Thunder God Vine

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan thunder god vine?

Thunder god vine adalah sejenis herba. Daun dan akar herba ini digunakan untuk membuat ubat.

Thunder god vine digunakan untuk artritis reumatoid (RA), darah haid yang banyak, sklerosis multipel, dan sebagai pencegah kehamilan bagi lelaki.

Ia juga digunakan untuk jangkitan poket (abses), bisul, demam, bengkak (inflamasi), sistem lupus eritematosus (SLE), HIV/AIDS, keadaan kulit yang dipanggil psoriasis, dan penyakit saluran darah yang dipanggil penyakit Behcet.

Thunder god vine kadang-kadang disapu pada kulit untuk artritis reumatoid.

Thunder god vine juga telah digunakan sebagai racun serangga tanpa ubat bagi melawan berenga atau larva, dan sebagai racun tikus dan burung.

Bagaimanakah thunder god vine berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana thunder god vine ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa thunder god vine mungkin dapat merawat atritis rheumatoid (RA) dengan mengurangkan bengkak (inflamasi) dan mengubah cara sistem imun bertindak balas terhadap artritis. Thunder god vine mengandungi bahan kimia yang mungkin dapat mengurangkan kesuburan lelaki dengan mengubah sperma.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil thunder god vine?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau sedang menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil sesetengah ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam thunder god vine atau ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah thunder god vine selamat?

Thunder god vine mungkin selamat bagi kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut atau disapu pada kulit dengan jumlah yang bersesuaian.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Thunder god vine tidak selamat untuk diambil melalui mulut jika anda sedang hamil. Thunder god vine mungkin menyebabkan kecacatan ketika lahir.

Tiada maklumat lengkap yang diketahui tentang keselamatan menggunakan thunder god vine semasa sedang menyusu badan. Ambil langkah selamat dan elakkan menggunakannya.

Sistem imun lemah: Dos thunder god vine yang besar mungkin akan melemahkan sistem imun. Jika anda sudah mempunyai sistem imun yang lemah akibat HIV/AIDS, ubat yang digunakan untuk mengurangkan risiko penolakan pemindahan organ, atau untuk sebab-sebab yang lain, elakkan daripada menggunakan thunder god vine. Ia mungkin akan mengurangkan kebolehan badan anda untuk melawan jangkitan.

Tulang yang lemah (osteoporosis): Thunder god vine boleh mengurangkan kekuatan tulang. Jika anda mempunyai osteoporosis atau cenderung untuk mengalaminya, jangan guna thunder god vine.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan thunder god vine?

Thunder god vine boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti ketidakselesaan perut, reaksi kulit, haid tidak sekata, muntah, cirit birit, dan masalah buah pinggang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan thunder god vine?

Thunder god vine boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk-produk yang boleh bertindak balas dengan thunder god vine, termasuklah:

  • Immunosuppressan

Dos thunder god vine yang banyak mungkin akan melemahkan sistem imun. Pengambilan thunder god vine bersama ubat lain yang boleh mengurangkan sistem imun mungkin akan terlalu melemahkan sistem imun. Elakkan daripada mengambil thunder god vine dengan ubat yang mengurangkan sistem imun.

Beberapa ubat yang dapat mengurangkan sistem imun termasuklah azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine (Neoral, Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3), mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506, Prograf), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone), kortikosteroid (glukokortikoid), dan lain-lain

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan pakar herba atau doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil herba ini.

Apakah dos yang biasa digunakan bagi thunder god vine?

Berikut merupakan dos yang telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Melalui mulut

  • Untuk artritis reumatoid (RA): 180-570 mg ekstrak thunder god vine setiap hari selama sehingga ke 20 minggu
  • Untuk masalah buah pinggang (sindrom nefrotik) bagi kanak-kanak: 1 mg per kg berat badan setiap hari selama sehingga ke 20 minggu

Disapu pada kulit

  • Untuk artritis reumatoid (RA): tinktur thunder god vine disapu pada sendi yang terlibat lima hingga enam kali setiap hari

Dos bagi thunder god vine berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk thunder god vine yang boleh didapati?

Thunder god vine boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak thunder god vine berkapsul
  • Serbuk thunder god vine

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 9, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 9, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut