Tin

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan tin?

Tin (Sn) adalah sejenis besi.

Orang mengambil tin melalui mulut untuk kanser.

Orang menyapu tin pada kulit untuk nafas berbau, masalah kaviti, gigi sensitif, gingivitis, plag, dan rambut gugur.

Bagaimanakah tin berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana tin berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa tin fluorida dilihat dapat mencegah pembentukan bakteria, yang mana boleh mencegah plag dan kaviti. Sebatian tin juga dilihat boleh menghalang saraf di sekeliling gigi daripada dirangsang, yang mana boleh mencegah gigi sensitif.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil tin?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau sedang menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil sesetengah ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam tin atau ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah tin selamat?

Tiada maklumat lengkap yang boleh dipercayai mengenai keselamatan tin.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan tin ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan tin?

Beberapa bentuk tin (tin tak organik) boleh menyebabkan masalah perut, termasuk cirit birit, sakit perut, atau mual apabila diambil melalui mulut dengan jumlah yang banyak. Jenis tin yang lain (tin organik) boleh menyebabkan sakit kepala, pening, sawan, masalah penglihatan, keliru, dan mungkin kematian apabila diambil melalui mulut atau dihidu.

Bukan semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan tin?

Tin boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan pakar herba atau doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil herba ini.

Apakah dos yang biasa digunakan bagi tin?

Dos bagi tin berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk tin yang boleh didapati?

Tin boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Tin oxide berkapsul
  • Air zat terlarut tin
  • Makanan tambahan diet tin ionik

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Julai 9, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 9, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut