Saccharomyces Boulardii

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Saccharomyces Boulardii?

Saccharomyces Boulardii ialah sejenis yis, yang merupakan jenis kulat. Saccharomyces Boulardii digunakan sebagai ubat.

Saccharomyces Boulardii digunakan untuk merawat dan menghalang cirit-birit, termasuklah penyakit berjangkit seperti cirit-birit rotavirus dalam kalangan kanak-kanak, cirit-birit disebabkan bakteria dalam sistem percernaaan orang dewasa, cirit-birit pengembara, dan cirit-birit disebabkan pemakanan melalui tiub saluran. Ia juga digunakan untuk merawat dan menghalang cirit-birit disebabkan penggunaan antibiotik.

Saccharomyces Boulardii juga digunakan untuk masalah pencernaan, sindrom  gangguan usus (IBS), sindrom radang usus (IBD, penyakit Crohn, ulcerative colitis), penyakit Lyme, Clostridium difficilecolitis yang berulang, dan bakteria yang aktif dalam sindrom usus.

Sesetengah individu menggunakan Saccharomyces Boulardii untuk alahan terhadap laktos, jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan yis vagina, tinggi kadar kolestrol, gatal-gatal, kulit melepuh, demam, luka di paru-paru, dan jerawat.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak cukup kajian tentang bagaimana Saccharomyces Boulardii berfungsi. Sila berbincang dengan doktor maklumat lanjut. Akan tetapi, Saccharomyces Boulardii juga dikenali sebagai probiotik, organisma yang membantu melawan organisma punca jangkitan di dalam sistem pencernaan seperti bakteria dan yis.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Saccharomyces Boulardii?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor dan ahli farmasi jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Saccharomyces Boulardii atau ubat atau supplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap supplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan supplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Saccharomyces Boulardii selamat digunakan?

Saccharomyces boulardii selamat untuk diambil melalui oral selama 15 bulan oleh orang dewasa.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kanak- kanak: Saccharomyces Boulardii mungkin selamat untuk kanak-kanak untuk diambil melalui oral dengan betul. Akan tetapi, cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak hendaklah di periksa oleh pengamal kesihatan sebelum menggunakan Saccharomyces Boulardii.

Hamil dan menyusu badan: Tiada maklumat yang cukup mengenai tahap keselamatan mengambil Saccharomyces Boulardii ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaannya.

Lemah sistem imuniti: Terdapat beberapa kebimbangan terhadap individu yang menderita sakit kritikal, individu yang lemah sistem imuniti dan individu yang sedang mengambil ubat yang mengubah sistem imun berkemungkinan meningkatkan risiko jangkitan yis yang merebak ke saluran darah dan seluruh badan (fungemia) jika mereka tidak mengambil Saccharomyces Boulardii. Walaupun Saccharomyces  tidak menyebabkan penyakit, terdapat pelbagai kes fungemia disebabkan penggunaannya terutama dalam kalangan individu yang lemah sistem imun.

Alahan terhadap yis: Individu yang mempunyai alahan terhadap yis mungkin alah terhadap produk yang mengandungi Saccharomyces Boulardii dan dinasihatkan untuk tidak mengambil produk ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Saccharomyces Boulardii?

Saccharomyces Boulardii boleh menyebabkan gas untuk sesetengah individu. Kadang-kadang ia boleh menyebabkan jangkitan kulat yang  boleh merebak ke saluran darah ke seluruh badan (fungemia).

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Saccharomyces Boulardii?

Saccharomyces Boulardii mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil dan keadaan semasa kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan Saccharomyces Boulardii:

  • Antikulat

Saccharomyces Boulardii ialah sejenis kulat. Ubat untuk jangkitan kulat membantu mengurangkan kulat dalam dan pada badan. Pengambilan Saccharomyces Boulardii bersama ubat antikulat mengurangkan kadar efektif Saccharomyce Boulardii.

Terdapat ubat untuk jangkitan kulat termasuklah include fluconazole (Diflucan), terbinafine (Lamisil), itraconazole (Sporanox), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Saccharomyces Boulardii yang biasa digunakan?

Dos berikut telah dikaji secara saintifik:

Secara oral:

  • Untuk cirit-birit yang berkaitan dengan penggunaan antibiotik: 250-500mg Saccharomyces Boulardii dua hingga empat kali sehari.
  • Untuk cirit-birit disebabkan Clostridium difficile: 1 gram Saccharomyces Boulardii setiap hari selama empat minggu bersama rawatan antibiotik.
  • Penyakit Crohn’s :250 mg Saccharomyces boulardii tiga kali sehari selama sembilan minggu.
  • 1 gram Saccharomyces Boulardii setiap hari bersama rawatan biasa yang telah dimulakan.
  • Ulcerative colitis: 250 mg Saccharomyces Boulardii tiga kali sehari.
  • Untuk rawatan jangkitan akibat bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan ulser: 5 billion unit penghasilan koloni (CFUs) Saccharomyces Boulardii setiap hari bersama rawatan biasa.

Dos untuk Saccharomyces BoulardiI ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Saccharomyces Boulardii?

Saccharomyces Boulardii  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul Saccharomyces Boulardii 250 mg.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut