Sida Cordifolia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Sida Cordifolia?

Sida cordifolia digunakan untuk tujuan perubatan seperti:

  • Pengurangan berat badan
  • Keletihan
  • Disfungsi erektil (ED)
  • Asma dan bronkitis
  • Demam sejuk, selesema
  • Menggigil
  • Kurang berpeluh
  • Sakit kepala
  • Hidung tersumbat

Sida cordifolia boleh diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor, ahli farmasi, atau pakar herba anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana sida cordifolia ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa bahan ephedrine dalam Sida cordifolia adalah sejenis perangsang seperti amphetamine.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Sida Cordifolia?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok Sida cordifolia atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Sida Cordifolia selamat digunakan?

Sida cordifolia didapati mungkin tidak selamat untuk sebarang penggunaan.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Sida cordifolia didapati mungkin tidak selamat. Jangan gunakannya.

Kesakitan dada (angina): Sida cordifolia boleh membuat angina menjadi lebih teruk kerana ia akan merangsang jantung. Sida cordifolia adalah tidak selamat bagi sesiapa untuk digunakan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai angina. Jangan gunakannya.

Keresahan: Sida cordifolia boleh merangsang sistem saraf. Dos yang besar mungkin akan membuatkan kerisauan menjadi lebih teruk. Jangan gunakannya.

Rentak jantung yang tidak teratur (aritmia), denyutan jantung yang cepat (takikardia), sakit jantung, atau keadaan jantung seperti sindrom QT interval yang panjang: Oleh kerana Sida cordifolia boleh merangsang jantung, keadaan ini akan menjadi lebih teruk dengan penggunaannya. Sida cordifolia adalah tidak selamat bagi sesiapa untuk digunakan, terutamanya jika anda mempunyai degupan jantung yang laju dan tidak teratur, atau penyakit jantung. Jangan gunakannya.

Diabetes: Sida cordifolia didapati boleh mengganggu kawalan gula darah, boleh memburukkan tekanan darah tinggi dan masalah peredaran darah pada orang yang menghidap diabetes. Jangan gunakannya.

Gegaran esensial: Sida cordifolia boleh membuatkan gegaran esensial menjadi lebih buruk disebabkan oleh kesan perangsangnya. Jangan gunakannya.

Tekanan darah tinggi: Sida cordifolia boleh membuatkan tekanan darah tinggi lebih buruk. Sida cordifolia adalah tidak selamat bagi sesiapa untuk digunakan, terutamanya jika anda mempunyai tekanan darah tinggi. Jangan gunakannya.

Masalah tiroid: Terdapat kerisauan bahawa Sida cordifolia mungkin boleh merangsang tiroid dan membuatkan masalah tiroid menjadi lebih buruk. Jangan gunakannya.

Batu karang: Ephedrine dalam Sida cordifolia boleh menyebabkan batu karang ginjal. Ini amatlah berbahaya jika anda pernah mempunyai batu karang sebelum ini. Jangan gunakannya.

Glaukoma: Sida cordifolia boleh membuatkan glaukoma menjadi lebih teruk dengan menyebabkan pupil membesar. Jangan gunakannya.

Tumor pada kelenjar adrenal (pheochromocytoma): Sida cordifolia boleh membuatkan simptom pheochromocytoma menjadi lebih teruk. Jangan gunakannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Sida Cordifolia?

Sida cordifolia boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan berikut:

  • Tekanan darah tinggi, serangan jantung, gangguan otot, sawan, strok, rentak jantung yang tidak teratur, hilang kesedaran, dan kematian.
  • Pening kepala, kegelisahan, kerengsaan, insomnia, sakit kepala, kurang selera makan, loya, muntah-muntah, kemerahan, kesemutan, kesukaran membuang air kecil, dan degupan jantung yang kuat.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Sida Cordifolia?

Produk sida cordifolia ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan kesihatan semasa anda. Dapatkan nasihat pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Antara produk yang boleh berinteraksi dengan bahan sida cordifolia termasuklah:

  • Beberapa ubat-ubatan yang boleh menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur seperti amiodarone (Cordarone), disopyramide (Norpace), dofetilide (Tikosyn), ibutilide (Corvert), procainamide (Pronestyl), quinidine, sotalol (Betapace), thioridazine (Mellaril) .
  • Ubatan methylxanthine seperti aminofylline, kafein, dan theophylline.
  • Ubatan perangsang termasuk diethylpropion (Tenuate), epinephrine, phentermine (Ionamin), pseudoephedrine (Sudafed), dan banyak lagi.
  • Dexamethasone (Decadron)
  • Ubatan terbitan Ergot seperti bromocriptine (Parlodel), dihydroergotamine (Migranal, DHE-45), ergotamine (Cafergot), dan pergolide (Permax).
  • Ubat-ubatan untuk kemurungan (MAOI).
  • Beberapa ubat lain yang digunakan untuk kemurungan termasuk phenelzine (Nardil), tranylcypromine (Parnate), dan lain-lain.
  • Ubat diabetes seperti glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), dan tolbutamide (Orinase).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Sida Cordifolia yang biasa digunakan?

Dos untuk produk sida cordifolia ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Sida Cordifolia?

Produk sida cordifolia ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak Cecair Sida cordifolia Bebas Alkohol
  • Kapsul Ekstrak Sida cordifolia

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019