  • Bushra – Khabar gembira, senang

Huruf C

  • Cala – Benteng
  • Cali – Paling cantik
  • Cyra -Bulan
  • Chaka – Pusat tenaga dan kehidupan
  • Chana  Kesayangan
  • Choti – Kecil
  • Ciara – Terang dan bersih
  • Chessy – Penuh kedamaian
  • Chakira – Bersyukur
  • Clemira – Puteri yang cemerlang
  • Chandani – Sinar rembulan
  • Cantara – Jambatan kecil
  • Camilla – Termashyur

Huruf D

  • Daniyah – Dekat
  • Diinah – Taat
  • Dina – Cinta
  • Durah – Mutiara

Nama Bayi Perempuan Panduan Membuat Pilihan 5

Huruf E

  • Eliza – Unik, berharga
  • Erina – Wanita cantik
  • Eshal – Nama bunga di Syurga

Huruf F

  • Fadhila – Keutamaan, keunggulan
  • Fadiyah – Yang terlindung
  • Fadwah – Pengorbanan diri
  • Fahima – Cerdas, orang yang faham
  • Faiha – Beraroma syurgawi
  • Fairuz – Batu permata biru kehijauan
  • Faizah – Yang beruntung, berjaya
  • Fajrina – Dini hari, fajar
  • Fakihah – Buah-buahan
  • Fakhra – Baik
  • Farah – Kegembiraan, yang menggembirakan
  • Farhah: -Kegembiraan, yang menggembirakan
  • Farhin – Bergembira
  • Farida – Mutiara yang tiada bandingnya
  • Fathinah – Cerdas, pintar
  • Fathiyah – Memiliki sifat kemenangan
  • Fauziyah – Beruntung
  • Fida – Pengorbanan
  • Firdaus – Syurga yang tertinggi
  • Fiza – Angin

Huruf G

  • Ghaada – Wanita yang lembut
  • Ghaitsaa-  Awan yang menurunkan hujan
  • Ghazala – Cerdas, menawan
  • Ghaziyah – Pejuang
  • Ghania – Indah nan cantik
  • Ghaniyah – Yang kaya
  • Ghayda – Muda dan halus

Huruf H

  • Hafizah – Pemelihara, penjaga
  • Haifa – Ramping, indah tubuhnya
  • Halimah – Penyabar, lembut
  • Hamra – Berwarna merah
  • Hana – Kegembiraan
  • Haniyah – Lemah lembut, gembira
  • Hasna – Cantik, elok, cukup
  • Haura – Wanita berkulit putih bermata hitam
  • Hawa –  Wanita pertama, isteri nabi Adam a.s.
  • Haya – Bagus lahiriyahnya, malu yang baik
  • Hazimah – Yang memiliki keteguhan hati
  • Hifza – Malaikat pelindung
  • Humaira – Yang kemerah-merahan pipinya

Huruf I

  • Iffah – Kehormatan, kesucian
  • Imani – Bersifat keimanan
  • Inas – Baik hati
  • Inayah – Pertolongan, perhatian
  • Insha – Penciptaan
  • Ishmah – Pemeliharaan
  • Isya – Kehidupan, waktu Isyak
  • Izdihar – Kesuksesan, berkembang, mekar
  • Izzah – Kehormatan, kejayaan

Huruf J

  • Jahan – Tanah, perhiasan dunia
  • Jahida – Membantu yang lemah
  • Jamia – Cantik nan indah
  • Jana – Nama buah di syurga
  • Janan – Hati, jiwa
  • Jannah – Syurga
  • Jasmin – Bunga melati
  • Jauharah – Mutiara
  • Jauza – Bintang
  • Jihan – Bunga yang indah, tempat syurgawi

Huruf K

  • Kali – Kelopak bunga
  • Kadra – Hijau
  • Kamalia – Kesempurnaan
  • Kamilah – Yang sempurna
  • Kanza – Kekayaan tersembunyi
  • Karima – Berharga, sempurna
  • Khalida – Abadi
  • Khairiyah – Yang memiliki sifat baik
  • Khansa – Yang berhidung mancung, wanita baik
  • Khazanah – Harta yang disimpan

Huruf M

  • Madia – Terpuji
  • Madiha – Terpuji
  • Mahdiya – Dibimbing secara benar olehNya
  • Mahnoor – Sinar bulan
  • Maida – Indah nan cantik
  • Maira – Bulan
  • Maisa – Tubuh yang serasi
  • Maisha – Cukup
  • Malaika – Bidadari
  • Maliha – Cantik
  • Mariya – Wajah yang berseri-seri, kemurnian
  • Malika – Ratu
  • Maya – Putri
  • Mina – Cahaya
  • Misha – Manis dan cantik
  • Mufida – Yang bermanfaat

Huruf N

  • Naba – Berita baik
  • Nabiha – Jujur
  • Nabila – Terhormat
  • Nada – Embun
  • Nadia – Berharap
  • Nadira – Berharga
  • Nafisah – Berharga, diminati
  • Nailah – Kurnia
  • Najla – Bermata hitam nan indah
  • Najwa – Bisikan, rahasia
  • Nimra – Lembut
  • Nuha – Pikiran
  • Nura – Cahaya

Huruf Q

  • Qari – Pembaca
  • Qanita – Taat

Huruf R

  • Radhiyah – Yang rela
  • Raniyah – Yang terpukau
  • Rafi’ah – Tinggi
  • Rafidah – Yang diberi pertolongan
  • Rafiqah – Pendamping
  • Raida – Angin semilir
  • Raihana – Berjiwa baik
  • Raima – Kebahagiaan
  • Raina – Ratu damai
  • Ranaa – Indah, enak dilihat
  • Rania – Ratu
  • Rashida – Cerdas
  • Raudhah – Taman yang rindang
  • Rayya – Cahaya
  • Rifaat – Ketinggian
  • Rifqah – Perkumpulan
  • Rona – Cahaya pagi

Huruf S

  • Sa’diyyyah – Bersifat senang
  • Safa – Kejelasan, kemurnian pikiran, ketenangan
  • Safiyya – Teman yang baik
  • Saida – Sangat cantik, baik hati
  • Saidah – Suka cita, beruntung
  • Saira – Senang
  • Sajidah – Yang bersujud
  • Sakinah – Ketenangan pikiran karena Allah
  • Sarah – Isteri Nabi Ibrahim AS
  • Salma – Selamat
  • Salsabila – Nama mata air di surga
  • Salwa – Madu
  • Sausan – Nama bunga yang harum
  • Selina – Bulan, asin
  • Shafiyyah – Jernih, murni
  • Shaima – Baik hati
  • Shahnaz – Pengantin
  • Shakila – Cukup
  • Shalimar – Indah dan kuat
  • Sonia – Cukup, sangat indah
  • Sophia – Kebijaksanaan
  • Soraya – Indah nan cantik
  • Suhaa – Bintang kecil yang berkerlip
  • Syafiqah – Yang bersimpati, lemah lembut
  • Syahlaa – Bermata kebiru-biruan

Huruf T

  • Taima – Padang sahara
  • Tara – Bintang
  • Thana – Syukur, pujian
  • Thara – Kekayaan
  • Tharifah – Jarang ada
  • Tsurayaa – Bintang, gugusan bintang
  • Tamara – Pohon palem
  • Tisha – Hidup
  • Tsamara – Buah

Huruf U

  • Umamah – Nama diri
  • Ulfa – Keramahtamahan
  • Uzma – Paling besar

Huruf W

  • Wafaa – Yang setia
  • Wania – Kurnia Allah Swt
  • Warda – Penjaga
  • Wardah – Mawar
  • Widad – Cinta, persahabatan

Nama Bayi Perempuan Panduan Membuat Pilihan 6

Huruf Y

  • Yamina – Benar, tepat
  • Yasmin – Melati
  • Yasmina – Bunga melati, indah bersinar
  • Yasna – Mawar putih
  • Yelda – Malam yang gelap
  • Yumna – Keberuntungan, sukses
  • Yusra – Makmur

Huruf Z

  • Zaahidah – Wanita yang zuhud
  • Zaahirah – Berkilauan
  • Zaakiyah – Baik, tumbuh
  • Zaara – Bunga yang indah
  • Zahra – Berseri, bercahaya
  • Zahida – Yang berpuasa
  • Zahira – Bunga yang mekar
  • Zaina – Indah nan cantik
  • Zakia – Indah, pintar
  • Zakiyah – Cerdas
  • Zakiyyah – Baik, terpuji
  • Zara – Terang seperti fajar
  • Zarina – Indah nan cantik
  • Zarmina – Indah dan emas mulia
  • Zeba – Kecantikan
  • Zenia – Bunga
  • Zoya – Mencintai dan peduli, hidup dan gembira
  • Zulfa – Bagian pertama dari malam
  • Zulfah – Kedekatan

Akhir kata

Setiap ibu bapa berhak untuk memilih nama bayi perempuan yang terbaik buat si manja. Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan nama bayi perempuan yang anda pilih untuk adalah nama yang memberikan maksud baik, mudah sebutannya dan sesuai dengan si kecil.  Jangan terlalu excited dalam memilih nama bayi perempuan sehingga bunyi dan ejaannya akan memberikan kesukaran kepada anak anda di masa hadapan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: Mei 28, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Februari 21, 2020

Rujukan