Spikenard Amerika

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Spikenard Amerika ?

Spikenard Amerika adalah sejenis tumbuhan. Akarnya biasa digunakan bagi membuat ubatan herba. Ia biasanya digunakan untuk:

  • Selesema
  • Batuk kronik
  • Asma
  • Artritis
  • Melonggarkan kesesakan dada
  • Membantu pemulihan tisu
  • Menggalakkan peluh

Sesetengah orang menggunakan bahan spikenard Amerika secara terus pada kulit sebagai alternatif terhadap tumbuhan sarsaparila bagi merawat penyakit kulit.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Spikenard Amerika ?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada spikenard Amerika atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubatan farmasi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Spikenard Amerika selamat digunakan?

Kehamilan dan penyusuan bayi:

Bahan spikenard Amerika adalah tidak selamat digunakan jika anda mengandung. Adalah terbaik untuk mengelakkan penggunaannya sekiranya anda sedang menyusu, kerana tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada ia selamat untuk bayi yang sedang menyusu ataupun tidak.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Spikenard Amerika ?

Apabila digunakan pada kulit, kesan ruam atau kegatalan mungkin boleh berlaku.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Spikenard Amerika ?

Spikenard Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Spikenard Amerika yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Spikenard Amerika ?

Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur
  • Butiran kecil (pelet)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 27, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut