Tylophora

Oleh

Nama AM: Tylophora

Kegunaan

Apakah kegunaan Tylophora?

Tylophora adalah sejenis tumbuhan. Tylophora diambil secara oral untuk:

  • Asma.
  • Alahan.
  • Kanser.
  • Tersumbat.
  • Sembelit.
  • Batuk.
  • Kulit meradang.
  • Cirit-birit.
  • Cirit-birit berdarah.
  • Gas.
  • Buasir.
  • Sakit sendi (gout).
  • Kulit berwarna kuning (penyakit kuning).
  • Penyakit sendi (rheumatoid arthritis).
  • Batuk kokol.
  • Ulser kulit.
  • Luka.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Akan tetapi, Tylophora dikatakan membantu meningkatkan aliran udara dan mengurangkan tindak balas alahan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Tylophora?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Tylophora atau ubat atau supplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap supplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan supplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Tylophora selamat digunakan?

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Hamil dan menyusu bayi. Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan pengambilan Tylophora ketika hamil atau menyusu bayi. Ambil langkah selamat dan elakkan  penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Tylophora?

Tidak terdapat maklumat yang boleh dipercayai mengenai Tylophora untuk mengetahui sama ada selamat atau terdapat kesan sampingan. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herbal atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Tylophora?

Tylophora mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Tylophora yang biasa digunakan?

Dos untuk Tylophora mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Tylophora?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul Tylophora.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut