Sivet

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Sivet?

“Sivet” merupakan nama seekor mamalia Afrika kecil. “Sivet” juga nama cecair yang diambil daripada kalenjar haiwan tersebut. Cecair itu digunakan sebagai ubat.

Orang mengambil Sivet bagi melegakan kesakitan dan sebagai sedatif.

Dalam makanan dan minuman, Sivet digunakan sebagai perisa.

Dalam kosmetik dan sabun, ia digunakan sebagai pengawet dan wangian.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Sivet?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Sivet atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.

Pengawalan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Sivet selamat digunakan?

Sivet adalah selamat bagi kebanyakan orang apabila digunakan dalam jumlah yang ditemui dalam makanan. Namun, tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sekiranya Sivet selamat dalam jumlah yang banyak biasanya digunakan sebagai ubat.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup yang diketahui tentang penggunaan Sivet semasa mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan dari penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Sivet?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang kesan sampingan Sivet.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Sivet?

Sivet mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Sivet yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Sivet?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Minyak wangi Sivet.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 23, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.