backup og meta

Opss! Rasa Ada Cecair Celah Paha, Apa Ibu Perlu Buat Bila Air Ketuban Bocor?

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 11/01/2022

    Opss! Rasa Ada Cecair Celah Paha, Apa Ibu Perlu Buat Bila Air Ketuban Bocor?

    Apabila sudah tiba masanya untuk bayi lahir, air ketuban anda akan keluar. Jadi, apa yang anda jangkakan jika air ketuban pecah?

    Bagaimana jika air ketuban keluar semasa anda sedang membeli-belah? Usah risau! Situasi ini tidaklah secemas seperti yang anda tonton dalam drama atau filem. 

    Untuk lebih banyak info tentang Kehamilan, dapatkannya di sini.

    Apa akan jadi jika air ketuban pecah?

    Bayi anda dilindungi dalam membran yang penuh dengan cecair dipanggil cecair amniotik. Apabila membran ini pecah, cecair akan keluar melalui serviks dan vagina anda.

    Selalunya, air ketuban pecah adalah tanda-tanda anda hendak bersalin, tetapi ia juga boleh berlaku sebelum tarikh jangkaan bersalin anda.

    air ketuban pecah

    Pengalaman setiap orang berbeza. Adakah ia rasa seperti meletup? Atau ia keluar seperti satu pancuran ataupun meleleh perlahan-lahan? Sebenarnya, anda akan rasa seperti semua di atas.

    Untuk sesetengah keadaan, ia mungkin rasa seakan-akan lelehan air yang jatuh seperti anda terkencing. Untuk keadaan lain pula, ia boleh jadi lebih dramatik. Namun, selalunya, ibu akan rasa tekanan, kemudian rasa letupan kecil diikuti dengan lelehan, sebaik sahaja air ketuban pecah.

    Anda boleh memastikan kebocoran cecair amniotik bukan air kencing jika airnya tidak berbau. Sesetengah wanita memberitahu air ketuban berbau manis, seperti klorin atau air mani. Air ketuban kelihatan jernih ataupun berserta sedikit darah.

    Bila air ketuban akan keluar? 

    Air ketuban keluar pada peringkat pertama bersalin, iaiatu apabila kontraksi bermula. Akan tetapi, bukan semua wanita berpengalaman air ketuban keluar pada masa yang sama.

    Kira-kira satu dalam 10 wanita mengalami air ketuban keluar sebelum melahirkan bayi. Ini dipanggil membran ruptur pra-bersalin (PROM). Dalam sesetengah kes terpencil, kira-kira tiga dalam 100 wanita mengalami air ketuban pecah lebih awal, iaitu sebelum usia kehamilan 37 minggu. Ini juga dipanggil membran ruptur pramasa pra-bersalin (PROM).

    Jika air ketuban keluar lebih awal, anda mungkin memerlukan induksi untuk memulakan proses bersalin.

    Apa yang perlu dilakukan? 

    Perkara pertama yang perlu anda buat adalah bertenang dan hubungi hospital bersalin anda. Pada penghujung kehamilan, kemungkinan ada 800ml cecair.

    Jadi, untuk memastikan air ketuban tidak menjadi masalah untuk anda, pakailah tuala wanita untuk melindungi pakaian anda daripada kebocoran dan kotor.

    Jika banyak air ketuban turun,, anda perlu meletakkan tuala kecil yang bersih pada bahagian intim anda. Semasa pergi ke hospital, anda boleh melindungi tempat duduk anda dengan plastik dan tuala bersih.

    Bagaiman air ketuban turun sebelum tempoh jangkaan bersalin?

    air ketuban pecah

    Dalam kes PROM, anda boleh menunggu sehingga kontraksi bermula iaitu dalam tempoh 24 jam selepas ketuban turun. Tidak mengapa jika anda mandi atau membersihkan diri ketika ini, tetapi elakkan daripada melakukan hubungan seks kerana perbuatan ini boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada bayi anda.

    Jika tempoh 24 jam telah berlalu dan anda masih belum rasa kontraksi, segera hubungi doktor.

    Dalam kes PPROM, bermakna air ketuban anda pecah di saat usia kandungan anda kurang daripada 37 minggu, anda perlu menghubungi Pakar Obstetrik & Ginekologi dan segera ke hospital.

    Sementara anda pergi ke hospital, tumpukan pada cecair amniotik anda. Kehilangan cecair boleh menimbulkan risiko pada bayi dan ia boleh dilihat pada warna cecair. Berbanding berwarna jernih, cecair amniotik anda akan tercemar dengan banyak darah atau kehijauan atau gelap diikuti dengan bau busuk.

    Penting untuk anda memerhatikan cecair amniotik sebaik sahaja air ketuban pecah, terutama jika air ketuban pecah sebelum tempoh bersalin. Kira-kira satu dalam 100 bayi mendapat jangkitan, berbanding satu dalam 200 bayi yang mana air ketubannya belum pecah sebelum tempoh bersalin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 11/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan