Sam-E

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Sam-E?

SAM-e (disebut “sammy”) nama lain untuk (S-adenosyl-L-methionine). SAMe ialah molekul yang terhasil di dalam badan. Ia juga boleh dihasilkan di makmal. SAMe terlibat dalam penghasilan dan proses kimia dalam badan, termasuklah hormon, protein, phospholipid dan sesetengah ubat.

SAMe diambil secara oral untuk masalah tekanan, gemuruh, penyakit jantung, fibromyalgia, sakit bahagian abdomen, radang sendi tulang, bursitis, radang tendon, sakit belakang yang kronik, dementia, penyakit Alzheimer, perlahankan proses penuaan, sindrom keletihan yang kronik ( CFS), meningkatkan prestasi mental, penyakit hati, dan penyakit Parkinson. Ia juga digunakan untuk  Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD), multiple sclerosis, kecederaan tulang belakang, migrain, keracunan plumbum, memecahkan kimia dalam badan dipanggil bilirubin, atau untuk bantu gangguan yang berkaitan untuk proses dipanggil porphyrin atau pendahulu.

Sesetengah wanita mengambil SAMe melalui oral untuk sindrom sebelum datang haid (PMS) dan untuk bentuk yang lebih parah dipanggil Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD).

SAMe dimasukkan ke dalam intra vena (IV) untuk tekanan, radang sendi tulang, gangguan saraf yang berkaitan dengan AIDS, fibromyalgia, penyakit hati, sirosis, dan untuk gangguan hati yang berlaku ketika hamil dipanggil intrahepatic cholestasis.

SAMe dicucuk untuk fibromyalgia, tekanan, dan penyakit Alzheimer.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak cukup kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Akan tetapi, badan menggunakan SAMe untuk proses kimia yang terlibat dalam sakit, tekanan, penyakit hati, dan lain-lain. Individu yang tidak menghasilkan SAMe semulajadi yang cukup mungkin perlu mengambil SAMe sebagai supplemen.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Sam-E?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, atau ahli farmasi jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap SAM-e.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap supplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan supplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor maklumat lanjut.

Adakah Sam-E selamat digunakan?

SAMe selamat untuk diambil melalui oral, intra vena (IV) atau dengan suntikan dengan betul.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Hamil: SAMe selamat jika diberi secara intravena (IV) dalam jangka masa yang pendek ketika tirmester ketiga hamil. 800mg dos SAMe diberi secara intravena selama 14-20 hari  tanpa ada kesan sampingan. Tiada maklumat yang jelas tentang keselamatan mengambil dos yang lebih tinggi untuk jangka masa yang lama atau ketika di awal kehamilan. Ambil langkah selamat dan elakkan pengambilannya.

Menyusu badan: Tiada maklumat yang jelas tentang keselamatan mengambil SAMe jika sedang hamil atau menyusu badan. Ambil langkah selamat dan elakkan pengambilannya.

Kanak-kanak: SAMe mungkin selamat jika diambil secara oral atau digunakan secara intra vena untuk kanak-kanak dalam jangka masa yang pendek.

Masalah bipolar: penggunaan SAMe untuk individu yang mempunyai gangguan bipolar boleh menukarkan tekanan kepada gila.

Masalah keturunan di panggil sindrom Lesch-Nyhan . SAMe mungkin menyebabkan sindrom ini bertambah teruk.

Penyakit Parkinson. SAMe mungkin menyebabkan simptom Parkinson semakin teruk.

Pembedahan: SAMe mungkin mempengaruhi sistem saraf tunjang. Ini mungkin mengganggu pembedahan. Hentikan pengambilan SAMe sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Sam-E?

SAMe menyebabkan kesan sampingan berikut, seperti:

  • Pening kepala, cemas, jantung berdebar-debar, masalah memori dan tumpuan, loya dan gatal-gatal kulit.
  • Merendahkan kadar gula dalam darah.
  • Meningkatkan tekanan darah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Sam-E?

Suplemen ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan SAM-e ini:

  • Ubat untuk tekanan (Antidepressant drugs)

SAMe meningkatkan kimia otak yang dipanggil serotonin. Terdapat ubat untuk tekanan yang juga meningkatkan kimia otak serotonin. Pengambilan SAMe bersama ubat ini untuk tekanan mungkin meningkatkan serotonin terlalu banyak dan menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuklah maslah jantung, menggigil dan cemas. Jangan mengambil SAMe jika anda mengambil ubat untuk tekanan.

Terdapat sebahagian ubat untuk tekanan ini termasuklah fluoxetine (Prozac), paroxetine (Paxil), sertraline (Zoloft), amitriptyline (Elavil), clomipramine (Anafranil), imipramine (Tofranil), dan lain-lain.

  • Ubat untuk tekanan (MAOIs)

SAMe meningkatkan kimia dalam otak. Kimia ini dipanggil serotonin. Terdapat ubat yang digunakan untuk tekanan juga meningkatkan serotonin. Mengambil SAMe bersama dengan ubat ini untuk tekanan mungkin menyebabkan terlalu banyak serotonin di dalm badan dan kesan sampingan yang serius termasuklah masalah jantung, menggigil dan cemas. Ubat-ubat yang digunakan untuk tekanan termasuklah phenelzine (Nardil), tranylcypromine (Parnate), dan lain-lain.

  • Dextromethorphan (Robitussin DM, dan lain-lain)

SAMe boleh menyebabkan kimia otak dipanggil serotonin. Dextromethorphan (Robitussin DM, lain-lain) boleh menjejaskan serotonin. Mengambil SAMe bersama dengan dextromethorphan (Robitussin DM, lain-lain) boleh menyebabkan terlalu banyak serotonin dalam otak dan kesan sampingan yang serius termasuklah masalah jantung, menggigil dan cemas. Jangan mengambil SAMe jika anda mengambil dextromethorphan (Robitussin DM, dan lain-lain)

  • Levodopa

Levodopa digunakan untuk penyakit Parkinson. SAMe secara kimia boleh mengubah levodopa di dalam badan dan mengurangkan kadar efektif levodopa. Mengambil SAMe bersama levodopa mungkin membuatkan simptom penyakit Parkinson semakin teruk. Jangan mengambil SAMe jika anda mengambil levodopa.

  • Meperidine (Demerol)

SAMe meningkatkan kimia di dalam otak yang dipanggil serotonin. Meperidine (Demerol) juga boleh meningkatkan serotonin dalam otak. Mengambil SAMe bersama meperidine (Demerol) mungkin menyebabkan terlalu banyak serotonin di dalam otak dan kesan sampingan yang serius termasuklah masalah jantung, menggigil dan cemas.

  • Pentazocine (Talwin)

SAMe meningkatkan kimia di dalam otak yang dipanggil serotonin.  Pentazocine (Talwin) juga meningkatkan serotonin. Mengambil SAMe bersama pentazocine (Talwin) mungkin menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuklah masalah jantung, menggigil dan cemas. Jangan mengambil SAMe jika anda mengambil pentazocine (Talwin).

  • Tramadol (Ultram)

Tramadol (Ultram) boleh menjejaskan kimia di dalam otak yang dipanggil serotonin. SAMe juga boleh menjejaskan serotonin. Mengambil SAMe bersama tramadol (Ultram) mungkin menyebabkan terlalu banyak serotonin di dalam otak dan kesan sampingan yang banyak seperti kekeliruan, menggigil, otot mengeras, dan kesan sampingan yang lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Sam-E yang biasa digunakan?

SECARA ORAL:

  • Untuk tekanan: sehingga 1600 mg SAMe sehari dan dibahagi dalam dua dos selama 8 minggu sama ada bersendirian atau bersama dengan ubat anti tekanan. Kombinasi produk (DDM Metile, Omeopiacenza, Piacenza, Italy) yang mengandungi 250 mg SAMe diambil 2 kali sehari selama 12 bulan.
  • Untuk radang sendi tulang. 600-1200 mg SAMe setiap hari dan dibahagi kepada 3 dos selama 84 hari.
  • Untuk sirosis: 600 mg SAMe setiap hari selama sebulan telah digunakan. Kombinasi 30 mg SAMe ditambah 100 mcg vitamin B12 6 kali sehari selama 30 hari.
  • Fibromyalgia: 800 mg SAMe setiap hari dan dibahagi kepada dua dos selama 6 minggu.
  • Jika keadaan yang aliran keluar hempedu daripada hati perlahan atau terhalang (Intrahepatic cholestasis): 500 mg SAMe diambil dua kali sehari sehingga lahir atau 1600 mg diambil setiap hari dan dibahagikan dua dos selama dua minggu.
  • Untuk masalah seksual: 400mg SAMe diambil dua kali sehari selama dua minggu dan dinaikkan sehingga 800mg dua kali sehari selama 6 minggu seterusnya.

SUNTIKAN:

  • Untuk tekanan: 400-800 mg SAMe telah digunakan secara intra vena (IV) selam 2-4 minggu, 45-400 mg SAMe telah disuntik setiap hari selama 1-4 minggu, bersama atau tanpa ubat antitekanan. 200 mg SAMe disuntik setiap hari bersama 400 mg yang diambil secara oral dalam dua dos selama 6 minggu.
  • Radang sendi tulang: 400 mg SAMe diberi IV setiap hari selama 5 hari, diikuti 600mg SAMe yang diambil secara oral selama 7 hari.
  • Sirosis: 800 mg SAMe disuntik secara IV sekali setiap hari selama 2 minggu, atau 250 mg dua kali sehari selama 30 hari. 100mg produk  (Transmetil, Abbott SPA) yang diberi secara IV diberi setiap hari selama 7 hari. 100mg SAMe dberi secara suntikan IV setiap hari selama 30 hari.
  • Untuk fibromyalgia: 400mg SAMe diberi secara suntikan IV setiap hari selama 15 hari. 200mg SAMe diberi secara suntikan setiap hari selama 21 hari.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Sam-E?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan: Tablet .

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut