Teh Jawa

Oleh

Nama AM: Teh Jawa

Kegunaan

Apakah kegunaan Teh Jawa?

Teh Jawa adalah sejenis tumbuhan. Pucuk daun dan hujung-hujung batangnya digunakan untuk membuat ubat.

Teh Jawa diambil untuk:

  • Masalah hati
  • Masalah pundi kencing dan buah pinggang
  • Batu hempedu
  • Gout
  • Sendi sendi (rheumatism)

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Teh Jawa berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Teh Jawa dapat meningkatkan kehilangan air tubuh melalui air kencing (efek diuretik), menghentikan kekejangan, dan membantu melawan jangkitan bakteria.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Teh Jawa?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan Teh Jawa atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagei pengambilan  suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Teh Jawa selamat digunakan?

Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui jika Teh Jawa selamat diminum.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Kehamilan dan penyusuan susu: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan Teh Jawa jika anda sedang hamil atau menyusu. Sila berhati-hati dan elakkan penggunaannya jika anda sedang hamil atau menyusu.

Bengkak kaki (edema): Jangan gunakan Teh Jawa sebagai “terapi pengairan” apabila edema adalah disebabkan oleh masalah jantung atau buah pinggang.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Teh Jawa?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Teh Jawa?

Teh Jawa boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda atau keadaan perubatan anda. Sila rujuk doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan Teh Jawa termasuk:

  • Lithium

Teh Jawa mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Mengambil teh Jawa mungkin mengurangkan keupayaan tubuh menghilangkan lithium. Hal ini boleh meningkatkan jumlah lithium dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda sedang mengambil lithium. Dos lithium anda mungkin perlu diubah.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Teh Jawa yang biasa digunakan?

Dos untuk Teh Jawa mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Malahan pula, suplemen tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Teh Jawa?

Teh Jawa boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul teh Jawa 450mg.
  • Serbuk ekstrak ┬áteh Jawa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.