Rutin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Rutin?

Rutin ialah sejenis perisa yang dijumpai dalam sesetengah buah dan sayur. Rutin digunakan untuk membuat ubat.

Sesetengah orang percaya Rutin mampu menguatkan saluran darah, jadi mereka gunakannya untuk:

  • Vena varikos.
  • Pendarahan dalaman.
  • Buasir.
  • Mengahalang strok disebabkan saluran vena atau arteri pecah (pendarahan strok).
  • Menghalang kesan sampingan rawatan kanser dipanggil mucositis. Keadaan ini sangat menyakitkan dengan adanya bengkak dan ulser dalam mulut atau di dinding sistem pencernaan.

Rutin boleh digunakan untuk merawat radang sendi tulang jika dicampurkan dengan protein tripsin dan bromelain.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana Rutin ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut. Akan tetapi, Rutin diketahui boleh melindungi daripada kanser.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Rutin?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi  jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Rutin atau ubat atau supplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap supplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan supplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut..

Adakah Rutin selamat digunakan?

Rutin selamat jika diambil secara oral dalam kuantiti yang sama di dalam buah dan sayur. Rutin mungkin selamat apabila diambil secara oral dengan betul dalam kuantiti ubat untuk tempoh masa yang singkat.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Hamil dan menyusu badan. Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan pengambilan Rutin ketika hamil atau menyusu badan. Ambil langkah selamat dan jauhi penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Rutin?

Rutin boleh menyebabkan kesan sampingan termasuklah sakit kepala, muka merah, gatal-gatal, atau ketidakselesaan perut.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Rutin?

Rutin mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Rutin yang biasa digunakan?

Dos berikut telah dikaji secara saintifik:

Secara oral:

  • Radang sendi tulang: 2 tablet kombinasi produk (Phlogenzym), yang mengandungi 100 mg Rutin, 48 mg trypsin, dan 90 mg bromelain, 3 kali sehari.

Dos untuk suplemen ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Rutin?

Rutin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

Kapsul Rutin 450 mg.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019