Usnea

Oleh

Nama AM: Usnea

Kegunaan

Apakah kegunaan Usnea?

Usnea adalah sejenis liken yang tumbuh di atas pokok. Walaupun liken kelihatan seperti tumbuhan tunggal, mereka merupakan gabungan kulat dan alga yang tumbuh bersama untuk manfaat bersama mereka. Liken tumbuh dalam tompok yang rata dan berwarna-warni. Usnea mungkin berwarna putih, kemerah-merahan, atau hitam. Usnea digunakan untuk membuat ubat.

Usnea digunakan untuk:

  • Jangkitan virus Human papilloma (HPV).
  • Pengurangan berat.
  • Sakit.  
  • Demam.
  • Bengkak (radang) di dalam mulut dan tekak.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak cukup kajian tentang bagaimana Usnea berfungsi. Sila berbincang dengan doktor,atau penjual herba untuk maklumat lanjut.  Akan tetapi, Usnea mungkin mengandungi kandungan yang boleh melawan kuman penyebab jangkitan. Ia boleh mengurangkan keradangan, sakit dan demam.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Usnea?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Usnea  atau ubat atau supplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap supplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan supplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Usnea selamat digunakan?

Usnea mungkin selamat apabila digunakan pada kulit, walaupun tindak balas alahan boleh berlaku.

Pengambilan Usnea melalui oral mungkin tidak selamat. Sodium usniate (asid usik) yang mengandungi Usnea mungkin menyebabkan kerosakan hati. Di samping itu, terdapat satu kes kegagalan hati daripada mengambil asid usik tulen melalui mulut.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Hamil dan menyusukan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Usnea  semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaannya.

Penyakit hati: Usnea mungkin mengandungi bahan kimia yang mungkin merosakkan hati. Jika anda mempunyai penyakit hati, jangan ambil Usnea secara oral.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Usnea?

Terdapat kesan sampingan seperti:

  • Tindak balas alahan.
  • Kerosakan hati atau kegagalan hati.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Usnea?

Usnea mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Usnea yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Usnea?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak cecair Usnea.
  • Gel lembut Usnea.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut