backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Traveler's Joy

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/01/2020

Kegunaan

Apakah kegunaan Traveler’s Joy?

Traveler’s Joy adalah jenis herba. Daun herba ini digunakan untuk membuat ubat.

Walaupun terdapat kebimbangan serius mengenai keselamatan herba ini, orang mengambil Traveler’s Joy untuk penyakit genital lelaki dan sakit kepala migrain.

Traveler’s Joy kadang kala disapu terus pada kulit untuk luka yang susah sembuh.

Bagaimanakah Traveler’s Joy berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Traveler’s Joy ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil Traveler’s Joy?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Traveler’s Joy atau ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan
  • Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Adakah Traveler’s Joy selamat?

    Traveler’s Joy tidak selamat untuk sebarang kegunaan.

    Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

    Kehamilan dan menyusu badan: Tidak selamat untuk mengambil Traveler’s Joy melalui mulut atau menyapu herba ini pada kulit anda jika anda sedang hamil atau menyusu badan. Jangan guna herba ini.

    Kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan Traveler’s Joy?

    Traveler’s Joy boleh menyebabkan kesan sampingan seperti iritasi pada kulit dan perut yang teruk.

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

    Tindak balas ubat

    Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan Traveler’s Joy?

    Traveler’s Joy ini boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan pakar herba atau doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil herba ini.

    Apakah dos yang biasa digunakan bagi Traveler’s Joy?

    Dos bagi herba tambahan ini berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

    Apakah bentuk Traveler’s Joy yang boleh didapati?

    Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

    • Herba mentah Traveler’s Joy

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/01/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan