Vitex Agnus-Castus

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan vitex agnus-castus?

Vitex agnus-castus tree adalah sejenis pokok renek yang berasal dari Mediterranean dan Asia Tengah. Pokok ini mempunyai daun yang panjang dan berbentuk seperti jari, bunga yang berwarna biru-ungu, dan beri berwarna ungu gelap. Buah dan bijinya digunakan untuk menghasilkan ubat.

Vitex agnus-castus diambil melalui mulut untuk:

  • Tidak mengalami haid
  • Sindrom Prahaid (PMS)
  • Masalah disforia prahaid (PMDD)
  • Gejala menopaus
  • Fibrosistik buah dada
  • Kemandulan wanita
  • Pencegahan keguguran
  • Pembesaran prostat
  • Meningkatkan laktasi

Vitex agnus-castus juga diambil melalui mulut untuk meningkatkan aliran air kencing pada lelaki, untuk merawat hiperplasia prostatik benigna (BPH), dan untuk mengurangkan keinginan seksual.

Sesetengah orang juga mengambil vitex agnus-castus melalui mulut untuk jerawat, kegelisahan, demensia, keadaan sendi, selesema, sakit perut, gangguan limpa, sakit kepala, migrain, sakit mata, keradangan badan, patah tulang dan bengkak.

Sesetengah orang menyapu vitex agnus-castus pada kulit untuk menghilangkan parasit dan mencegah gigitan dan sengatan serangga.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tiada banyak kajian tentang bagaimana vitex agnus-castus berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa vitex agnus-castus boleh mempengaruhi banyak hormon yang mengawal kitaran pembiakan wanita.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan vitex agnus-castus?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam vitex agnus-castus atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Sejauh manakah vitex agnus-castus selamat digunakan?

Buah Vitex agnus-castus mungkin selamat bagi kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut dengan sewajarnya. Ekstrak biji Vitex-agnus-castus mungkin selamat apabila digunakan pada kulit dengan sewajarnya.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Menggunakan vitex agnus-castus semasa kehamilan atau menyusukan bayi mungkin tidak selamat. Vitex agnus-castus dibimbangi boleh mengganggu hormon. Jangan gunakan vitex agnus-castus jika anda hamil atau menyusukan anak.

Keadaan sensitif hormon seperti endometriosis; fibroid rahim; atau kanser payudara, rahim, atau ovari: Vitex agnus-castus boleh mempengaruhi hormon dan mungkin mempengaruhi tahap estrogen. Jangan gunakan vitex agnus-castus jika anda mempunyai keadaan sensitif hormon.

Persenyawaan in vitro: Vitex agnus-castus boleh mengganggu keberkesanan persenyawaan in vitro. Jangan gunakan vitex agnus-castus jika anda menjalani prosedur ini.

Penyakit Parkinson: Vitex agnus-castus mengandungi bahan kimia yang mempengaruhi otak. Bahan kimia ini mempengaruhi otak sama seperti beberapa ubat yang digunakan untuk penyakit Parkinson. Oleh itu, vitex agnus-castus mungkin mempengaruhi terapi untuk penyakit Parkinson.

Schizophrenia atau gangguan psikotik lain: Vitex agnus-castus kelihatan mempengaruhi bahan kimia di dalam otak yang dipanggil dopamin. Sesetengah ubat untuk gangguan mental membantu menurunkan dopamin. Oleh itu, mengambil vitex agnus-castus mungkin memberi kesan terapi untuk gangguan mental tertentu.

Kesan sampingan

Apakah jenis kesan sampingan yang saya boleh alami dari pengambilan vitex agnus-castus?

Kesan sampingan yang luar biasa termasuk sakit perut, loya, gatal-gatal, ruam, sakit kepala, jerawat, kesukaran tidur, dan peningkatan berat badan. Sesetengah wanita mungkin melihat perubahan dalam aliran haid apabila mereka mula mengambil vitex agnus-castus.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang saya boleh dengan alami dengan vitex agnus-castus?

Vitex agnus-castus boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Bincang dengan herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan vitex agnus-castus termasuk:

  • Pil perancang kelahiran

Vitex agnus-castus kelihatan mengubah paras hormon dalam badan. Pil perancang kelahiran mengandungi hormon. Mengambil vitex agnus-castus bersama-sama dengan pil perancang kelahiran mungkin mengurangkan keberkesanan pil perancang kelahiran. Jika anda mengambil pil perancang kelahiran bersama dengan vitex agnus-castus, gunakan kaedah perancang keluarga tambahan seperti kondom.

Beberapa pil kawalan kelahiran termasuk etinil estradiol dan levonorgestrel (Triphasil), etinil estradiol dan norethindrone (Ortho-Novum 1/35, Ortho-Novum 7/7/7), dan lain-lain.

  • Estrogen

Vitex agnus-castus dilihat mengubah tahap hormon dalam badan. Mengambil vitex agnus-castus bersama-sama dengan pil estrogen mungkin mengurangkan keberkesanan pil estrogen.

Sesetengah pil estrogen termasuk estrogen berkonjugat ekuin (Premarin), etinil estradiol, estradiol, dan lain-lain.

  • Ubat antipsikotik

Vitex agnus-castus dilihat mempengaruhi bahan kimia di dalam otak yang dipanggil dopamin. Sesetengah ubat untuk gangguan mental membantu menurunkan dopamin. Mengambil vitex agnus-castus bersama-sama dengan ubat untuk keadaan mental dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat untuk keadaan mental.

Sesetengah ubat untuk keadaan mental termasuk chlorpromazine (Thorazine), clozapine (Clozaril), fluphenazine (Prolixin), haloperidol (Haldol), olanzapine (Zyprexa), perphenazine (Trilafon), prochlorperazine (Compazine), quetiapine (Seroquel), risperidone (Risperdal) , thioridazine (Mellaril), thiothixene (Navane), dan lain-lain.

  • Agonis dopamin

Vitex agnus-castus mengandungi bahan kimia yang mempengaruhi otak. Bahan kimia ini mempengaruhi otak sama seperti beberapa ubat yang digunakan untuk penyakit Parkinson. Mengambil vitex agnus-castus dengan ubat-ubatan ini mungkin meningkatkan keberkesanan dan kesan sampingan beberapa ubat yang digunakan untuk penyakit Parkinson.

Beberapa ubat yang digunakan untuk penyakit Parkinson termasuklah bromocriptine (Parlodel), levodopa (Dopar, komponen Sinemet), pramipexole (Mirapex), ropinirole (Requip), dan lain-lain.

  • Metoclopramide

Vitex agnus-castus dilihat mempengaruhi bahan kimia tertentu di dalam otak. Bahan kimia ini dipanggil dopamin. Metoclopramide (Reglan) juga memberi kesan kepada dopamin. Mengambil vitex agnus-castus bersama-sama dengan metoclopramide mungkin mengurangkan keberkesanan metoclopramide (Reglan).

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk vitex agnus-castus?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

  • MELALUI MULUT:

-Bagi sindrom prahaid dan lain-lain keadaan, dosnya berbeza-beza bergantung kepada rumusan vitex agnus-castus yang digunakan. Ekstrak khusus vitex agnus-castus telah digunakan dalam kajian bagi dos yang ditunjukkan:

  • Satu jenis vitex agnus-castus ekstrak Ze 440 (Prefemin, Zeller AG) 20 mg setiap hari
  • Ekstrak vitex agnus-castus khusus BNO 1095 (Agnucaston / Cyclodynon, Bionorica AG) 20 mg setiap hari
  • Satu kapsul (Femicur) mengandungi 1.6-3.0 mg ekstrak buah kering (6.7-12.5: 1) dua kali sehari

-Untuk gangguan disforik prahaid : 20-40 mg / hari.

Ekstrak ramuan mentah biasanya digunakan dalam dos 20-240 mg sehari sehingga 1800 mg sehari dibahagikan kepada 2-3 dos.

Dos untuk vitex agnus-castus mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan vitex agnus-castus boleh didapati?

Vitex agnus-castus boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Ekstrak vitex agnus-cagnus berkapsul
  • Ekstrak cecair Vitex

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Ogos 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut