Serbuk Goa

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Serbuk Goa?

Serbuk Goa ialah sap bergetah (Latex) dari pokok Brazil yang digelar Andira Araroba yang telah dikeringkan dan dijadikan serbuk. Serbuk Goa biasanya digunakan untuk merawat Psoriasis dan jangkitan kulat apabila digunakan pada kulit.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan dengan komponen kimianya yang menyerupai beberapa ubat preskripsi yang digunakan untuk Psoriasis, Serbuk Goa boleh digunakan untuk merawat Psoriasis dan jangkitan kulat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Serbuk Goa?

Sebelum mengambil serbuk goa, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Serbuk Goa atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Serbuk Goa selamat digunakan?

Serbuk goa mungkin tidak selamat. Serbuk goa tidak boleh diambil dengan mulut.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan anak: Tidak cukup maklumat tentang penggunaan serbuk goa semasa hamil dan menyusui. Ambil bahagian yang selamat dan elakkan penggunaan tanpa cadangan dari doktor atau penjual herba.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Serbuk Goa?

Apabila digunakan pada kulit, Serbuk Goa sangat memberi iritasi dan boleh menyebabkan kesan sampingan termasuk kemerahan, bengkak, dan jerawat. Ia juga boleh diserap melalui kulit untuk menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit, dan masalah buah pinggang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Serbuk Goa?

Serbuk Goa mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Serbuk Goa yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Serbuk Goa?

Serbuk Goa boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Serbuk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019