Informasi Eksekutif

Hello Health Group merupakan sebuah syarikat MedTech yang memfokus kepada perkembangan platform dan informasi kesihatan di negara yang sedang membangun. Misi Hello Health Group adalah menjadi peneraju dalam pendidikan kesihatan, memastikan informasi kesihatan dapat dipercayai dan mudah diakses serta mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan pengguna.

Ditubuhkan pada tahun 2015, pengurusan Hello Health Group terdiri daripada golongan professional dalam bidang pelaburan syarikat internet, penjenamaan dan pemasaran industri kesihatan. Ini menjadikan Hello Health Group pilihan utama dalam bidang ini.

 

James Miles-Lambert

Ketua Pegawai Eksekutif

James Miles-Lambert dilahirkan di London, U.K. pada 1989. Beliau merupakan lulusan pasca-ijazah dalam Hubungan Antrabangsa daripada The University of Nottingham. Setelah menamatkan pengajian, James memulakan kerjayanya bersama Roket Internet membina jenama Zalora dan Lazada di pasaran Asia Tenggara. Kemudian, James beralih ke Nova Founders, di mana beliau mengetuai pasukan pembangunan perniagaan sebelum mengasaskan Consider Digital pada tahun 2013. Pertumbuhan dan kejayaan mendadak Consider Digital menyaksikan James menjual pegangan ekuitinya dalam syarikat tersebut sebelum menumpukan usaha membina Kumpulan Hello Health.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hello Health, James bertanggungjawab terhadap strategi pembangunan dan pelaksanaan, pembangunan perniagaan dan hubungan pelabur.

 

Chris Clarke

Usahawan Tamu

Chris Clarke memiliki ijazah dalam Matematik dan Ekonomi BSc (Hons) daripada London School of Economics & Political Science. Sebelum ini, Chris memegang jawatan kanan di syarikat pemula (startup) dalam bidang Digital dan Teknologi di rantau Asia Tenggara. Sebelum menyertai Kumpulan Hello Health, Chris memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan Pengurusan Projek Serantau untuk Kumpulan Zalora di Singapura dan Pengurus Pemasaran untuk Zalora Vietnam. Selain itu, beliau juga memegang beberapa jawatan dalam bidang Operasi dan Pembangunan Perniagaan di Nova Founders Capital.

Chris menyertai Kumpulan Hello Health sebagai Usahawan Tamu, bertanggungjawab terhadap prestasi syarikat, pembangunan perniagaan dan jualan.

 

Charles Toomey

Ahli Lembaga Pengarah

Charles Toomey mendedikasikan kehidupan dan kerjayanya di Asia dengan menubuhkan dan mengetuai operasi perniagaan yang begitu kompleks dengan menyaksikan 5 jawatan terakhirnya dari tahun 2007 hingga 2014 di konglomerat besar Swiss, DKSH Healthcare, di mana beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif selama 5 tahun sebelum memegang jawatan sebagai Ketua di unit perniagaan DKSH Healthcare dengan menggajikan 8000 staff seluruh Asia selama 3 tahun berikutnya. Setelah meninggalkan DKSH, Charles menubuhkan Action4Diabetics.

 

Racheal Kow

Pengurus Negara, Malaysia

Racheal kini memasuki dekad yang kedua dalam industri kreatif/agensi dengan beberapa jawatan dalam pembangunan perniagaan, operasi, pemasaran, budaya organisasi dan sumber manusia. Memliki kelulusan pasca-Ijazah dalam Komunikasi, Racheal menyertai dunia pemasaran dan komunikasi secara 360 darjah. Jawatan terakhir yang dipegangnya adalah sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan Serantau di Linkedin sebelum pulang ke Malaysia untuk menerajui operasi Hello Doktor.

Sebagai Pengurus Negara di Hello Health Malaysia, Racheal bertanggungjawab terhadap strategi pembangunan dan pelaksanaan, pembangunan perniagaan  dan operasi.  Racheal juga bertindak sebagai Ketua, Budaya & Organisasi Serantau bagi Kumpulan Hello Health.

 

Shahrul Izwan Naser

Pengarang Urusan, Malaysia

Shahrul Izwan Naser merupakan seorang professional dalam bidang media/kewartawanan/penyiaran dengan lebih 10 tahun pengalaman. Kini, beliau merupakan pengarang urusan untuk Hello Doktor; bertanggungjawab terhadap operasi editorial dan strategi kandungan untuk portal tersebut. Sebelum ini, Shahrul bertugas di BFM89.9 – The Business Station dengan menghasilkan kandungan dalam talian; memastikan keusahawanan menjadi pilihan rakyat di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) menerusi kandungan kreatif; menerajui New Ways of Working di Maxis; Ketua Strategi Digital di essence Burson-Marstellar; Penerbit di Astro AWANI dengan menerbitkan kandungan alaf baru dan hal ehwal semasa; menguruskan akaun media sosial di Starcom serta penerbit rintis kandungan multimedia untuk portal penerbitan NSTP (sekarang dikenali sebagai Media Prima Digital).

enEnglish