Stereospermum

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan stereospermum?

Stereospermum adalah pokok besar yang tumbuh di India, Bangladesh, dan Myanmar. Kebanyakan kajian tentang stereospermum memberi tumpuan kepada kulit pokok tersebut dan sebarang potensi kesannya.

Orang mengambil stereospermum melalui mulut untuk:

  • Masalah pencernaan
  • Sedu
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Kesakitan
  • Demam
  • Diabetes
  • Gangguan hati
  • Asma

Orang ramai menggunakan stereospermum pada kulit untuk menyembuhkan luka.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, telah diketahui bahawa stereospermum mungkin menurunkan gula darah dan kolesterol, mengurangkan kesakitan, mengurangkan bengkak, menurunkan suhu demam, dan melindungi hati daripada toksin. Ia juga boleh melindungi otak daripada kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan aliran darah atau keadaan seperti penyakit Parkinson. Stereospermum seolah-olah mempunyai kesan anti-oksidan.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil stereospermum?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap stereospermum atau ubatan atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau masalah kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Tidak ada maklumat yang mencukupi dan diakui mengenai keselamatan stereospernum.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai tahap keselamatan pengambilan stereospermum jika anda hamil atau menyusu. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan stereospermum?

Stereospernum boleh mengakibatkan mual.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan stereospermum?

Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herbal anda sebelum menggunakan stereospermum.

Apakah dos stereospermum yang biasa?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan stereospermum

Stereospermum boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan: Tiada rekod.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 9, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 9, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut