Teh Oolong

Oleh

Nama AM: Teh Oolong

Kegunaan

Apakah kegunaan Teh Oolong?

Teh Oolong adalah produk yang diperbuat daripada daun-daun, tunas dan batang tumbuhan Camellia sinesis. Tumbuhan yang sama juga digunakan untuk membuat teh hitam dan teh hijau. Perbezaannya adalah proses pembuatannya. Teh Oolong adalah separa fermentasi, teh hitam keseluruhan fermentasi, dan teh hijau tidak difermentasi.

Teh Oolong digunakan untuk:

  • Menajamkan daya berfikir dan memperbaiki kepekaan mental
  • Mengelakkan kanser, pereputan gigi, osteoporosis, dan penyakit jantung
  • Merawat obesiti, kencing manis, “pengerasan arteri”(aterosklerosis), tinggi kolesterol dan alahan kulit seperti ekzema
  • Menggalakkan sistem imunisasi

Bagaimanakah Teh Oolong berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan penjual herba atau doktor anda untuk maklumat lebih lanjut. Walau bagaimanapun, telah diketahui yang Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein berfungsi dengan merangsang Sistem Saraf Pusat (CNS), jantung dan otot. Teh Oolong juga mengandungi theophylline dan theobromine, yang merupakan bahan kimia yang sama dengan kafein.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum menggunakan Teh Oolong?

Sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana jika anda sedang merancang atau sedang menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan-bahan berasaskan Teh Oolong atau ubat atau herba-herba yang lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain, gangguan sakit, atau dalam keadaan sakit
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan herba suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan penjual herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Teh Oolong selamat?

Pengambilan Teh Oolong yang berlebihan, lebih daripada lima cawan sehari, boleh mengakibatkan kesan sampingan kerana kafein.

Langkah berjaga-jaga dan amaran yang khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi, mengambil Teh Oolong dalam jumlah yang sedikit mungkin tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jangan minum Teh Oolong lebih daripada dua cawan sehari. Jumlah teh itu mengandungi 200 mg kafein. Kafein berlebihan semasa hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi yang tidak matang, kurang berat semasa lahir, dan berbahaya kepada bayi. Kafein yang berlebihan semasa menyusukan bayi boleh mengakibatkan kerengsaan dan meningkatkan pergerakan usus kepada bayi yang dijaga.

Kanak-kanak: Kafein berkemungkinan selamat untuk kanak-kanak dalam jumlah yang biasa dalam makanan.

Gangguan kebimbangan: Kafein dalam Teh Oolong mungkin boleh menyebabkan gangguan kebimbangan lebih teruk.

Gangguan pendarahan: Sesetengah kajian mencadangkan kafein boleh memperlahankan pembekuan darah. Walaupun kajian ini tidak dilakukan pada manusia, masih ada yang menyatakan kafein mungkin boleh menyebabkan gangguan pendarahan lebih teruk.

Keadaan jantung: Kafein di dalam Teh Oolong boleh mengakibatkan denyutan jantung yang tidak sekata pada sesetengah orang.

Kencing manis: Sesetengah kajian mencadangkan yang kafein dalam Teh Oolong mungkin boleh mempengaruhi cara orang yang mempunyai kencing manis memproses gula dan boleh menyukarkan kawalan gula dalam darah. Kafein telah dilaporkan berfungsi untuk meningkatkan dan menurunkan gula dalam darah. Ada juga kajian yang menarik yang mencadangkan kafein boleh menjadikan tanda amaran rendah gula dalam darah pada pesakit kencing manis Jenis 1 lebih ketara. Ini boleh meningkatkan kebolehan orang dengan penyakit kencing manis untuk mengesan dan merawat kerendahan gula dalam darah. Walau bagaimanapun, kelemahannya ialah kafein sebenarnya boleh meningkatkan bilangan episod rendah gula dalam darah. Jika anda mempunyai kencing manis, sila jumpa penjaga kesihatan anda sebelum menggunakan Teh Oolong.

Cirit-birit: Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein dalam Teh Oolong, terutamanya bila diambil dalam jumlah yang besar boleh mengakibatkan cirit-birit lebih teruk.

Sindrom Usus Rengsa (IBS): Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein dalam Teh Oolong, terutamanya bila diambil dalam jumlah yang besar boleh mengakibatkan cirit-birit lebih teruk dan mengakibatkan Sindrom Usus Rengsa menjadi lebih teruk.

Glaukoma: Kafein dalam Teh Oolong boleh meningkatkan tekanan dalam mata. Peningkatan berlaku dalam jangka masa 30 minit dan bertahan sekurang-kurangnya selama 90 minit.

Tekanan darah tinggi: Kafein dalam Teh Oolong boleh meningkatkan tekanan darah pada orang yang menghidapi tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, hal ini tidak berlaku pada orang yang minum Teh Oolong secara biasa atau produk berkafein yang lain.

Tulang yang lemah (osteoporosis): Minum Teh Oolong boleh mengeluarkan kalsium melalui air kencing. Hal ini boleh mempengaruhi kesihatan tulang. Jika anda menghidapi osteoporosis, jangan minum Teh Oolong lebih daripada 3 cawan sehari. Pertimbangkan untuk mengambil suplemen kalsium untuk menggantikan kalsium yang telah dikeluar. Jika anda mempunyai masalah genetik yang membahayakan cara tubuh badan anda memproses Vitamin D, dapatkan nasihat perubatan sebelum mengambil kafein yang berlebihan.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Teh Oolong?

Kesan sampingan boleh dijulatkan dari sederhana sehingga serius termasuk sakit kepala, ketakutan, masalah tidur, muntah, cirit-birit, kerengsaan, denyutan jantung yang tidak sekata, menggigil, pedih ulu hati, pening, telinga berdengung, kejutan dan kebingungan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Ada sesetengah kesan sampingan tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Teh Oolong?

Teh Oolong mungkin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan penyakit anda. Sila berunding dengan penjual herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan Teh Oolong termasuk:

  • Amfetamin

Jenis dadah stimulan seperti amfetamin mempercepatkan sistem saraf. Dengan mempercepatkan sistem saraf, ubat-ubatan stimulan boleh menjadikan anda berasa kegelisahan dan meningkatkan kadar degupan jantung anda. Kafein dalam Teh Oolong boleh juga mempercepatkan sistem saraf anda. Pengambilan Teh Oolong dengan dadah stimulan mungkin boleh mengakibatkan masalah serius termasuk peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah tinggi. Elakkan mengambil dadah stimulan bersama Teh Oolong.

  • Tindakbalas Kokain

Jenis dadah stimulan seperti kokain mempercepatkan sistem saraf. Dengan mempercepatkan sistem saraf, ubat-ubatan stimulan boleh menjadikan anda berasa kegelisahan dan meningkatkan kadar degupan jantung anda. Kafein dalam Teh Oolong boleh juga mempercepatkan sistem saraf anda. Pengambilan Teh Oolong dengan dadah stimulan mungkin boleh mengakibatkan masalah serius termasuk peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah tinggi. Elakkan mengambil dadah stimulan bersama Teh Oolong.

  • Ephedrine

Jenis dadah stimulan mempercepatkan sistem saraf. Kafein (terkandung dalam Teh Oolong) dan ephedrine, kedua-duanya adalah jenis dadah stimulan. Pengambilan kafein bersama ephedrine boleh mengakibatkan stimulan yang berlebihan dan adakalanya kesan sampingan yang serius dan masalah jantung. Jangan ambil produk berkafein dan ephedrine pada masa yang sama.

  • Adenosin (Adenokad)

Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein dalam Teh Oolong mungkin boleh menyekat kesan adenosine (adenokad). Adenosin (adenokad) selalunya digunakan oleh doktor untuk melakukan ujian pada jantung. Ujian ini dinamakan ujian cardiac stress. Hentikan pengambilan Teh Oolong atau produk berkafein yang lain sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ujian cardiac stress.

  • Antibiotik (Antibiotik Quinolone)

Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Sesetengah antibiotik mungkin menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan antibiotik ini bersama Teh Oolong boleh meningkatkan risiko kesan sampingan seperti kegelisahan, sakit kepala, peningkatan kadar degupan jantung, dan kesan sampingan yang lain.

Sesetengah antibiotik boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein termasuk ciprofloxacine (Cipro), enoxacin (Penetrex), norfloxacin (Chibroxin, Noroxin), sparfoxacin (Zagam), trovafloxacin (Trovan), dan grepafloxacin (Raxar).

  • Cimetidine (Tagamet)

Teh Oolong mengandungi kafein. Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Cimetidine (Tagamet) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Cimetidine (Tagamet) ini bersama Teh Oolong boleh meningkatkan peluang untuk kesan sampingan kafein seperti kegelisahan, sakit kepala, degupan jantung yang laju, dan lain-lain.

  • Clozapine (Clozaril)

Tubuh badan menguraikan Clozapine (Clozaril) untuk dikeluarkan. Kafein dalam Teh Oolong boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan Clozapine (Clozaril). Pengambilan Teh Oolong bersama Clozapine (Clozaril) boleh meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan Clozapine (Clozaril).

  • Dipyridamole (Persantine)

Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein dalam Teh Oolong mungkin boleh menyekat kesan Dipyridamole (Persantine). Dipyridamole (Persantine) selalunya digunakan oleh doktor untuk melakukan ujian pada jantung. Ujian ini dinamakan ujian cardiac stress. Hentikan pengambilan Teh Oolong atau produk berkafein yang lain sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ujian cardiac stress.

  • Disulfiram (Antabuse)

Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Disulfiram (Antabuse) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong (yang mengandungi kafein) bersama Disulfiram (Antabuse) boleh meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan kafein seperti kegelisahan, hiperaktif, kerengsaan, dan lain-lain.

  • Estrogen

Tubuh badan menguraikan kafein dalam Teh Oolong untuk dikeluarkan. Estrogen boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong bersama estrogen boleh mengakibatkan kegelisahan, sakit kepala, degup jantung yang laju, dan kesan sampingan yang lain. Jika anda mengambil estrogen, hadkan pengambilan kafein anda.

Sesetengah pil estrogen termasuk pil hormone estrogen kencing kuda bunting (Premarin), ethinyl estradiol, estradiol, dan lain-lain.

  • Fluvoxamin (Luvox)

Tubuh badan menguraikan kafein dalam Teh Oolong untuk dikeluarkan. Fluvoxamin (Luvox) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong bersama Fluvoxamin (Luvox) boleh mengakibatkan terlalu banyak kafein dalam badan, dan meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan kafein.

  • Lithium

Tubuh badan anda secara natural akan mengeluarkan lithium. Kafeind dalam Teh Oolong boleh meningkatkan berapa cepatnya tubuh badan anda mengeluarkan lithium. Jika anda mengambil lithium, hentikan pengambilan produk berkafein secara perlahan-lahan. Berhenti mengambil Teh Oolong secara terburu-buru boleh meningkatkan kesan sampingan lithium.

  • Ubat-ubatan untuk depresi (MAOIs)

Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein boleh merangsang tubuh badan. Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan untuk depresi juga boleh merangsang tubuh badan. Pengambilan Teh Oolong bersama ubat-ubatan yang digunakan untuk depresi mungkin boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius termasuk degup jantung yang laju, tekanan darah tinggi, ketakutan, dan lain-lain.

Sesetengah ubat ini digunakan untuk depresi termasuk phenelzin (Nardil), tranylcypromine (Parnate), dan lain-lain.

  • Ubat-ubatan untuk memperlahankan pembekuan darah (Anticoagulan/ubat Antiplatelet)

Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein memperlahankan pembekuan darah. Pengambilan Teh Oolong bersama ubat-ubatan yang memperlahankan pembekuan darah mungkin boleh meningkatkan peluang untuk lebam dan pendarahan.

Sesetengah ubat-ubatan yang memperlahankan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, dan lain-lain), ibuprofen (Advii, Motrin, dan lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, dan lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

  • Nikotin

Jenis dadah stimulan seperti nikotin mempercepatkan sistem saraf. Dengan mempercepatkan sistem saraf, ubat-ubatan stimulan boleh menjadikan anda berasa kegelisahan dan meningkatkan kadar degupan jantung anda. Kafein dalam Teh Oolong juga boleh mempercepatkan sistem saraf anda. Pengambilan Teh Oolong dengan dadah stimulan mungkin boleh mengakibatkan masalah serius termasuk peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah tinggi. Elakkan mengambil dadah stimulan bersama kafein.

  • Pentobarbital (Nembutal)

Kesan stimulan kafein dalam Teh Oolong boleh menyekat pengeluaran kesan tidur oleh pentobarbital.

  • Phenylpropanolamin

Kafein dalam Teh Oolong boleh merangsang tubu badan. Phenylpropanolamin juga boleh merangsang tubuh badan. Pengambilan Teh Oolong bersama phenylpropanolamine boleh mengakibatkan terlalu banyak rangsangan dan meningkatkan degupan jantung, tekanan darah dan menyebabkan ketakutan.

  • Riluzole (Rilutek)

Tubuh badan menguraikan Riluzole (Rilutek) untuk dikeluarkan. Pengambilan Teh Oolong boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan Riluzole (Rilutek) dan boleh meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan riluzole.

  • Theophylline

Teh Oolong mengandungi kafein. Kafein mempunyai fungsi yang sama dengan theophylline. Kafein juga boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan theophylline. Pengambilan Teh Oolong bersama theophylline mungkin boleh meningkatkan kesan-kesan dan kesan sampingan theophylline.

  • Verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan)

Tubuh badan menguraikan kafein di dalam Teh Oolong untuk mengeluarkannya. Verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong bersama Verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan) boleh meningkatkan risiko kesan sampingan kafein termasuk kegelisahan, sakit kepala, dan meningkatkan degupan jantung.

  • Alkohol

Tubuh badan menguraikan kafein di dalam Teh Oolong untuk mengeluarkannya. Alkohol boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong bersama alkohol boleh mengakibatkan banyak lebihan kafein dalam aliran darah dan kesan sampingan kafein termasuk kegelisahan, sakit kepala, dan degupan jantung yang laju.

  • Pil perancang kehamilan (ubat contraceptif)

Tubuh badan menguraikan kafein di dalam Teh Oolong untuk mengeluarkannya. Pil perancang kehamilan boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong bersama pil perancang kehamilan boleh mengakibatkan kegelisahan, sakit kepala, degupan jantung yang laju dan kesan-kesan sampingan yang lain.

Sesetengah pil perancang kehamilan termasuk ethinyl estradiold dan levonorgestrel (Triphasil), ethinyl estradiol dan norethindrone (Ortho-Novum 1/35, Ortho-Novum 7/7/7) dan lain-lain

  • Flucanazole (Diflucan)

Teh Oolong mengandungi kafein. Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Flucanazole (Diflucan) mungkin boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Teh Oolong bersama Flucanazole (Diflucan) boleh meningkatkan risiko kesan sampingan kafein seperti ketakutan, kebimbangan dan insomnia.

  • Ubat-ubatan untuk kencing manis (ubat antidiabetes)

Teh Oolong boleh menurunkan gula dalam darah. Ubat-ubatan kencing manis digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Dengan menaikkan gula dalam darah, Teh Oolong mungkin menurunkan keberkesanan ubat-ubatan kencing manis. Sila pantau paras gula dalam darah anda dengan selalu. Dos ubat-ubatan kencing manis anda mungkin perlu ditukar.

Sesetengah ubat-ubatan kencing manis termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.

  • Mexiletin (Mexitil)

Teh Oolong mengandungi kafein. Tubuh badan menguraikan kafein untuk dikeluarkan. Mexiletin (Mexitil) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein. Pengambilan Mexiletin (Mexitil) ini bersama Teh Oolong boleh meningkatkan kesan kafein dan kesan sampingan Teh Oolong.

  • Terbinafin (Lamisil)

Tubuh badan menguraikan kafein (yang terkandung dalam Teh Oolong) untuk dikeluarkan. Terbinafin (Lamisil) boleh menurunkan berapa cepatnya tubuh badan menguraikan kafein dan meningkatkan risiko kesan sampingan seperti kegelisahan, sakit kepala, peningkatan kadar degupan jantung, dan kesan-kesan yang lain.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan penjual herba atau doktor anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang biasa untuk Teh Oolong?

Dos berikut telah dikaji berdasarkan kajian saintifik:

Melalui oral

Dos Teh Oolong berbeza secara signifikan, tetapi kebiasaannya antara 1-10 cawan sehari.

Untuk sakit kepala atau memulihkan kepekaan mental: Dos yang kafein yang biasa adalah sehingga 250 mg (anggaran 5 cawan Teh Oolong) sehari. Teh Oolong mengandungi 50-60 mg kafein dalam setiap cawan.

Dos untuk herba suplemen ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan penjual herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan Teh Oolong

Teh Oolong boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Pil teh (campuran dengan herba yang lain)
  • Ekstrak teh
  • Serbuk teh

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Julai 9, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 9, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut