backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Manfaat & Kesan Sampingan Teh Oolong, Baca Selanjutnya Di Sini

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/05/2021

Manfaat & Kesan Sampingan Teh Oolong, Baca Selanjutnya Di Sini

Teh Oolong adalah produk yang diperbuat daripada daun, tunas dan batang tumbuhan Camellia sinesis. Tumbuhan yang sama juga digunakan untuk membuat teh hitam dan teh hijau. Jom lihat manfaat teh oolong ini. 

Manfaat Teh Oolong digunakan untuk:

  • Tajamkan daya fikiran dan memperbaiki kepekaan mental
  • Mengelak kanser, pereputan gigi, osteoporosis dan penyakit jantung
  • Merawat obesiti, kencing manis, pengerasan arteri (aterosklerosis), tinggi kolesterol dan alahan kulit seperti ekzema
  • Menggalakkan sistem imunisasi badan 

Bagaimanakah Teh Oolong berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. 

Walau bagaimanapun, telah diketahui bahawa Teh Oolong mengandungi kafein.

Kafein ini berfungsi merangsang Sistem Saraf Pusat (CNS), jantung dan otot.

Teh Oolong juga mengandungi theophylline dan theobromine, yang merupakan bahan kimia yang sama dengan kafein.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Rawatan Tradisional & Herba, sila dapatkannya di sini. 

Amaran & Waspada

Sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana jika anda sedang merancang atau sedang menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi daripada doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan-bahan berasaskan Teh Oolong, ubat atau herba yang lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain, gangguan sakit, atau dalam keadaan sakit
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Adakah Teh Oolong selamat?

Pengambilan Teh Oolong yang berlebihan, lebih daripada lima cawan sehari, boleh mengakibatkan kesan sampingan akibat kafein.

Langkah berjaga-jaga dan amaran yang khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi, mengambil Teh Oolong dalam jumlah yang sedikit mungkin tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jangan minum Teh Oolong lebih daripada dua cawan sehari. Jumlah teh itu mengandungi 200 mg kafein. 

Kanak-kanak: Kafein berkemungkinan selamat untuk kanak-kanak dalam jumlah yang sedikit. 

Gangguan kebimbangan: Kafein dalam Teh Oolong mungkin boleh menyebabkan gangguan kebimbangan yang lebih teruk.

Gangguan pendarahan: Sesetengah kajian mencadangkan kafein boleh memperlahankan pembekuan darah. Walaupun kajian ini tidak dilakukan pada manusia, masih ada yang menyatakan kafein mungkin boleh menyebabkan gangguan pendarahan lebih teruk.

Keadaan jantung: Kafein di dalam Teh Oolong boleh mengakibatkan denyutan jantung yang tidak sekata pada sesetengah orang.

jadual pemakanan pesakit kencing manis

Kencing manis: Sesetengah kajian mencadangkan kafein dalam Teh Oolong mungkin boleh mempengaruhi cara orang yang mempunyai kencing manis memproses gula dan boleh menyukarkan kawalan gula dalam darah. 

Cirit-birit: Kafein dalam Teh Oolong jika diambil dalam jumlah yang besar boleh mengakibatkan cirit-birit. 

Glaukoma: Kafein dalam Teh Oolong boleh meningkatkan tekanan dalam mata. 

Tekanan darah tinggi: Kafein dalam Teh Oolong boleh meningkatkan tekanan darah pada orang yang menghidap tekanan darah tinggi. 

Tulang lemah (osteoporosis): Minum Teh Oolong boleh mengeluarkan kalsium melalui air kencing. Hal ini boleh mempengaruhi kesihatan tulang. 

Tindak balas ubat

Teh Oolong mungkin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan penyakit anda. Sila berunding dengan penjual herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan Teh Oolong termasuk:

  • Amfetamin

Jenis dadah stimulan seperti amfetamin mempercepatkan sistem saraf. Dengan mempercepatkan sistem saraf, ubat-ubatan stimulan boleh menjadikan anda berasa kegelisahan dan meningkatkan kadar degupan jantung anda.

Kafein dalam Teh Oolong boleh juga mempercepatkan sistem saraf anda. Pengambilan Teh Oolong dengan dadah stimulan mungkin boleh mengakibatkan masalah serius termasuk peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah tinggi. 

  • Tindakbalas Kokain
  • Jenis dadah stimulan seperti kokain mempercepatkan sistem saraf. Dengan mempercepatkan sistem saraf, ubat-ubatan stimulan boleh menjadikan anda berasa kegelisahan dan meningkatkan kadar degupan jantung. 

    • Ephedrine

    Jenis dadah stimulan mempercepatkan sistem saraf. Kafein (terkandung dalam Teh Oolong) dan ephedrine, kedua-duanya adalah jenis dadah stimulan.

    Pengambilan kafein bersama ephedrine boleh mengakibatkan stimulan yang berlebihan dan adakalanya kesan sampingan yang serius dan masalah jantung.

    Jangan ambil produk berkafein dan ephedrine pada masa yang sama.

    • Adenosin (Adenokad)

    Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein dalam Teh Oolong mungkin boleh menyekat kesan adenosine (adenokad). Adenosin (adenokad) selalunya digunakan oleh doktor untuk melakukan ujian pada jantung. Ujian ini dinamakan ujian cardiac stress.

    Hentikan pengambilan Teh Oolong atau produk berkafein yang lain sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ujian cardiac stress.

    • Antibiotik (Antibiotik Quinolone)

    Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Sesetengah antibiotik mungkin menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein.

    Pengambilan antibiotik ini bersama Teh Oolong boleh meningkatkan risiko kesan sampingan seperti kegelisahan, sakit kepala, peningkatan kadar degupan jantung, dan kesan sampingan yang lain.

    Sesetengah antibiotik boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein termasuk ciprofloxacine (Cipro), enoxacin (Penetrex), norfloxacin (Chibroxin, Noroxin), sparfoxacin (Zagam), trovafloxacin (Trovan), dan grepafloxacin (Raxar).

    • Cimetidine (Tagamet)

    Teh Oolong mengandungi kafein. Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Cimetidine (Tagamet) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein.

    Pengambilan Cimetidine (Tagamet) ini bersama Teh Oolong boleh meningkatkan peluang untuk kesan sampingan kafein seperti kegelisahan, sakit kepala, degupan jantung yang laju, dan lain-lain.

    • Clozapine (Clozaril)

    Tubuh badan menguraikan Clozapine (Clozaril) untuk dikeluarkan. Kafein dalam Teh Oolong boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan Clozapine (Clozaril). Pengambilan Teh Oolong bersama Clozapine (Clozaril) boleh meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan Clozapine (Clozaril).

    • Dipyridamole (Persantine)

    Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein dalam Teh Oolong mungkin boleh menyekat kesan Dipyridamole (Persantine). Dipyridamole (Persantine) selalunya digunakan oleh doktor untuk melakukan ujian pada jantung.

    Ujian ini dinamakan ujian cardiac stress. Hentikan pengambilan Teh Oolong atau produk berkafein yang lain sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ujian cardiac stress.

    • Disulfiram (Antabuse)

    Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Disulfiram (Antabuse) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein.

    Pengambilan Teh Oolong (yang mengandungi kafein) bersama Disulfiram (Antabuse) boleh meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan kafein seperti kegelisahan, hiperaktif, kerengsaan, dan lain-lain.

    • Estrogen

    Tubuh badan menguraikan kafein dalam Teh Oolong untuk dikeluarkan. Estrogen boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein.

    Pengambilan Teh Oolong bersama estrogen boleh mengakibatkan kegelisahan, sakit kepala, degup jantung yang laju, dan kesan sampingan yang lain. Jika anda mengambil estrogen, hadkan pengambilan kafein anda.

    Sesetengah pil estrogen termasuk pil hormone estrogen kencing kuda bunting (Premarin), ethinyl estradiol, estradiol, dan lain-lain.

    • Fluvoxamin (Luvox)

    Tubuh badan menguraikan kafein dalam Teh Oolong untuk dikeluarkan. Fluvoxamin (Luvox) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong bersama Fluvoxamin (Luvox) boleh mengakibatkan terlalu banyak kafein dalam badan, dan meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan kafein.

    • Lithium

    Tubuh badan anda secara natural akan mengeluarkan lithium. Kafeind dalam Teh Oolong boleh meningkatkan berapa cepatnya tubuh badan anda mengeluarkan lithium. Jika anda mengambil lithium, hentikan pengambilan produk berkafein secara perlahan-lahan. Berhenti mengambil Teh Oolong secara terburu-buru boleh meningkatkan kesan sampingan lithium.

    • Ubat-ubatan untuk depresi (MAOIs)

    Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein boleh merangsang tubuh badan. Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan untuk depresi juga boleh merangsang tubuh badan.

    Pengambilan Teh Oolong bersama ubat-ubatan yang digunakan untuk depresi mungkin boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius termasuk degup jantung yang laju, tekanan darah tinggi, ketakutan, dan lain-lain.

    Sesetengah ubat ini digunakan untuk depresi termasuk phenelzin (Nardil), tranylcypromine (Parnate), dan lain-lain.

  • Ubat-ubatan untuk memperlahankan pembekuan darah (Anticoagulan/ubat Antiplatelet)
  • Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein memperlahankan pembekuan darah. Pengambilan Teh Oolong bersama ubat-ubatan yang memperlahankan pembekuan darah mungkin boleh meningkatkan peluang untuk lebam dan pendarahan.

    Sesetengah ubat-ubatan yang memperlahankan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, dan lain-lain), ibuprofen (Advii, Motrin, dan lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, dan lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

    • Nikotin

    Jenis dadah stimulan seperti nikotin mempercepatkan sistem saraf. Dengan mempercepatkan sistem saraf, ubat-ubatan stimulan boleh menjadikan anda berasa kegelisahan dan meningkatkan kadar degupan jantung anda.

    Kafein dalam Teh Oolong juga boleh mempercepatkan sistem saraf anda. Pengambilan Teh Oolong dengan dadah stimulan mungkin boleh mengakibatkan masalah serius termasuk peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah tinggi. Elakkan mengambil dadah stimulan bersama kafein.

    • Pentobarbital (Nembutal)

    Kesan stimulan kafein dalam Teh Oolong boleh menyekat pengeluaran kesan tidur oleh pentobarbital.

    • Phenylpropanolamin

    Kafein dalam Teh Oolong boleh merangsang tubu badan. Phenylpropanolamin juga boleh merangsang tubuh badan. Pengambilan Teh Oolong bersama phenylpropanolamine boleh mengakibatkan terlalu banyak rangsangan dan meningkatkan degupan jantung, tekanan darah dan menyebabkan ketakutan.

    • Riluzole (Rilutek)

    Tubuh badan menguraikan Riluzole (Rilutek) untuk dikeluarkan. Pengambilan Teh Oolong boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan Riluzole (Rilutek) dan boleh meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan riluzole.

    • Theophylline

    Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein mempunyai fungsi yang sama dengan theophylline. Kafein juga boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan theophylline.

    Pengambilan Teh Oolong bersama theophylline mungkin boleh meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan theophylline.

    • Verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan)

    Tubuh badan menguraikan kafein di dalam Teh Oolong untuk mengeluarkannya. Verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein.

    Pengambilan Teh Oolong bersama Verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan) boleh meningkatkan risiko kesan sampingan kafein termasuk kegelisahan, sakit kepala, dan meningkatkan degupan jantung.

    • Alkohol

    Tubuh badan menguraikan kafein di dalam Teh Oolong untuk mengeluarkannya. Alkohol boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein.

    Pengambilan Teh Oolong bersama alkohol boleh mengakibatkan banyak lebihan kafein dalam aliran darah dan kesan sampingan kafein termasuk kegelisahan, sakit kepala, dan degupan jantung yang laju.

  • Pil perancang kehamilan (ubat contraceptif)
  • Tubuh badan menguraikan kafein di dalam Teh Oolong untuk mengeluarkannya. Pil perancang kehamilan boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong bersama pil perancang kehamilan boleh mengakibatkan kegelisahan, sakit kepala, degupan jantung yang laju dan kesan-kesan sampingan yang lain.

    Sesetengah pil perancang kehamilan termasuk ethinyl estradiold dan levonorgestrel (Triphasil), ethinyl estradiol dan norethindrone (Ortho-Novum 1/35, Ortho-Novum 7/7/7) dan lain-lain

    • Flucanazole (Diflucan)

    Teh Oolong mengandungi kafein. Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Flucanazole (Diflucan) mungkin boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong bersama Flucanazole (Diflucan) boleh meningkatkan risiko kesan sampingan kafein seperti ketakutan, kebimbangan dan insomnia.

    • Ubat-ubatan untuk kencing manis (ubat antidiabetes)

    Teh Oolong boleh menurunkan gula dalam darah. Ubat-ubatan kencing manis digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah.

    Dengan menaikkan gula dalam darah, Teh Oolong mungkin menurunkan keberkesanan ubat-ubatan kencing manis. Sila pantau paras gula dalam darah anda dengan selalu. Dos ubat-ubatan kencing manis anda mungkin perlu ditukar.

    Sesetengah ubat-ubatan kencing manis termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.

    • Mexiletin (Mexitil)

    Teh Oolong mengandungi kafein. Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Mexiletin (Mexitil) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Mexiletin (Mexitil) ini bersama Teh Oolong boleh meningkatkan kesan kafein dan kesan sampingan Teh Oolong.

    • Terbinafin (Lamisil)

    Tubuh badan menguraikan kafein (yang terkandung dalam Teh Oolong) untuk dikeluarkan. Terbinafin (Lamisil) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein dan meningkatkan risiko kesan sampingan seperti kegelisahan, sakit kepala, peningkatan kadar degupan jantung, dan kesan-kesan yang lain.

    Penggunaan / Dos

    Melalui oral

    Dos Teh Oolong berbeza secara signifikan, tetapi kebiasaannya antara 1-10 cawan sehari.

    manfaat teh oolong

    Untuk sakit kepala atau memulihkan kepekaan mental: Dos yang kafein yang biasa adalah sehingga 250 mg (anggaran 5 cawan Teh Oolong) sehari. Teh Oolong mengandungi 50-60 mg kafein dalam setiap cawan.

    Dos untuk herba suplemen ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain.

    Herba suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan penjual herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai.

    Teh Oolong boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

    • Pil teh (campuran dengan herba yang lain)
    • Ekstrak teh
    • Serbuk teh

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan