backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Tribulus

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Tribulus?

Tribulus adalah sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang diselaputi dengan duri. Orang menggunakan buah, daun dan akarnya sebagai ubat.

Tribulus digunakan untuk:

  • Masalah buah pinggang, termasuk batu karang buah pinggang, sakit ketika kencing, gangguan buah pinggang dipanggil penyakit Bright, dan sebagai “pil air” (diuretik) bagi menambah kekerapan kencing
  • Gangguan kulit, termasuk ekzema (dermatitis atopik), psoarisis dan skabies
  • Masalah seksual lelaki, termasuk disfungsi erektil (ED), mengeluarkan air mani secara tidak sengaja tanpa orgasma (spermatorea), dan bagi meningkatkan nafsu seksual
  • Masalah jantung dan sistem peredaran darah, termasuk sakit dada, tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol, dan “darah letih” (anemia)
  • Masalah penghadaman, termasuk kolik, angin usus (flatulens), sembelit, dan bagi membuang cacing parasit usus
  • Sakit dan bengkak (inflamasi) tisu yang menyelaputi mulut (stomatitis) dan sakit kerongkong
  • Kanser, terutamanya tumor hidung
  • Wanita menggunakan Tribulus untuk:

    • Meningkatkan tonus otot sebelum bersalin
    • Menyebabkan keguguran
    • Merangsang aliran susu

    Sesetengah orang menggunakan Tribulus untuk gonorea, penyakit hati (hepatitis), inflamasi, sakit sendi (reumatism), leprosi, batuk, sakit kepala, pening (vertigo), sindrom keletihan kronik (CFS), dan meningkatkan persembahan atlet. Ia juga digunakan bagi merangsang selera makan dan sebagai astringent, tonik, dan penambah mood.

    Bagaimanakah Tribulus berfungsi?

    Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Tribulus ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa Tribulus mempunyai bahan kimia yang boleh meningkatkan beberapa hormon dalam haiwan. Walau bagaimanapun, herba ini tidak dilihat dapat meningkatkan hormon lelaki (testosteron) bagi manusia.

    Langkah berjaga-jaga & amaran

    Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil Tribulus?

    Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

    • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
    • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi
    • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Tribulus atau ubatan lain atau herba lain
    • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
    • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

    Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Adakah Tribulus selamat?

    Makanan tambahan Tribulus boleh jadi selamat bagi kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut untuk satu tempoh masa yang pendek. Herba ini telah digunakan dengan selamat di dalam kajian penyelidikan sehingga 8 minggu. Keselamatan penggunaan jangka panjang bagi Tribulus tidak diketahui.

    Makan buah Tribulus yang dipenuhi dengan duri adalah tidak selamat,

    Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

    Kehamilan dan menyusu badan: Pengambilan Tribulus semasa hamil mungkin tidak selamat. Penyelidikan terhadap haiwan mendapati bahawa Tribulus berbahaya kepada perkembangan fetus. Tiada maklumat lengkap yang diketahui mengenai keselamatan menggunakan Tribulus ketika menyusu badan. Lebih baik anda tidak menggunakan Tribulus jika anda sedang hamil atau menyusu badan.

    Masalah kelenjar prostat atau kanser kelenjar prostat: Terdapat kebimbangan yang mana Tribulus mungkin boleh menjadi keadaan kelenjar prostat seperti hipertrofi prostat benigna (BPH) atau kanser prostat menjadi semakin teruk. Penyelidik yang sedang dijalankan mendapati Tribulus boleh meningkatkan berat kelenjar prostat.

    Diabetes: Tribulus mungkin boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Dos ubat diabetes mungkin perlu diubah oleh pembekal rawatan kesihatan anda.

    Pembedahan: Tribulus mungkin boleh menganggu paras gula dalam darah. Ia boleh menganggu kawalan gula dalam darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti daripada menggunakan Tribulus sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan dijadualkan.

    Kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan Tribulus?

    Kesan sampingan boleh termasuk sukar untuk tidur dan haid tidak sekata. Terdapat juga laporan mengenai masalah paru-paru yang serius dikaikan dengan memakan buah Tribulus.

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

    Tindak balas ubat

    Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan Tribulus?

    Tribulus ini boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

    Produk-produk yang boleh bertindak balas dengan Tribulus, termasuklah:

    • Litium

    Tribulus mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Pengambilan Tribulus boleh mengurangkan kebolehan badan untuk membuang litium. Ini boleh meningkatkan kuantiti litium di dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Beritahu pembekal rawatan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda sedang mengambil litium. Dos litium anda mungkin perlu diubah.

    • Ubat untuk diabetes (ubat antidiabetes)

    Tribulus boleh mengurangkan gula dalam darah. Ubat diabetes juga digunakan bagi mengurangkan gula dalam darah. Pengambilan Tribulus bersama ubat diabetes boleh menyebabkan gula dalam darah anda menjadi terlalu rendah. Pantau gula dalam darah anda dengan baik. Dos ubat diabetes anda mungkin perlu diubah.

    Beberapa ubat yang digunakan untuk diabetes termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.

  • Ubat untuk jantung dan tekanan darah, termasuk penyekat beta, digoxin, penyekat saluran kasium, diuretik, perencat ACE, nitrate.
  • Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan pakar herba atau doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil herba ini.

    Apakah dos yang biasa digunakan bagi Tribulus?

    Dos bagi herba tambahan ini berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

    Apakah bentuk Tribulus yang boleh didapati?

    Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

    • Kapsul
    • Tablet
    • Ekstrak cecair

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan