Theacrine

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan theacrine?

Theacrine adalah bahan kimia semula jadi yang berlaku sama seperti kafein. Ia dijumpai di dalam pelbagai jenis teh dan kopi yang berbeza, serta biji tumbuhan spesis Herrania dan Theocrama. Ia juga dijumpai di dalam tumbuhan teh Camellia assamica var. kucha.

Pengambilan theacrine dilakukan melalui mulut untuk:

  • Penuaan
  • Demam selesema
  • Letih
  • Prestasi mental

Theacrine juga ditambah dalam makanan tambahan sebelum bersenam bagi meningkatkan persembahan atlet.

Bagaimanakah theacrine berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana theacrine ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa theacrine dilihat dapat memberi kesan terhadap otak sama seperti kafein. Sama seperti kafein, theacrine merangsang sistem saraf tengah pada dos yang tinggi dan mengurangkan sistem saraf tengah pada dos yang rendah. Tidak seperti kafein, theacrine walau bagaimanapun dilihat tidak mengganggu tekanan darah. Theacrine mungkin juga dapat mengurangkan kerosakan hati yang disebabkan oleh tekanan dan mengurangkan sakit serta bengkak.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil theacrine?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau sedang menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil sesetengah ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam theacrine atau ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah theacrine selamat?

Tiada maklumat lengkap yang boleh dipercayai untuk mengetahui adakah theacrine selamat atau terdapat sebarang kesan sampingan yang boleh berlaku.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan theacrine ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan theacrine?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan theacrine?

Theacrine boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan pakar herba atau doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil herba ini.

Apakah dos yang biasa digunakan bagi theacrine?

Dos bagi theacrine berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk saranan dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk theacrine yang boleh didapati?

Theacrine boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Theacrine berkapsul 100 mg
  • Serbuk asli theacrine

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

Tarikh Reviu: Julai 9, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 9, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut